THE STORY BEGINS...

On 1st of May 2008, me and a friend (Omel) went to Port Dickson to ease our mind while fishing in Marina Lagoon. It was a splendid 3 days vacation cos we have a chance to talk about our career plan and our future, it was very relaxing eventhough thru out the vacation we only caught a fish, hehehe.. On our way back, we stopped by at Port Dickson Mini Zoo, me and Omel has been animals lover since we were kids. It was a very simple zoo runs by a family. What caught our attention was they have guinea fowls and quite other few game birds.

When we get back in KL, we start searching information of Guinea Fowl and how we can breed it so that everybody can "taste" this very exquisite taste of this special game bird. The search for this game birds is endless, and along the way we met new friends that share same compassions. On 11th June 2008, the 1st batch of guinea keets arrive in BinDim Farm (BD Farm) in Pontian, Johor together with 8 poultes. This is a pilot project and i dont even tell my mum about the arrival of these birds.. hehehe... btw BD farm is own by me and my brother (Abdul Kadir @ Kadir Belanda).

To date, BD Farm has more than 250 turkeys and arnd 50 guinea fowls, we also raised ayam kampung & Ayam Kabir, we are targeting of supplying at least 300 birds per month starting from June 2010. Other than poultry, we also have 4 ponds of catfish, 4 ponds of ikan puyu, and 2 ponds of ikan haruan in our humble BinDim Farm...

Thursday, November 25, 2010

MAHA dtg lagi...

Salam semua..

Rasanya dah lebih sebulan aku x update blog ni, huhu.. bknnya sibuk sgt pun tp sebab penyakit malas sudah melanda.. hehe..

Baru2 ni byk berita dari rakan ternakan yg 'hampir collapse' sebab reban terkena sampar, seram sejuk aku dibuatnya, huhu.. penyakit ni mmg igauan ngeri buat penternak kecil mcm kita semua. lebih2 lagi penternak 'ayam organik'. sbb kalau nk diikutkan, ayam organik kita xleh vaksin sesuka hati, nk vaksin pun kena pakai vaksin yg organik atau natural.. kalau bg vaksin biasa tu mmg boleh, tp ayam dh x boleh dilabel sbg organik, huhu..

ok lah, kita kembali ke tajuk asal.. MAHA tahun ni promo die kurang sensasi, nmpk mcm sayup2 je, agaknya bajet dh tipis kot. kesiannn...

Dulu BD Farm target nk 'joint' MAHA 2010 ni, tp hajat kami x kesampaian sbb kos mahal sgt.. booth indoor 10x10 kaki yg paling murah pun dh cecah RM3,900. mana la nk mampu, huhu.. tp xpe, next MAHA kami bertekad akan joint juga, ko tggu je la MAHA 2012, hehe...

Cerita psl MAHA ni, haritu kwn ternak aku Wan Cikot bg tau, JPV johor jemput die untuk lawatan ke MAHA 2010, kami di BD Farm pun dpt jemputan yg sama.. Alhamdullilah 'hubungan' kami dgn JPV johor semakin mantap.. Mmg bagus kalau kita mendaftar n berbaik dgn JPV negeri & daerah ni, mcm2 info yg dieorg akan bagi, khidmat nasihat mengenai penyakit ayam pun dieorg bagi, alhamdullillah...

Skrg kita cerita psl lawatan plak.. sbnrnya abg aku kadir belanda baru je sampai umah subuh td dr lawatan sambil belajar anjuran Unit Unggas, JPV negeri Johor. Lawatan ni disertai oleh 25 penternak sekitar johor dan 15 staff jabatan. Itenary dieorg ialah melawat sambil belajar, destinasi mereka ialah penternakan itik di Perak, Puyuh di Kedah dan Kerbau Susu di Langkawi.. dieorg gerak dari JPV kluang ahad (21hb) pagi n balik semula ke johor smlm.. wahh, puas jalan2 tu.. insyaAllah nnt kami akan upload gambar2 lawatan abg aku tu, tggu... :)

p/s: kami sedang berdiscuss dgn JPV daerah pontian ni utk program 'projek PPRT', nk tau apa? kena la tggu sbb belum 100% settle lagi, hehehe.. insyaAllah nnt kami update..

Monday, October 4, 2010

Update promo "Jom Rasa Daging Eksotik"

Salam semua...

Seperti yang telah diwar2kan, 2 oct lepas kami di BD Farm telah dijemput oleh pihak JPV & Fama Johor utk bersama memeriahkan dan mengambil bahagian dalam promosi "Jom Rasa Daging Eksotik" anjuran 2 Jabatan tersebut, jadi ni nk bagi update promosi itu.

Pada 1 Okt kami pun sibuk la dgn persiapan utk promosi itu. BD Farm sembelih 9 ekor ayam belanda (jantan) utk promosi itu. 3 ekor kami masak beriyani, 1 ekor kami beri pada Chef Razak (untuk demo masak) dan lg 5 ekor kami potong dan pack utk jual sbg daging ayam belanda segar. Ayam mutiara (gf) kami x buat jualan sbb skrg bukan musim dieorg bertelur dan yg ada sekarang semua adalah untuk dijadikan induk bg tahun hadapan. tp kami tetap memberikan sekor GF untuk Chef Razak buat demo masakan.

setelah semua persiapan dilakukan, so pada 2 okt tu kami pun pergi la ke tapak pasar tani di stadium larkin tu, JPV telah menyediakan setiap peserta 1 khemah dan meja, mmg cukup selesa sekali. kesemuanya ada 5 peserta. mereka terdiri dari pengusaha puyuh (lupa plak nama kakak tu, huhuhu), pengusaha arnab (en fuad), pengusaha burung unta (mr collin teh) pengusaha rusa (pun lupa nama brother tu, huhu..) dan kami BD Farm, semua pengusaha ini datang dr serata negeri johor. kami semua start berniaga seawal jam 7am dan dijangka hbs program pada pukul 1pm.

kami menjual daging belanda fresh, rm10 sekotak, dan beriyani ayam belanda yg dijual pada harga rm6 sebungkus, amat murah dan berpatutan!!! secara overall promo tu mmg sesuai diadakan tapi sbb hujan lebat pada 8.30-10am, menjadikan x ramai pengunjung yg dtg (padahal itulah time pasar tani punya rush hour) jd byk brg kami yg tidak hbs dijual. anyway, mmg ramai yg bertanye mengenai ayam belanda dan ayam mutiara dan jualan beriyani kami mmg laku dan dah nk hbs, jika tidak hujan, saya gerenti jualan untuk beriyani ayam belanda mmg SOLD OUT.

terima kasih pada JPV & Fama johor kerana memberi peluang kpd kami, program seperti mmg la sgt dialu2kan dan sgt meriah dgn pelbagai acara menarik yg telah penganjur rancangkan. ada pertandingan masakan, demo masakan, kuiz eksotik, pameran ternakan dan mcm2 lagi, mmg best & seronok.. kalau buat lagi, jgn lupa ajak kami sekali, hehehe..

Di akhir majlis, pihak Fama juga telah mempelawa kami di BD Farm utk berniaga secara tetap di Pasar Tani Larkin mulai minggu ini (9 Okt), dan insyaAllah kami akan terima pelawaan itu. Jadi pada sesiapa nk ingin merasa keenakkan daging ayam belanda dan membeli daging fresh, dan juga ayam kg ori jemput la datang ke khemah BD Farm setiap sabtu di Pasar Tani, Stadium Larkin, Johor Bharu. Jika yg berminat utk order anak (keets & poultes) pun boleh juga.

p/s: Tq byk2 kat wan cikot n bro yg dtg dari muar memberi sokongan, tq bro... pics utk program promosi ini akan menyusul, tggu....

Sunday, September 26, 2010

Promosi Makan Daging Eksotik di Pasar Tani Larkin, 2 Okt 2010

Salam semua..

Kami di BinDim Farm berasa berbesar hati kerana telah dijemput oleh pihak Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Johor untuk bersama mempromosikan daging eksotik. Sebenarnya usaha murni ni telah dibincangkan pada mesyuarat antara penternak, JPV & Fama pada pertemuan seminggu sebelum Aidilfitri tempoh hari. Jadi setelah tarikh dan lokasi diputuskan (2 oct & Pasar Tani Larkin), barulah kami mengwar2kan berita ini kepada semua.

Promosi ini dijalankan dengan kerja sama FAMA negeri johor dan para perserta (kami) akan diberikan satu khemah dan akan menyediakan/menjual juadah (hidangan yg telah dimasak) drpd daging eksotik yg kami wakili dan juga jualan utk daging sejuk beku / mentah. Pada masa promosi itu nanti BinDim Farm akan mempromosikan daging ayam belanda dan ayam mutiara. Terdapat lagi 4 penternak lain yg akan mengambil bahagian dgn aneka daging eksotik antaranya ialah daging arnab, daging ostrich (burung unta), daging rusa dan puyuh. Para penternak ini adalah dari seluruh negeri johor, ada yang dari Muar, Kota Tinggi dan Batu Pahat.

Pada hari itu nnt BD Farm akan menyediakan Nasi Beriyani Istimewa Ayam Belanda selain menjual daging fresh, jadi sesiapa yg ingin menjamah hidangan ini sila ke khemah kami pada 2 okt nnt, kami menanti kedatangan anda, hehe...

Selain dari jualan daging, pihak penganjur juga akan menyediakan bangsal/khemah khas untuk para peserta mempamirkan ternakan mereka (live animal). Jadi, jika anda ke pasar tani nnt, boleh melawat khemah ini kerana binatang2 eksotik seperti rusa, ostrich, arnab, ayam belanda, ayam api2 hidup juga akan dipamirkan. Bagi anda yg berminat untuk memelihara binatang ini juga boleh berbuat demikian dgn mengambil order anak2 ternakan tersebut daripada pegawai yg akan ditugaskan.

Disepanjang promosi itu juga nanti, Chef Razak akan membuat demo memasak pelbagai jenis daging eksotik di tapak pasar tani itu nanti. Antara daging eksotik yang dimasak oleh chef razak ialah daging ayam belanda & ayam mutiara BinDim Farm. Kami juga difahamkan akan ada pertandingan memasak kepada sesiapa yg berminat dan pelbagai acara menarik yg telah disediakan oleh pihak JPV & Fama Negeri Johor. Jgn lepaskan peluang ini.

p/s: pasar tani larkin dibuka setiap sabtu 7am-1pm. Jadi, datang cepat & jgn terlambat!!!

Monday, September 20, 2010

Salam Raya dan update reban..

Salam raya semua, maaf zahir pada kawan2 semua.. (rsnye dosa batin xde kot, hehe..)

Sempena raya yg lepas byk ternakan kami dibeli oleh pelanggan2 yg sedia ada.. ayam belanda jantan tggl kurang 20 ekor, yg lain semua sudah di 'let go' sempena raya, tak tau la dieorg nk masak apa, yg betina pun dh tggl untuk buat induk sahaja..

Ayam kampung plak sungguh laris sekali, hbs licin semua ayam2 dara & teruna di reban kami, skrg yg tinggal hanyalah ibu2 ayam, bapak ayam (2ekor) dan anak2 ayam sahaja.. alhamdullillah... Ayam kampung ni mmg dapat sambutan yg sgt bagus, kami terpaksa menghampakan ramai org sbb x cukup stok, rasanye next year kami kena tambah byk lagi ayam kampung utk memenuhi permintaan yg semakin bertambah.

So skrg, BD Farm sungguh agak sunyi kerana byk ternakan sudah dijual. Tapi yg lebih menyedihkan ialah sejurus selepas musim raya reban kami diserang oleh oleh Fowl Cholera, huhu.. Mula2 risau juga sbb ingatkan kena ND tp bila check kat JPV dan melihat symtomp2 ayam yg mati ternyata ianya cholera. Punca penyakit ini kami tak dpt pastikan tapi diberitahu oleh Vet maybe berpunca dari water source, makanan tercemar ataupun jangkitan dari luar. Bila dipikirkan semula mmg logic, hari raya lepas mmg kami bg makan ayam2 kami baki2 makanan raya (ketupat n lemang pun ada), tak cukup dgn itu ramai juga sedara mara & sahabat handai yg dtg umah dan melawat reban kami, so rasanya sedikit sebanyak ianya menyumbang pada merebaknya cholera itu.

Jumlah kematian ayam akibat cholera tu x banyak hanya 6 ekor turkey (4 jantan, 2 betina) dan 3 ekor anak ayam kampung (3bln). Tp yg sgt sedih dan kecewa, Turkey Penjantan baka Spanish Black (Pure) yg diambil dari Pak Itam (klang) adalah mangsa pertama cholera itu. Pejantan ni sgt besar dan jinak, beratnya semasa mati ialah 12kg. huhuhu... Pejantan ini la yg selalu menghiburkan kami sekeluarga, moga dia RIP 'disana', huhuhu..

Pada anda semua yg x tau gejala cholera ni, tanda2nya ialah ayam menjadi lemah dan tak larat berdiri, kaki menggeletar dan melepek jer (terbaring/meniarap).. kepala panas seolah2 tgh demam, badan ayam agak panas juga, dan kepak jatuh, kalau korang buka mulut ayam akan nmpk seoalah2 ada lendir seiras kahak. najis ayam cair dan berwarna jernih berserta putih kekuningan.

Cara mengubat penyakit ini ialah dapatkan ubat Ciproxin, cara rawatan ada dua, bg ayam yg dah nazak, sumbat 0.5ml ciproxin dlm mulut die, sekali sehari. bg yg baru ada simtom2 td bancuhkan 1ml ciproxin bg setiap liter air dan bg mereka minum 3-4 hari. Effect penyakit cholera pada ayam ni x secepat ND, ayam akan sakit then akan mengambil masa 2-3 hari baru mati, ia mengambil masa yg panjang utk membunuh haiwan ternakan. Ubat ciproxin tu anda boleh beli, atau pegi je ke Vet JPV daerah dan minta dr dieorg, biasanya ubat ini ada dlm stok dan mudah didapati. Yg penting asingkan semua ayam yg telah terjangkit dan rawat mereka mengikut keperluan.

Lepas penyakit ini hilang, sembur reban dan tanah anda dgn dis-infection atau kalau xde boleh sembur pakai dettol.

p/s: suasana raya yg bercampur baur, gembira & sedih... huhu..

Sunday, August 29, 2010

jgn salah sangka.. huhu..

Salam semua.. Skrg ni kita sudah berada di 10 mlm terakhir di bulan ramadhan, so gandakan la ibadah masing2 ye kawan2 semua, aminnn...

Kalini aku nk cerita perihal customer kami, seorg wanita dari Johor Jaya, JB. Pagi tadi kakak ni call abg aku (kadir belanda) kata nk dtg lawat reban kami, so kebetulan abg aku mmg ada kat pontian, so die pun kata ok je dan tunjukkan arah jalan dr exit highway sedenak.

Sesampai je ke reban kami x lama kemudian, akak ni seolah2 terkejut melihat reban kami, die kata "la.. ni ke projek ayam nye? tgk dlm blog nmpk mcm besar", hehehe.. abg aku senyum jer.. rupe2nye akak tu ingat kami buat projek ayam berskala mega, die dtg nk minta khidmat nasihat mengenai penternakkan ayam daging dan penetasan ayam daging. kesian akak tu, dtg dr jauh tp kecewa, huhu.. kami meminta maaf sekiranya gambar2 di blog kami membuatkan ramai tersalah anggap, huhu..

kat sini jgk, nak bagi tau semua (mcm ramai je follower blog ni, hehehe..) yg projek kami ni baru peringkat awal lagi, x besar mana pun.. just projek belakang umah.. kami skrg fokus kat ayam belanda or turkeys, disamping itu ada juga memelihara ayam kampung, ayam mutiara dan menternak ikan air tawar seperti keli, haruan & puyu dlm kolam kanvas..


p/s: kami penternak baru belajar. :)

Tuesday, August 24, 2010

Berdosakah kita?

Salam semua…

Sebenarnya sejak awal menternak ayat kat atas tu sentiasa bermain difikiran aku. Ayat tu merujuk kepada bilangan kematian anak ayam / ternakan yg kite pelihara. Kalau mereka ni mati di dalam jagaan kita, adakah kita mendapat dosa? Huhu… sepanjang aku mula memelihara mmg rasanya dh byk dh mati atas pelbagai sebab. Ada yang mati bergaduh, ada yang mati tersepit, mati kena makan ular, musang dan mungkin juga ada yg mati x cukup makan sebab berebut, huhu.. ni belum masuk mati sebab kena penyakit tertentu.

Seperti penternak lain aku rasa yg banyak mati ialah anak2 ayam, huhu.. lebih byk lagi yg x sempat menetas (mati dlm telur). Jadi persoalannya, adakah kita yg dipersalahkan atas sebab kematian ternakan ini?

Cuba anda renungkan punca kematian ini:

- kerana penyakit (mungkin sebab kita lambat @ ambil mudah nk bg vaksin)
- dimakan ular/musang (mungkin sebab reban kurang sempurna)
- mati tersepit (reban terlalu kecil @ suhu mentol tak cukup panas utk anak
ayam
- mati berebut makanan (makanan x cukup atau tmpt mkn x cukup)
- anak menetas x sempurna (kita kurang mahir guna incubator)
- anak menetas cacat (suhu, humidity incubator x sempurna)

kalau anda perhatikan setiap jenis kematian yg saya sebutkan mungkin berpunca dari kesilapan kita, so kita adalah mungkin sebab utama kematian ternakan itu. Ini menunjukkan kita kurang bertanggung jawab ke atas ternakan kita, so persoalannya ialah ‘adakah kita berdosa?’, huhuhu…

Saturday, August 21, 2010

Dah mcm krismas la pulak...

Salam semua..

Amacam puasa korang? Lebih baik dari tahun lepas ke? Terawih dh ponteng lum? Hehe… dalam sibuk mengerjakan ibadah di bulan puasa ni, kawan2 semua jgn la lupa tanggungjawab terhadap ternakan masing2, kerana menternak ni pun sebenarnya fardhu kifayah untuk kita umat islam, secara x langsung ianya juga merupakan ibadat untuk kita, aminnn.. insyaAllah…

Dlm kesibukan kami dgn ternakan, kami diberitahu oleh En Nizam dari vet johor yg rakan2 sekerja beliau (staf2 JPH nusajaya) berminat untuk menikmati daging turkeys untuk hari raya aidilfitri nnt.. wahhh.. dh mcm krismas org masak turkeys untuk perayaan, hehe.. kami pun offer la mereka harga yg ‘baik punye’.. x sangka jumlah order sehingga harini adalah 13 ekor n still counting!! Ni cuma order dari staf JPH, x masuk org awam yg lain.. wahhh, dh betul mcm krismas la raya tahun ni, hehehe..

Jika begini lah sambutan org msia terhadap turkeys mmg patut lebih ramai org kita bela turkeys. Cara bela pun x susah, mcm ayam kg jer, cuma ms die kecik tu yg agak kritikal. Ayam kg amik masa 5-6 bulan untuk mencapai berat 1.8-2.2kg, turkeys plak pada umur 5-6bln yg jantan sudah mencapai berat 6kg!! hehe.. menarikkan??

Anyway, semoga harapan datin pengarah (JPH Johor) untuk melihat orang ramai menerima turkeys sebagai makanan harian menjadi kenyataan dlm masa 2,3 tahun lagi, ianya amat bermakna bagi kami kerana staf2 jph sendiri dpt menikmati daging ini dan memberikan sokongan yg hebat kepada ternakan ini, terima kasih semua…

p/s: agaknya if kami buat beriyani gam turkeys ramai x yg ingin mencuba? Hehe..

Wednesday, August 18, 2010

Puasa di BD Farm..

Salam semua. Rasanye belum terlambat nk ucapkan selamat berpuasa kat semua, moga ramadhan tahun ni lebih bermakna kepada kita semua, aminn..

Dah agak lama jugak kami tak update blog ni, sebabnya skrg tgh agak sibuk menambah-baik struktur reban di BD farm. Seperti yg pernah aku cerita kat satu posting masa awal tahun lalu, tahun ni projek utama kami ialah utk menambah-baik reban yg ada supaya ternakan kami lebih selesa.

Dlm posting tu aku byk cerita mengenai nk tambah brooder, tambak tanah, reban baru, pagar, incubator baru, hatcher n etc.. tapi setelah dikira2 kami dpt adakan 60-70% je dari apa yang kami projected kan dulu, huhu.. jadi la..

Harapan kami lepas siap semua kerja2 ni turkeys dan ayam kampung yg kami bela akan lebih riang dan selesa dgn reban baru dan kawasan kawanan mereka yg lebih besar lagi, kaw ni redup sebab bawah pokok kelapa sawit. Supaya mereka boleh membiak dgn lebih byk lagi.

So, puasa tahun ni mmg memenatkan sbb byk keje nk dibuat, kami harap sblm oktober semuanya siap. Aminnn….

p/s: Skrg ni ayam di BD farm sudah kurang telurnya, maybe dh off season

Sunday, August 8, 2010

Go Free Range!!!

Salam semua..

Cerita kali ni x berlaku di BD Farm, tp berlaku di Pengkalan Chepa, Kelantan. Mak aii, jauhnye… cerita mengenai sekumpulan pelajar MRSM Pengkalan Chepa yg membuat kertas projek mereka dan memenangi tempat ke4 dr 30 penyertaan!! not bad, right?

Apa kena mengena dgn BD Farm?? Hehe.. mmg la xde kena mengena, bdk2 ni pun bukannya sedara kami, hehe.. tp kami adalah antara rujukan mereka semasa mereka membuat kertas projek ini. Kami juga bertindak sebagai salah seorang penasihat mereka..

Cerita ini bermula awal tahun lalu ketika sekumpulan pelajar ini berminat untuk membuat projek mengenai ayam free range atau organic. Mereka telah meminta bantuan kami utk memberi sedikit khidmat nasihat. Kami ni bukannya expert pun, so bagi la maklumat2 sekadar yg kami ketahui. Kami jugak suruh bdk2 ni rujuk blog yg ada seperti blog DQ Farm, Compassion Farming dan beberapa blog org putih. Aku kesian gak kat bdk2 ni sbb kat Malaysia mmg x byk rujukan yg bole mereka perolehi sbb dunia penternakan free range ni sgt baru di Malaysia, ianya adalah amalan menternak ayam yg telah lama kita lupakan.

Selepas berhempas pulas mencari dan mengkaji segala aspek penternakan & kesihatan selama berbulan2, pelajar2 ini dpt menyiapkan projek mereka yg bertajuk “FIGHT FOR CHICKEN FREEDOM & BETTER CHICKEN MEAT". Mmg tajuk die pun dh best, no wonder la dieorg menang, hehe..

Kat bawah ni pics pelajar2 tersebut bergambar dgn poster projek n hadiah dieorg, layannnn…..









p/s: ini adalah satu permulaan baik utk ayam free range, mereka adalah generasi akan dtg yg akan memberi kesedaran kpd khalayak umum betapa pentingnya kite mengubah cara penternakan ayam kita.. aku mmg respek la sbb budak2 ni mmg berani buat tajuk ni.. bukannya senang nk bagi org kita faham, huhu..

Friday, August 6, 2010

Pengumuman...

salam semua..

post kalini ialah yg paling ringkas dan pendek dr yg sebelumnye.

just nk ckp yang kami di BD Farm skrg tidak lagi menjadi wakil jualan / distributor bagi inkubator keluaran Niche Marketing. Terima Kasih...

p/s: ringkaskan?? hehe..

Monday, August 2, 2010

Terima Kasih..

salam semua..

semalam abg aku kadir ke JPV Kluang untuk menerima inkubator auto pemberian dari JPV Nusajaya (JB), terima kasih byk2..

secara total smlm terdapat 6 penerima, 2 dari pontian (BD Farm & En Kamal), 2 dari Batu pahat, 1 kota tggi, 1 JB. inkubator ni dibeli dari Niche Marketing (Bedin) dan merupakan inkubator baru yg beliau hasilkan. terdapat beberapa perubahan dari model yg asal iaitu kemasan (luaran) yg lebih kemas dan ciri lain yg paling ketara perubahannya ialah apabila mentol menggantikan heater sebagai ejen pemanas. yg pasti mmg inkubator ni akan lebih jimat elektrik tp dari segi penetasan wallahualam..

cerita pasal ejen pemanas ni, aku simpati dgn wan cikot sbb inkubator auto die terbakar akibat pemanasan dalaman yg x terkawal, inkubator tu dibeli mahal jgk tak silap rm2.5k, pakai x sampai 2 tahun.. harap die byk sabar dan terus usaha lagi, cayukk bro!!

ok lah, ni je update baru dari BD Farm, sampai jumpe lagi di posting yang lain..

P/S: tq juga pada en nizam sebab menguruskan pemberian inkubator ni, candling unit tu if dh dpt cepat2 info, hehe..

Tuesday, July 27, 2010

target tak kesampaian...

salam semua...

posting kalini ringkas jer.. sbb hajat x sampai so cite pun sikit (kecewa, huhu..)

if korang semua perasan kami BD farm target starting june 2010 kami nk kuarkan 300 ekor ayam kg sebulan, tp x kesampaian.. nape june 2010? sbb date tu ialah tarikh BD farm diwujudkan (exact date 11 june 2008), maknanye dh 2 tahun kami beroperasi.. pengeluaran skrg msh x banyak dan x dpt nk cope with the demand.

ckp psl demand, sbnrnye ianya bermusim... musim yg 'meriah' ialah ms CNY, raya puasa, raya haji n etc, senang cita ms musim perayaan la.. tp bulan2 biasa ada juga org beli (supplier dtg reban amik ayam kg).

nampaknya kami kena anjakan/review target kami, insyaAllah by june 2011 kami boleh kuarkan 200-300 ekor ayam kg sebulan.. aminnn... skrg ni tgh kumpulkan baka2 yg baik (besar) utk dibiakkan, baka2 ayam yg kecik sume dijual n disembelih.. kami juga sedang mndapatkan baka ayam arab utk dibiakkan, baka ni cepat membiak, insyaAllah..

p/s: dgr cite JPV nk buat projek ayam kg under program integrasi bersama Jab Pertanian n Jab Perikanan, if dpt projek/bantuan tu best gak, hehehe..

Tuesday, July 20, 2010

cuti panjang pikir reban ayam...

salam semua...

lama bebenor aku tak update blog nie, sibuk kat kampung for the past 2 weeks. bukan apa, skrg ni dh masuk bulan sya'aban so tgh musim kenduri arwah/doa selamat kat kg aku. selalunya mmg setiap umah dlm kg tu akan buat kenduri samada lepas solat magrib atau lps isyak.. so selama hmpr 2 mggu kat kg mmg puas jgk la pegi kenduri n mkn free, hehe..

berbalik pada cerita BD Farm.. insyaAllah akhir minggu ni atau selewat-lewatnya akhir bulan ni kami akan menerima satu set inkubator auto dan hatcher sumbangan dari JPV Negeri Johor & Niche Marketing, terima kasih semua.. hehe.. kami juga akan menerima sebuah inkubator auto yg kami repair pada waktu yg sama. inkubator yg repair ni kami amik dari SeriBumi Ternak. so lps ni kami akan ada 3 inkubator auto (berkapasiti 315 bj setiap satu) dan sebuah hatcher berkapasiti 600 biji, insyaAllah..

setelah ada 3 biji inkubator ni kami akan mula fokus pada penternakan ayam kg kami, kami akan mula membeli/mencari supplier2 telur ayam kg utk ditetaskan sebanyak mungkin. kami akan khaskan 2bj inkubator tu utk ayam kampung dan 1 bj lg utk turkey dan ayam mutiara. harap2 makin byk la dieorg bertelur, aminn...

kami juga berharap akan menerima peruntukan/bantuan buat pagar & reban dari JPV tu sebelum bulan ramadhan, so that kami boleh mula buat tiang konkrit utk pagar. tiang tu berukuran 3x3inci dan 8 kaki tggi, kami akan buat 126 tiang pagar dan akan pagar kawasan kelapa sawit blkg reban yg berkeluasan dlm 300kaki x 160kaki, insyaAllah.. tiang pagar tu perlu di biarkan lama supaya konkrit betul2 keras, kerja buat pagar maybe start lepas raya. kami akan menggunakan pagar jaring ikan hijau tu sahaja sbb x cukup modal nk buat pagar pakai chain link, huhu...

kawasan berpagar seluas 48k sqf tu akan memuatkan reban kawanan ayam mutiara seluas 3000sqf, reban kawanan ayam belanda seluas 21k sqf, dan reban kawanan ayam kg seluas 12k sqf, baki kawasan lagi 12k sqf masih dlm perancangan kami.. (abg aku kadir belanda plan nk buat kaw reban merpati & punai, dan juga kawasan induk ayam kg tp kami pun x pasti lagi..)

kami target semua ni siap sebelum pertengahan october. kami target bulan november dh start fokus dgn ternakan ayam kg supaya CNY tahun depan dpt la kami bekalan ayam kg yg secukupnya, insyaAllah...

p/s: doakan la kejayaan kami ekh... huhu..

Saturday, July 3, 2010

adussss... pening kapla....

salam piala dunia sume.. hehe..

pendekkan cite, kepala aku tgh pening sbb memikirkan keadaan telur2 ayam waktu nie n inkubator yg ada.

sejak bro bidin post kat blog dia pasal thermostat caem tu aku jd risau (sbb br je tukar dari thermostat rainbow ke caem), suhu die mmg tak leh naik, naik takat 38 celsius jer.. then turun jd 35 celsius and naik balik. so range suhu 35-38 celsius, tak cukup panas rasanye tu, huhu..

so hasilnya % penetasan drop jd 35-40% jer, huhu... mmg keciwa sgt plus ada anak yg menetas cacat, huhu..

bukan itu saja je yg buat aku pening, ada lagi... aku pi jumpe cousin aku yg buat hatchery puyuh (commercial scale, inkubator rm350k), kami borak2.. die kata telur ms pertengahan tahun mmg "kureng" sikit. if % netas tggi pun anak yg netas x sihat n akan mati, huhu..

bila aku pikir balik, mmg betul kata die. anak serama yg dieramkan ibunya (menetas 6 dr 7 biji) pun x panjang umur, 2 mggu dh mati semua.. so, skrg kami berserah je kat takdir, if ada rezeki ada la.. aminnn... tp kami tetap akan tukar thermostat caem tu, tgh tggu bro bidin post thermstat jaeger yg baru, hope yg ni ok.. aminnn...

p/s: kite buat yg termampu dan terbaik, the rest kita tawakal saje padaNYA...

Friday, June 25, 2010

Dreaming of this to happen in Malaysia....

Salam everybody... it has been a while since the last time i updated this blog, u want to know y?? football fever!! WC is coming to town, hehehe...

Okay, while i'm waiting for the '3rd session of WC' (2.30am game) i normally surfing the internet to make sure i didn't fall asleep.. n lucky me that i found this article, this is a good news to the free range farming n i cant wait for this to happen in our country.. huhuhu...

this article is dated 14 may 2010:

MORRISONS GOES 100% BRITISH FREE-RANGE ON OWN-LABEL EGGS

Morrisons has announced that it has become the first top four retailer in the UK to switch to 100% British free-range on its own-label eggs.

This week’s introduction of 100% British free-range comes nine months earlier than Morrisons had previously forecast and will see millions of laying hens become free-range two years before the EU-wide ban on battery cages comes into force.

The retailer, which currently sells more than 10 million own-label eggs every week, will offer four own-label ranges, all 100% British and free-range, providing even more customers with an ethical choice when purchasing eggs. (Morrisons lowest-priced free-range eggs will be £1.37 for six medium-sized).

Jamie Winter, Trading Manager from Morrisons said; “We have been working towards this goal for some time. As Britain’s fourth largest grocer, we have a responsibility to our customers, suppliers and their animals. We are unique in sourcing our food directly from the producers so we are able to introduce and maintain good farm animal welfare into our sourcing policies. We have a dedicated Farm Working Group which liaises with a network of farmer groups to shape our policies and set targets on farm animal welfare.”

Rowen West-Henzell of Compassion in World Farming comments; “Morrisons has achieved great strides over the last 12 months. Its move to 100% British free-range on own-label shell eggs demonstrates its commitment to improving animal welfare.”


p/s: Morrisons is one of the leading hypermarket range in UK, and this article is taken from Compassion in World Farming website.

Wednesday, June 16, 2010

Rezeki 2010....

salam semua...

sudah lama aku tak update blog ni.. sibuk sgt, selain aku baru je balik bercuti kat kg 7-15hb june lepas. masa kat kg on 8hb tu en nizam, peg JPV negeri ada call kami, die suruh kami dtg ke pej JPV pada pagi 10 jun, ada berita gembira katanya.. so kami pun apalagi 10 jun tepat pkl 8.30am dh tercegat kat depan opis JPV nusajaya, bandar iskandariah..

kami pergi bertiga, aku, abg aku kadir belanda dan en kamallullah (pengusaha angsa/ayam kg). En kamallullah ni otai giler, semua peg/pengurus JPV dia kenal. so kami pun request la nk jumpe dgn en nizam (unit aneka haiwan), tp die xde kat opis, pegi minum kot.. so, en kamal ni pun call la haji mansor (ketua unit unggas), bila nmpk kami je hj mansor terus ajak minum kat bawah dulu.. rupenya hj mansor ni dgn en kamal ni kenalan lama.. sepanjang minum tu byk jgk yg kami borak yg semua topic tu berdasarkan unggas2 dan bagaimana kami bole menaikkan industri ini. kami jg berjumpa dgn haji mahat (ketua unit promosi/pembangunan usahawan) dan berborak juga.. best giler dpt jumpe "big guns" kat JPV nusajaya ni dan bertukar2 no HP personal, hehe.. cayalah!!

lepas minum pagi dgn "otai2 JPV" kami pun jumpe en nizam. kami masuk bilik meeting dan die kata yg JPV nusajaya melalui unit aneka haiwan nk bantu kami mengembangkan lagi projek kami. (BD Farm dgn ayam belanda, en kamal dgn angsa). JPV akan bagi inkubator auto percuma, dan sedikit bantuan kewangan utk upgrade reban, ALHAMDULLILLAH... so blk dr meeting tu muka memasing senyum jer... hehe..

aku dgn abg aku plan nk gunakan duit tu semaksimum mungkin. kami bercadang nk buat pagar (0.8 ekar/34k square feet), dan membeli mesin2 seperti generator set (back up utk inkubator) dan mesin cabut bulu ayam. insyaAllah by next month kami dpt peruntukkan tu, aminnn...

p/s: yg paling best 10 jun tu b'day aku, so jadi mcm hadiah b'day la for me.. tq jgk pada dr zul (bos unit aneka haiwan), haji mansor, haji mahat for your support. insyaAllah nanti kami akan minta bantuan lagi.. kekeke.. juga TQ pada en borhan (vet pontian) sebab byk tolong kami n bagi nasihat, insyaAllah apa yg kita plan tu akan berjaya, aminnnn...

Sunday, June 6, 2010

Ayam Kesayangan Pengurus Besar

Salam semua… post kalini aku nk cerita mengenai ayam kesayangan manager besar BD Farm (mak aku), hehe.. seperti yg korang mungkin dh tau dari post2 aku yg lepas, manager BD Farm sememangnya anti kepada guinea fowl (ayam mutiara /api2). Sbb die benci ada banyak, antaranya kerana sangat liar dan susah nk dijinakkan selain dari pitching suaranya yg mampu memeningkan kepala sesiapa saja..

So if ada yang dibenci, tentulah ada yg disayang, hehe.. Ayam yg paling beliau sayang ialah ayam serama jantan kami yg beliau beri nama Tek Ke Tek (pronounce as Tack Kay Tack). Ayam jantan ni berusia dekat 2 tahun dan merupakan alpha male serama kat reban kami. Tek ke tek ni mmg sgt jinak dan manja, tak byk bunyi Cuma berkokok pada waktu subuh betul2 kat depan pintu masuk utama rumah aku, hehe.. So walaupun kokokannya tak kuat mana (maklum la ayam serama) tp sentiasa didengar oleh isi rumah sbb betul2 kat tepi pintu umah..

Daripada sifat2 tek ke tek tu sendiri kita dpt bandingkan dgn guinea fowl / ayam mutiara. Tek ke tek mmg mempunyai sifat yg berbeza malahan bertentangan dgn guinea fowl / ayam mutiara kami, so tak hairan la kenapa dia menjadi ayam favorite Manager Besar kami, hehehe..

Dulu ayam serama cuma ada 3 ekor jer termasuk tek ke tek tp setelah lebih setahun mereka mula mengawan, skrg bilangan ayam serama adalah x kurang dari 25 ekor, semuanya bukan lah baka yg mahal2 tu, bukan show breed punye baka, tapi hanya baka yg biasa saja w’pun ramai jgk yg prnh dtg reban kami mengatakan yg baka ayam serama kami “boleh tahan”, hehehe..

Ok lah, kat bawah ni ada beberapa pics tek ke tek utk tatapan semua, enjoy…

p/s: w’pun kecik, tp tek ke tek ni garang, siapa kacau bini2 die tentu die belasah w’pun ayam tu 5-6 kali ganda besar dari die..




Sunday, May 30, 2010

Makanan sampingan/tambahan

Salam semua..

Post kalini aku nk tulis pendek jer, nk cita psl mknn sampingan/tambahan yg kami beri pada ayam.

Ramai jgk pelanggan yg dtg reban ke BinDim Farm kata ayam kampong kami kelihatan cantik, selain badan yg besar dan sihat, bulu ayam kami juga cantik dan bersinar2 (puji ayam sendiri.. hehe)

Nak tau rahsianya?? Xde rahsia pun, rsnye sebab kami bagi mkn tahi minyak. Kat johor org panggil taik minyak, negeri lain x tahu la apa ekh, hehehe.. kami beli kat kilang kepala, satu beg 40-50kg harga rm12 jer.. murah… just letak kat tanah (berbumbung) dan koyakkan kampit, tinggalkan jer. So, mana2 ayam terasa nk mkn, dieorg akan dtg sendiri ke kampit tu dan makan. Biasanya 1 kampit taik minyak ni boleh tahan 2 minggu, dieorg akan mkn sikit2 sbg makanan ringan. Makanan utama dieorg ialah jagung + hampas soya + dedak + copra.

Pics kat bwh ni ialah gambar ayam tgh mkn taik minyak, dan hampas soya. gambar menjemur hampas soya pun ada.

p/s: mknn ni utk ayam dewasa sahaja ye, utk ank ayam bg mkn dedak starter sahaja.





Monday, May 24, 2010

Brooder Baru...

Salam semua…

Tahun ni bilangan ayam kat Bin Dim Farm kian bertambah, alhamdullillah…. Ayam kampong, ayam belanda, ayam mutiara (guinea gowl), dan ayam serama semuanya kian membiak. Apabila makin byk tentunya ruang reban perlu ditambah. Betul tak? Untuk ayam kampong dan ayam serama xde masalah sebab kami mmg memelihara cara free range iaitu lepas bebas, tp untuk ayam belanda (induk) dan ayam muitara mmg kena buat reban baru. Tapi, sebelum reban baru dibuat yg paling penting ialah buat brooder baru, supaya anak ayam ni tak berhimpit2 dan dapat menikmati hidup dgn tenang dan nyaman. 

Ok lah, pada w’end yg lalu kami telah membuat 2 brooder baru yg berukuran 3 x 6 kaki, dan 1 brooder berukuran 3 x 8 kaki. Rasanye buat ms ni tambahan 3 brooder baru ini dapat menampung anak ayam yg semakin “ramai”. Sebelum ni kami ada 2 brooder berukuran 3 x 4 kaki dibuat sendiri, selain beberapa sangkar arnab dan beberapa biji bakul sayur yg telah diubah suai menjadi brooder, hehehe.. FYI, untuk anak ayam yg baru menetas sehingga umur 2 mggu, kami masih menggunakan bakul sayur kerana ianya lebih sesuai. Selepas umur 2 minggu baru kami akan masukkan ke dalam brooder secondary (samada sangkar arnab, atau 5 brooder yg dibuat sendiri).

3 brooder baru kami ini, kami jangkakan mampu memuatkan sekurang2nya 150-200 ekor anak ayam sehinggalah umur mereka mencapai 5-8 minggu iaitu umur yg sesuai sebelum melepaskan mereka ke tanah. Anak ayam ni bila lama sgt dikurung, mereka akan jadi cannibal (makan kwn sendiri) dan masa tu peratus kematian akan meningkat. Tapi jika cepat sgt diturunkan ke tanah plak, mereka akan kalah berebut mknn dan sering dibuli oleh ayam dewasa dan akhirnya kurang mkn dan terbantut.

Untuk 3 brooder ni, kami tidak mengeluarkan apa2 modal kecuali rm3.60 untuk membeli 6 engsel pintu. Bahan lain ialah kayu 2x3 yg dh ntah bape hand dh, rsnye 4 or 5 hand kot. Asbestos 2nd hand dan mata punai yg telah lama kami beli tp tak pakai2.. kami ambil masa 2 hari (sabtu dan ahad) utk menyiapkannya.

Ni ada beberapa pics utk dikongsi bersama, enjoy….

p/s: cuba tgk kadir belanda potong kayu tu pakai apa? Pakai chainsaw 2.5 kaki, hahaha.. ni semua akibat gergaji kami tumpul so apalagi semua kayu kami potong guna chainsaw, muahahaha… Cepat dan Cekap!! Kekeke..






Saturday, May 22, 2010

Meaning of common terminology used with regards to poultry in Malaysia

Ayam Kampung

The meaning of this term depends on its usage. Traditionally, it is used to describe the indigenous chicken which is a mixed breed of various breeds of chickens indigenous to this part of the world. Among the breeds that made up the ayam kampung are the jungle fowl (gallus gallus), the Malay, the Sumatra and the Siamese fighting cock. The ayam kampung is not a breed. It is a term used to describe a mix-breed chicken commonly found in villages throughout South East Asia.

In the markets, the term ayam kampung refers to any non-broiler chicken i.e. a slow growing, colored feather chicken. Various improved breeds and hybrids are now also sold as ayam kampung. These include the Sasso chickens, various Hungarian Naked Neck breeds and hybrids, various crosses such as Kabir and Isa, etc. In many rural roads, one can see these breeds roaming free and are considered as 'ayam kampung' by villagers now.

To the consumer the term Ayam Kampung implies that the chicken is free-range and fed natural food. This unfortunately is very far from the truth. If a supplier can supply you with hundreds of ayam kampung per day, the only way this can be achieved is through intensive farming methods

Free Range

Free-range implies freedom of movement and being raised in clean soil with fresh vegetation and grass available for the chickens. This calls for unlimited space for the chickens to roam. This used to be the case in the old days where we see flocks of 20 or 30 chickens roaming around the kampung.

Nowadays free-range chickens are grown in an enclosed space, either in houses called rebans or in small enclosed "yards". If grown in "yards" the grounds rapidly become bare, muddy and smelly. The right word to describe this type of operation is "yarding" from the word "back-yard". This type of operation will result in an environment infested with pathogens. Some farmers "yard" their ayam kampung in a small area in an oil palm estate, fenced in under the trees and sell them as free-range. Most "ayam kampung" sold today in the wet market however, are raised in rebans and have never seen a single blade of grass.

True free range requires unlimited foraging space, which is not practical, or for the chickens to be moved from fresh pasture to fresh pasture, as is done for DQ Chickens

Premium Range Chicken

This means the same as Premium Chicken. It does not have anything to do with free ranging. It is just a play on words

No Added Antibiotic / Antibiotic Residue Free

"No added antibiotic" implies that the feed already has sub-therapeutic antibiotic and the farmer do not add further antibiotics on his own. Antibiotic residue-free implies those feed with sub-therapeutic antibiotics are withdrawn prior to slaughter and replaced with feed totally free of antibiotic. Withdrawal period can be anything between 5 to 10 days. DQ Chicken has no sub-therapeutic antibiotics in the feed and DQ do not rely on antibiotics for growth or for disease control. DQ chickens are tested regularly on a random basis purchased from random outlets selling our chickens by an independent lab.

Chemical Free

Chemical-free is taken to mean chickens that are not fed chemicals of any kind, nor treated with chemicals to prolong shelf life. Chemical-free does not necessarily mean that the chickens are not disinfected with chlorine during processing, or that the environment that they are raised is chemical-free. Also, most chicken feed in Malaysia contain fish meal which has various chemicals in it, for example a preservative called ethoxyquin. Fish meal has also been found to have high levels of dioxin according to a BBC report a few years ago. DQ Chicken are chemical free and are raised in a chemical free environment

Fresh Chicken

This is taken now to mean any chicken that's not frozen. In some wet markets and smaller supermarkets, frozen chickens are routinely thawed and sold as fresh. DQ Chicken are aged for 8 to 10 hours at 2 to 4 degrees celsius and then delivered to
consumers chilled.

Organic Chicken

Local "organic" chickens are not certified and normally refers to chickens that are antibiotic-free. In most instances they are not free-ranging and do not qualify to be called "organic". Apart from that, nothing much is known about their farming practices. From tests done by us, it would appear that the chickens are fed meat bone and blood meal and fishmeal and therefore cannot be considered as organic. The only true organic chicken we have found available locally is Barlil Organic Chicken from Australia sold at Country Farm outlets. Our tests have shown them to be quality chickens.

p/s: this article taken from DQ farm/terminology

Wednesday, May 19, 2010

Ayam dh pindah, tp mintak maaf byk2...

salam semua...

tajuk kat atas menggambarkan perasaan ku kepada anda semua, ku pohon 10 jari tgn dan 10 jari kaki mintak maaf sbb gagal menunaikan janji, huhuhu...

janji apa?? janji nk ambil gambar perpindahan ayam2 dari Seribumi Ternak ke BinDim Farm, huhuhu..

Bukan sengaja tapi x sempat sbb kepenatan n mengejar masa, huhu.. harap maaf ok.. anyway, ni report utk program perpindahan tersebut..

sehari sebelum hari pindah (selasa petang) aku n seorang kawan dh halau n kurung turkey2 ni supaya senang buat head count, aku kira ada 42 ekor. Guinea Fowl (GF) plak ada dlm 20 ekor, tp semua tdo atas pokok..

pagi tadi aku dtg lagi, lepak2 ngan kawan aku (pikir strategi la...) n makan2 semua. pukul 3pm baru sampai beranang, ms tu zulhelmi dh smpi dah.. kerek je die sound aku "wooii, apa la lmnt sampai, janji mcm ke%$#@!!" aku senyum je.. sbb aku tau die mmg mcm tu, die pun ckp serupa boss die, hahahaha (maaf, lawakni hanya zul n aku je yg faham..hehehe).

so,aku mulakan la sessi "berkejaran mesra" dgn GF ni.. setelah 1 jam mengejar secara mesra akhir dpt jugak kurungkan dlm reban dlm lebih kurang 20 ekor.. ada baka pied dlm 5,6 ekor, yg lain recessive jgk tp x nmpk sgt. so dlm pukul 5.30pm abg aku smpi dan kami berenam pun memulakan operasi tangkap menangkap turkey n guinea fowl nie.. geng enam jahanam ni adalah, aku, abg aku (kadir belanda), kawan aku saleh, mr alip doorr, abg halim (abg ipar zul) dan zul.. satu jam tangkap ayam, penat nk mampus.. akhirnye siap msk kan dlm van yg abg aku sewa, nasib baik muat w'pun ayam2 tu sure z selesa.. huhu.. xpe, 3-4jam jer ye ayam2.. :)

abg aku akan singgah di tangkak sebab ada 2 pembeli sedang menunggu, pembli tu ialah rakan ternak kami Wan Cikot n rakannya. Wan Cikot beli GF pied recessive 4 ekor, kawan die beli turkey sepasang. yg menariknya, wan cikot bg tau aku turkey tu akan digunakan sebagai hadiah bg kejohanan tarik tali, hehehe.. mcm2 dunia skrg ni, aku ok jer, tu promo tu bagi kami, hehehe...

so, itu lah operasi kami harini, perpindahan yg agak sukar tp berbaloi, slmt dtg diucapakn kepada 38 ekor turkey dan 13 ekor guinea fowl ke ladang kami di BD Farm, semoga korang happy dan membiak dgn jayanye..

p/s: jumlah ayam yg menurun itu kerana kami tgglkan 2 ekor jantan untuk zul semelih, then 2 ekor betina tgh mengeram, xpe la.. biar tggl baka kat beranang, hehe.. GF kurang plak sbb ada yg lepas ms proses menangkap, biasa la tu.. aktif sgt..

Monday, May 17, 2010

Nak pindah ayam...

salam semua..

Minggu ni pening kepala aku sbb pikir cara/jalan mcm mana nk pindahkan turkeys dan GF yg kat beranang (Seribumi Ternak) ke BD Farm. Rasanye ramai yg dh tau yg BD Farm ada sedikit share kat Seribumi Ternak, so bila Zulhelmi call kata yang die nk fokus sepenuhnya pada ayam kampung n serama, kami di BD Farm mmg akan dipertanggunggjawabkan ke atas semua turkeys n GF fowl..

Sabtu lepas semasa otw ke rembau untuk fishing, aku singgah ke beranang utk buat head count ke atas ayam2 tu. boleh tahan juga byknye. rasanya ada dlm 40 ekor turkeys. ms tu GF nmpk x byk, yg aku nmpk cuma sekawan GF (lebih kurang 15 ekor), menurut Zulhelmi ada lagi 3,4 kawan yg dh keluar "bersiar2" dan dah kurang "lekat" di reban, huhu.. so, if semua GF ni dpt ditangkap jumlahnya maybe dlm 40-50 ekor.

so, ptg esok aku akan berusaha menangkap n mengurung ayam2 ni b4 abg aku sampai dari johor utk mengambil ayam2 balik johor. Tapi nk pakai apa??? mula2 kami plan nk pakai van, tp masalahnya muat ke?? so skrg rsnye kami akan angkut naik lori.. lori apa?? hah, korang tggu je la nnt. Rabu ptg insyaAllah kami akan angkut ayam2 ni ke BD Farm di Pontian, Johor.. doakan kami supaya segala proses perpindahan berjalan lancar dan dipermudahkan, aminnnn..

p/s: nnt aku upload gambar2 proses perpindahan ayam2 ni di posting akan dtg..

Tuesday, May 11, 2010

Berita baik utk penternak di Selatan Malaysia




salam semua...

hah.. cuba tgk gambar inkubator yg aku post ni, mesti korang prnh tgk sblm ni kan? mesti la korang pernah tgk sbb ni kan inkubator abg Bedin (niche strategy marketing).
Actually dh berbulan2 Niche dan BD Farm berbincang mengenai cara bagaimana nk memasarkan produk niche ke sebelah selatan, bro Bedin selalu jg dpt panggilan dari org johor/melaka/n9 yg bertanya inkubator tp x dapat utk melayan karenah mereka atas beberapa sebab tertentu.

Oleh yg demikian, Niche telah melantik BD Farm sebagai distributor bagi kawasan selatan yang meliputi Negeri Johor dan Melaka. Persetujuan ini sebenarnya telah lama diperolehi tapi sbb sibuk dgn pelbagai aktiviti, baru skrg BD Farm berkesempatan merwar2kan berita ini kepada semua. Untuk pengetahuan semua BD Farm telah lama menggunakan inkubator Niche ni, sejak awal mac 2009. Bahkan, kami adalah antara pengguna terawal inkubator ini.

Jadi kepada peminat2 inkubator fully auto Niche ni, boleh la berhubung dgn kami bagi mendapatkan inkubator anda. Harga inkubator ada kami selitkan di ruangan harga produk2 kami di sebelah kanan blog.

Sekian, terima kasih..

Tuesday, May 4, 2010

Ayam mutiara mampu jana pendapatan kerana lebih khasiat, produktif





KITA mungkin biasa mendengar ayam kampung, serama dan ayam Belanda. Tetapi tidak ramai yang mengenali sejenis lagi ayam yang tidak kurang hebatnya iaitu ayam mutiara atau api-api.

Hebatnya ayam yang berasal dari benua Afrika ini bukan kerana bentuk fizikalnya - kelabu berbintik putih dan bertanduk kecil atau kerana kokokan yang nyaring hingga layak digelar ‘polis ladang’ termasuk menghalau ular, tetapi kerana nilai komersialnya yang tinggi berikutan dagingnya yang berkhasiat dan rendah kolesterol berbanding ayam daging.

Di negara Barat misalnya, juadah ayam mutiara yang beratnya boleh mencecah 1.6 kilogram ini, amat popular kerana baik untuk kesihatan, sekali gus menjadikan harganya tinggi. Tidak kurang dakwaan yang mengaitkan telurnya mampu meningkatkan hubungan kelamin.

Menyedari kehebatannya serta nilai komersialnya baik sebagai haiwan ternakan dan makanan yang mendapat permintaan restoran dan hotel, dua sahabat, Kapten (B) Kamarulzaman Bachik dan Mohammad Zulkiffly A Rahman, berganding tenaga mengusahakan ternakan ayam ini menerusi ladang milik bapa saudara Kamarulzaman yang mereka namakan Z & Z Llittlefarm di Kajang, Selangor.

“Semuanya bermula pada 2005 dan pada awalnya, kami memelihara dua ekor ayam yang cuma berperanan sebagai penjaga kebun. Ini disebabkan ayam mutiara ini sememangnya diketahui sebagai pengawal haiwan perosak secara semula jadi.
“Bagaimanapun, menyedari keunikan dan pasaran yang baik baginya, kami menternak lima ekor dan kini jumlahnya induknya mencecah 100 ekor, termasuk 10 jantan,” kata Kamarulzaman, anak kelahiran Melaka yang juga pemilik syarikat ESI Agrotech, ini.

Katanya, ayam mutiara ini juga mudah dijaga kerana kurang makan, cuma masalahnya, ia suka bertelur di tempat tersembunyi seperti di kawasan semak.

Zulkiffly pula berkata, harga induk ayam mutiara Z & Z Littlefarm ini dijual kira-kira RM80 seekor yang disifatkan lebih murah berbanding di kedai haiwan peliharaan yang menjual pada harga RM130 seekor.

Harganya itu jauh lebih tinggi berbanding ayam daging yang dijual kira-kira RM25 seekor, sekali gus menjadikan ayam mutiara ini layak dijadikan sumber pendapatan yang agak lumayan.
“Harganya subjektif bergantung kepada penawaran dan permintaan di pasaran. Dulu cuma RM35 seekor kerana tak banyak permintaan. Alhamdulillah, permintaan agak memberangsangkan kerana kami tidak putus-putus menerima permintaan. Malah, tidak menang tangan dibuatnya untuk memenuhi permintaan. Senarai menunggu pula mencecah kira-kira 30 ekor pada satu-satu masa,” kata Zulkiffly.

Permintaan tinggi itu menyebabkan dua sahabat ini turut memiliki kemudahan penetasan telur ayam mutiara ini. Seekor ayam mutiara betina mampu bertelur sehingga 30 biji pada satu-satu masa dan tempoh matangnya pula sembilan bulan ke atas atau satu hingga satu setengah tahun ke atas. Tempoh pengeraman menggunakan mesin inkubator khas, ini adalah 28 hari.

“Menariknya, kita tidak perlu tunggu lama untuk mendapat hasil kerana anak ayam berusia dua setengah bulan pun sudah boleh dijual,” kata Kamarulzaman.

Sementara itu, Pensyarah Jabatan Sains Haiwan Universiti Putra Malaysia (UPM) Prof Dr Zukifli Idrus, berkata ayam mutiara ini boleh disifatkan sebagai produktif serta tahan lasak berbanding ayam daging biasa.

“Ia mula bertelur selepas berusia setahun manakala ayam daging pula bertelur apabila ia mencecah usia 20 minggu. Tetapi ayam mutiara ini sebaliknya mampu bertelur sehingga tujuh tahun lamanya. Oleh itu kita boleh katakan antara keunikan ayam mutiara ini adalah tempoh kemampuannya bertelur,” katanya.

Keunikan lain ayam mutiara ini, kata Dr Zulkifli adalah ia lebih tahan lasak dalam keadaan cuaca panas.

“Ayam mutiara ini memang tahan lasak disebabkan asal usulnya dari Afrika Barat yang bercuaca panas. Ayam daging sebaliknya tidak tahan panas dan boleh mati.”

Ini katanya, berkait rapat dengan faktor genetik ayam daging yang sudah diubah suai berikutan kedudukannya sebagai ternakan komersial.

“Pengubahsuaian itu menjadikan ayam daging ‘lemah’ kerana keutamaannya ialah untuk memastikan pertumbuhan yang lebih cepat.”

Faktor itu juga kata Dr Zulkifli, turut menjadikan ayam daging lebih tinggi kolesterol kerana kandungan lemaknya yang banyak berbanding ayam mutiara.

“Daging ayam mutiara sebaliknya diketahui lebih sihat dan rendah kolesterol jika dibanding dengan ayam daging. Bagi setiap 100 gram misalnya, lemak dalam ayam mutiara cuma dua gram manakala ayam daging, enam gram. Ini menunjukkan kandungan lemak ayam daging itu adalah tiga kali ganda lebih tinggi daripada ayam mutiara," katanya.

p/s: artikel ni diambil dari blog adam agrofarm.

Tuesday, April 27, 2010

Cerita inkubator pulak...

Salam kengkawan…

Kali ni aku nak cerita kisah incubator kami plak. Rasanye sepanjang berblogging ni xde maklumat pun yg kami kongsi mengenai incubator yg kami gunakan. So, mai sini dok rapat ramai2, aku nk cita ni.. hehe..

Incubator pertama yg aku beli ialah keluaran Indonesia (mitra unggas) iaitu C100 yg boleh memuatkan 106 biji (posisi berdiri) telur ayam kampong, incubator ni semi auto. Kat msia ni aku tgk xde lagi org keluarkan/buat incubator semi auto, hahaha… if sapa nk tiru keluaran dieorg, please contact aku, “25%”.. hehe..

Incubator kedua ialah keluaran company msia iaitu incubator bro bedin kita, boleh muat 315 biji telur ayam kg n automatic sepenuhnya.. lepas beli incubator ni senang sgt nk handle telur2 tu, just letak dlm incubator dan tggu jer, x yah dh nk dok terbalik2kan, alhamdullillah…

Ni nk cite ni yg mggu ni aku balik johor dan amik incubator tu utk dihantarkan semula kepada bro bedin, kenapa??? Jgn panic, xde apa2 pun yg rosak, Cuma kami berpendapat nk ‘upgrade’ incubator ni. FYI, kami adalah antara pembeli incubator bro bedin yg terawal, (kalau tak caya, tanye bro bedin, hehe..) dan ms kami beli tu incubator ni xde dipasang thermohidrometer, dan menggunakan thermostat rainbow julat suhu 0-100 darjah selsius. So, aku hntr ke puchong incubator ni sbb nk upgrade dan pasang thermohidrometer baru, dan thermostat caem julat 0-40 darjah selcius.

Harap2 lepas hntr ni incubator tu akan lebih sensitive terhadap perubahan suhu dan supaya humidity dlm inkubator dapat kami pantau dgn lebih baik lagi. Amin…

p/s: pada posting akan datang insyaAllah aku akan upload gambar kedua2 inkubator ni, tgguuu…

Tuesday, April 20, 2010

Coloured Guinea Fowl

Salam…

Ok, ni beberapa pics terbaru mengenai perkembangan terkini ayam mutiara/api2 (GF) kami. Target kami menjelang bulan puasa, kami dpt baka anak pertama coloured GF kami iaitu Royal Purple (warna dark purple) dan Lavender (biru muda berbintik) dan insyaAllah Coral Blue pun akan ada, aminnnn…

So, baru2 ni kami dah pindahkan GF kami tu (5 Royal Purple, 4 Lavender) kat dlm satu reban khas dan kami campurkan juga dgn 2 Pearl Grey dan 2 Pied Recessive Pearl Grey. Harap2 mereka boleh membiak sesame mereka dan telur2 mereka kelak akan berbenih, aminnnn…

Reban tu kecik jer dalam 11 x 17 kaki dan bertutup seluruhnya, kira nya ni mcm nk tiru experiment ‘selective breeding’ yang dilakukan oleh Capt Zaman & Bro Zul, hehe…

Untuk pengetahuan semua umur RP ni baru cecah 5 bulan dan Lavender 5-6 bulan. Pearl Pied (recessive pearl pied) tu plak dh lebih setahun. Setelah 3,4 hari dicampurkan nampaknya alpha male ialah sekor RP yg badannya mmg agak besar w’pun umur die muda.. harap2 dieorg mengawan la cepat2, aminnn…





Friday, April 16, 2010

Projek Ayam Kampung





Seperti para pembaca blog sedia maklum, projek utama kami ialah menternak ayam belanda dan aquaculture. Tapi sejak akhir2 ni byk sangat pertanyaan dan tenpahan yg kami terima mengenai ayam kampong. Tak kira la ayam kg ori, ayam kg kacuk or ayam kacuk.

Seperti dalam post2 terdahulu, kami ada menyatakan yg kami tak berapa berkira sgt mengenai baka ayam yg kami ternak, yg penting bagi kami ialah cara penternakan itu dijalankan. Kami di BD Farm menternak kesemua ayam2 kami secara free range iaitu lepas bebas. Kami akan memelihara anak2 ayam ini dlm brooder dahulu, kemudian bila kami rasa mereka ni dh cukup besar utk dilepaskan ke tanah, baru la kami lepaskan. Biasanya kami akan lepaskan bila umur ayam ni cecah 1-2 bulan.

Selepas itu ayam2 ni masih lagi diberi makan setiap hari dan memberi juga peluang pada ayam2 ni utk meragut2 rumput, mkn serangga2 dan lain. Biasanya ayam kg kacuk/ ayam kacuk kami akan pelihara sehingga 3-4 bulan then jual, ayam kg plak biasa smpi umur 5-6 bulan.

Ketika ini permintaan terhadap ayam kg adalah tggi, setiap w’end ada je org dtg n beli, so sbb itu kami cuba utk membela ayam2 ni dgn lebih byk lagi.. kami target menjelang ogos (bulan puasa) kami dpt pasarkan 200 ekor ayam seminggu, dan hari raya nnt jualan mencecah 500-1000 ekor.. insyaAllah…


p/s: atas adalah gambar anak ayam yg baru masuk.. layannnn..

Wednesday, April 14, 2010

Apa status projek ni??

salam semua...

kali ini kami nk kongsi bersama satu keratan akhbar yg diambil dari The Star, ni berita lama, dh dekat 2 tahun dah. Keratan dari surat khabar bertarikh 19 Julai 2008.

Apa yg kami nk tau adalah apa status program ni? dapat ke Maran dijadikan bandar ayam kg skrg? dapat ke penduduk kg atau penternak terpilih supply 13,000 ekor ayam kg (free range) yg dimaksudkan?

ok lah, ni dia keratan surat khabar tersebut untuk rujukan semua:



Saturday July 19, 2008
Boost for free-range chicken
By NIK NAIZI HUSIN


MARAN: Maran town is now known as bandar ayam kampung (free-range chicken town).

State Agriculture, Agro-based Industries and Felda Affairs Committee chairman Datuk Tan Mohd Aminuddin Ishak said the ayam kampung or free-range chicken had admirers but was not popular in the market as it lacked promotion.

Tan Aminuddin said the chicken, which is reared by villagers, would be monitored by the District Agriculture Department, State Veterinary Services Department, Federal Agriculture Marketing Authority and Malaysia Agriculture Research and Development Institute.

“We want to be assured that the chicken quality is good.


Trying his skills: Tan Aminuddin cooking gulai ayam kampungafter launching of the recipe in Maran recently.

“We will look into its feed and marketing as we want the supply to be consistent,” he said.

He added that he hoped to see ayam kampung readily available at restaurants in the Maran district.

He said a pioneer batch of 26 farmers were appointed to rear and supply an estimated 13,380 ayam kampung to the market.

“More farmers are expected to take part in the programme and they can also market the product to locals if demand is good.

“Tourists who want to taste ikan patin can visit Temerloh and those who prefer udang galah can go to Rompin.

“With this programme, people can go to Maran to taste ayam kampung in the form of rendang, ayam goreng, ayam percik, sup ayam and others,” he said.


P/S: sesiapa yg ada maklumat mengenai projek ni boleh la kongsi bersama kami, tq...

Friday, April 2, 2010

What is Free Range Chicken?

From the age of Hang Tuah to the 1980's free-range system was the popular way to raise poultry in Malaysia. It produced meaty, gamey taste birds at a reasonable cost, using a reasonable amount of labor and providing valuable fertility to the land. Its also the main source of protein for the rural folks who does not have the capability to buy meat. Many chicken farmers raised less than 1,000 birds on short-grass pasture ("range"), for both chickens and ducks (back then this is a commercial scale chicken farmers).

With the rise of industrial agriculture and the development of the confinement broiler barn, this sustainable and profitable system was discontinued by means of withdrawing growers contracts. Left with no market or processing facilities the practice was abandoned within less than 5 years. However, even though the system was phased out here in Malaysia and some part of Asia, it has a continuing popularity in Europe, even to the point of having legislated standards. In France, in 2000, over 20% of all poultry (90 million birds!) was raised using the free-range system.

In Malaysia the awareness of raising chickens in free range chicken is still very new and very low. People are often confused with the term Free Range Chicken/ Ayam Kampung Ori/ Organic Chicken. All these three type of chicken is totally different and is focusing on different things and different outcomes and views.

The term Free Range Chicken is focusing on how we raised the chicken and in what condition. The term Ayam Kampung Ori is focusing more on what breeds of chickens that we raised. While Organic Chicken focusing on what type of feed that we give for the chickens to grow. You cannot compare these 3 types of chicken farming because they were raised for different types of customers.

Today I want to share the awareness of raising Free Range Chickens. To accommodate this ‘new awareness’ in poultry farming, this is some of the essentials in free range standard according to most farmers in Europe especially in UK.

Free-Range Poultry Essentials

- Maintain at least 150’ between skid houses (reban bergerak) and field perimeter fencing to minimize predation problems.

- Maintain at least 100' between each skid house to maintain flock separation.

- Move skids ahead 50' to fresh pasture as necessary, generally every three to four weeks or as needed to keep birds out of mud. Usually. any time the birds have trashed an area around the skid that is larger 5 feet it is time for a move.

- Expect the birds to range about 40' out from each skid.

- Remember: While feed savings will be realized from pasture usage the goal is not so much feed savings as to provide vitamins, minerals, and exercise for enhanced animal welfare and improved meat quality

- Chicken must be reared at least 75 days for them to develop dark muscle so that it could hold a ‘good’ amount of omega 3 in its meat.

- Chicken can start be freed to roam the field at the age between 2-5 weeks, depends on weather condition at the time of the year.


** please be noted that this is for free range chicken, not organic chicken neither corn fed chicken or ayam kampong ori.. The chicks can be selected from various species of chicken (ayam kg, ayam kg kacuk, ayam merah or even ayam daging-putih), what we did is to rear chickens in free range condition. In free range farming we are focusing on how we raised the chickens and the time needed to raised them.

Tilapia & Patin Wanted!!!

Salam semua…

Minggu ni mmg mggu yg sgt busy untuk aku, selain dari keje harian sbnrnye aku tgh cuba nk marketkan business training aku di khalayak ramai.. training apa?? TUNGGU… hehehe…

Seperti tajuk kat atas, BD Farm di datangi oleh pemborong ikan air tawar baru2 ni, die dtg nk beli ikan keli kami, selain tu jgk dia dtg nk tgk2 reban kami sekali. Pemborong ni sebenarnye pembekal ikan air tawar yg aktif di JB, selain keli dia jugak nk beli ikan Tilapia (saiz 4,5 ekor sekilo) dan ikan patin. Jadi pada sesapa yg ada membela ikan2 ni dan harap nk jual tolong telepon kami di BD Farm. Kami perlukan bekalan lebih kurang 100kg seminggu.

Minggu ni aku balik kg, setelah lebih sebulan kat KL. Tak sabar rasanye nk tgk ayam2 aku. Last aku balik kg ms CNY haritu.. khabarnye skrg byk telur ayam kg yg menetas dan skrg plak tgh musim ayam belanda n ayam kg bertelur, wahhh.. sure seronok ni.. Actually kami di BD farm tgh buat projek baru, nnt balik KL aku upload gambar dlm blog ekh, hehe.. sabar kawan2… hehehe…

W’end ni jgk supplier ank puyu kami akan menghantar batch anak puyu yg imported dari siam (x byk, hanye percubaan je) dgr cerita puyu ni dh digenetikkan utk cepat membesar dan boleh membesar sehingga 100g dlm ms 3 bulan sahaja (puyu biasa amik ms 6bln) kami jgk membeli makanan ‘booster’ istimewa dari supplier ni (bakuhanseki) sume barang mmg brg siam, hehe.. tggu je la ye… 

Thursday, March 18, 2010

Kesian abg aku....

Salam semua..

Kali ni plak aku nk cerita psl ragam manusia… Semenjak BinDim Farm ada blog sendiri ni mmg ramai jgk org yg tel dan berminat nk melawat reban dan membeli ternakan dari kami, alhamdullillah mmg rezeki kami agaknya. Dulu aku pun x bape yakin dgn marketing melalui internet ni, ye la..ada bape byk blog/website kat luar sana tu, takkan la ada yg nk jengok blog kami, huhuhu… tp so far, mmg menggalakkan, hehehe..

Tapi yg tak sedapnya ada yg beria2 berjanji nk dtg ke reban dan melawat, tp bila smpi ms yg dijanjikan tak nmpk pun batang hidung, kesian abg aku (kadir belanda). Kenapa aku ckp kesian kat die ekh?? Byk sebabnye..

1. kalau korang nk tau abg aku ni rumah dia kat JB, keje kat Kota tinggi, so bila ada org nk dtg reban die kena balik pontian. Jauh tu beb, sejam jgk la, duit minyak lagi, tol lagi, huhu.. yg kat rumah cuma ada mak aku, if nk borak2 kosong boleh la, ni ada yg nk tanye harga, nk beli itu n ini, so mmg abg aku kena ada utk layan kehendak pelawat.

2. Abg aku dh berkeluarga dan ada komitmen sendiri, so bila pelawat nk dtg tu die terpaksa cancel plan lain utk keluarga die semata2 nk entertain pelawat, bila smpi kg tunggu punya tunggu, tp xde yg dtg, tentu la die hampa.

3. Kiteorg tak kisah pelawat nk dtg, bahkan mengalu2kan kedatangan korang supaya kita dpt berkongsi idea dan maybe boleh wujudkan rangkaian perniagaan. Kami juga tak kisah if korang nk cancel lawatan sbb kami paham kadang2 ada perkara emergency last minit. Tp tolong la call atleast 1 hari awal katakan tak jd dtg, supaya kami pun tak kecewa sgt. Yg kami agak kecewa ialah, bukan setakat x cancel tp tak call langsung pun kata nk dtg or tak, buat kami tertunggu2 dh akhirnya tak dtg.. huhu.. kesian abg aku tau.. dh 5,6 kali jugak bende ni berlaku, huhu.. dan ada jgk yg die balik pontian on weekdays sbb nk layan pelawat..

K lah, tu je posting kalini. Just kesian abg aku w’pun dia kata x kisah n ketawa2 selalu tp byk gak bende lain yg die terpaksa lepaskan (opportunity cost) semata2 nk layan pelawat2, huhu.. anyway, kepada yg dh dtg tu, terima kasih byk2, dan kalau ada salah silap dan kekurangan kami minta maaf.. TQ n salam….

Wednesday, March 10, 2010

Cerita dulu-dulu...




Salam dan jumpe lagi semua...

Gambar kat sebelah ni adalah gambar reban yg mula2 menempatkan ternakan BD Farm. Gambar ni diambil rasanya pada sept @ oct 2008, ini lah ternakan BD farm yg ada pada masa tu. Masa ni ayam2 kami (GF & Turkey) msh belum bertelur lagi. X silap masa ni cuma ada 27 ekor turkey dan 35 Guinea Fowl.

Apa yang aku nk tunjuk ialah keadaan reban kami yg sgt daif masa ni. Reban ini terdiri dari reban 2nd hand berukuran 8x12 kaki dan kami pagar sekeliling kawasan reban tu dlm lebih kurang 800-900 kaki persegi. Ayam kami ada dlm 62 ekor in total dan ayam2 ni msh dalam umur "remaja". Reban 2nd hand ni actually reban lama abg aku, dulu die ada buat projek ternakan ayam perancis.

Mula2 kami tak bape tau resam ayam2 ni, maklum la x pernah bela. So, ms lepas pagar kawasan reban (pagar setinggi lebih kurang 7 kaki), aku dan abg aku tangkap sekor2 GF dan potong beberapa feathers yg boleh buat ayam ni terbang, kononnya x nk bagi die terbang melepasi kawasan berpagar la. Tp yg turkey kami x potong. So selepas potong kami biarkan GF fowl tu lepas, yesss!! success.. Sbb dia cuma leh terbang takat 3,4 kaki jer... then lepaskan turkey plak, mak aiii!! baru lepas je, die trs henjut n lompat melepasi pagar 7 kaki tu.. so kami pun tangkap la turkey2 tu n potong bulu sayap die. dlm reban tu hbs penuh dgn bulu turkey n GF, rsnye if korang tgk mcm ada 4,5 ekor musang masuk reban dan menyerang ayam2 kami, hehehe..

Selepas beberapa minggu, ayam2 ni dh leh terbang dgn normal semula, so bermula la episod tangkap/halau turkey nk bg masuk kawasan reban setiap kali bg mkn sebelah petang. Untuk GF plak mmg tak daya nk tangkap/halau sebab terbang mcm burung n tdo atas pokok rambutan, lantak kau lah labu.. Kisah ini berlarutan sehingga la Januari 2009 selepas reban besar kami siap walaupun ms tu kami dah tutup bahagian atas pagar (sealed sepenuhnya ala2 reban kapten zaman kat kajang). Aku rasa satu2nya rakan ternak yg sempat tgk reban yg daif ini ialah Pak Itam dr Kelang. Tq pak itam sbb memberi sokongan selama ini w'pun dia geleng kepala jgk ms tgk reban kami, hehehe..

Itu lah cerita reban pertama kami, kalau tiba musim hujan, masyaAllah... Mmg habis jd lopak kawasan reban ni dan ayam2 semua basah n sgt kotor dek kena lumpur tanah gambut, nasib baik takde yg kena penyakit, Allah mmg nk tolong kami masa tu, Alhamdullillah..

Nasihat kami kat sesapa yg nk start bela ayam2 ni, mulakan dr bawah/kecil sbb byk ragamnya ayam2 ni yg buat kita peling kepala nk handle, bukan mcm ayam kg yg "tahan dan sempoi.." Kami harap 2010 ni kami dpt membesarkan lagi reban kami yg sedia ada ini. Aminnnn... Doakan la ekh... TQ & Wassalam...

Friday, March 5, 2010

Aksi berbahaya di musim kemarau (dilarang meniru aksi ini di rumah)




Gambar kat atas tu gambar kebun kami tgh terbakar.. hahahaha… bukan la itu gambar aktiviti bahaya kami bakar kebun ms musim kemarau ni, muahahaha… mak aku dh berbuih dah mulut cakap “upahkan je indon bakar kebun tu, kalau korang bakar nnt x leh control, hbs terbakar kebun sebelah”, itulah ayat mak aku, die x percaya dgn kehebatan anak die ni, huhuuhuhu…

Tapi ms balik CNY yg lepas, lepas aku bagi makan ayam2 tu semua (bg mkn sesi ptg start dlm pkl 4pm) aku dapati abg aku (kadir belanda) tiba2 hilang. Mana die pegi ni, die ni dah la selalu mengelat time bagi mkn ternakan, asyik aku je yg kena bagi, huhu… aku tgk motor ada, kereta die pun ada, dh sah la ini org tgh buat aksi terancang yg sgt berbahaya.

Actually kebun mak aku ni just belakang umah jer, tapak umah dan kebun arwah bapak aku seluas 2.5 ekar, dan just belakang kebun tu kebun mak aku yg keluasan hamper sama. Setelah aku yakin abg aku tgh beraksi, aku pun pegi la blkg umah, setelah berjalan sejauh dlm 100 meter aku nmpk asap2 kat kebun, mmg sah la ini orang tgh bakar itu kebun.

Dh lah masa tu tgh panas (skrg ni pukul 5pm pun msh terik), dh lama tak ujan plak tu, dgn selamba die bwk mancis dan bakar kebun. Bila aku tanye “ko dh dpt kelulusan manager (mak) ke?”, die jawab “isshhh… ko ni, diam2 je lar... kalau die tak tau tak per..” hahaha… die tambah “alar.. ni zup zap, zup zap, siap la….” Senang jer dia ckp. Die kata “ko jgn risau, semua under control, ko tgk n relaks jer…” sambil tersenyum dgn muka yg agak berlagak..

Tp aku mmg yakin, smpi satu tahap mmg x leh control, lps tu aku jgk yg jd mangsa nnt. So, aku duduk bawah pokok sawit sempadan kebun bapak aku dan tgk je aksi die mengawal api tu. Mula2 ok la, semua jalan dgn baik, lps setengah jam, kaw yg terbakar tu mula merebak dan terkena anak sawit yg baru ditanam semula kat belah kebun arwah bapak aku, kelam kabut abg aku padam, hahahaha.. pada satu masa api marak almost 6kaki tggi, risau jgk tu, last2 aku jgk yg disuruh ambil baldi kt umah, huhuhu.. pastu kami ceduk air kat kolam berhampiran dan padam yg mana boleh, tak lama lps tu keadaan terkawal balik. So slps dlm sejam membakar, separuh kebun mak aku settle, tggl separuh lg maybe kami upahkan jer, sbb cuak gak takut merebak ke kebun jiran, hehehe… tau takut…





sempadan kebun sawit arwah bapak aku yg terjejas...





setelah sejam membakar, ni lah hasilnya.. hehehe...

Monday, March 1, 2010

Commercial Reared Chicken vs Free Range Chicken

Hi everybody…

If u notice, the introduction of our blog is in English but so far all of our posting is in malay, so its kind of funny right. So, our intention now is to post some article in English, so that BinDim Farm can be read not only by Malaysian or our Nusantara relatives (Indonesia, Brunei, Singapore-malay, n etc) but also by all poultry enthusiast around the world.

Ok, let we discuss our above topic. As I watch my favorite tv show “River Cottage Spring” anchored by my favorite presenter Hugh Fearnly Whittingstall, I found a very alarming facts that really open my eyes and mind. So far in my mind the main if not the only advantage of free range chicken compared to commercially produce chicken is the better taste while we also give the chicken the way of life they should be living.

BinDim Farm believe chicken is an animal, and they should be treated as one, not as mutated living thing that just eat, drink, eat and 39 days later ended in our plate. Every chicken should lead a normal chicken life, means they should be able to see the sun light, roaming in the grass/field, playing around, eating the green, chasing the bug and other thing that normal chicken normally did. BD farm believe this is the RIGHT of every chicken. We also believe if our poultry is happy, they will produce a better meat, thus creating a better chain of life when we eat a happy chicken.

For years that thought is just a thought until I watched “River Cottage Spring” last night. In order to support his campaign (chicken out campaign), Hugh Fearnly went to a professor (I couldn’t recall his name but he is from London Metropolitan University) that has been studied the chicken revolution through out Europe for the past 30 years. Before the chicken been commercially produce in bulk, chicken is actually human main source for omega 3, protein and lean meat. He believe that since its commercially produce, the content of Omega 3 in chicken meat has fallen to 85% from it should be.

Omega 3 is a brain booster in child brain development and for adults Omega 3 hinder us from Mental Ilness. The professor deeply expressed his concerned on the increased of stress people and under developed kids around Europe due to what they eat. He believe what we eat will determine of how we behave. (just what BD Farm thought).

Then Hugh bring him 3 chickens and ask him to study the amount of nutrition on each of the sample. The 3 samples of chicken is:

1. Commercially produce chicken, 35-42 days chicken.
2. Slow grow corn fed chicken (representing the organic chicken, but still not reared in free range environment)
3. 70 days free range chicken.

The result is shocking, the free range chicken contains 10 times more omega 3 that the other 2 samples. Its also have 25% less fat than the other sample. So now, eating free range chicken is not only tastier but also healthier, agreed?? especially for our children.

The professor also give some advice that in order for a chicken to produce a meat that is healthy and best for human consumption particularly high in Omega 3, chicken needs 3 thing, that is:

1. Time, give them enough time to grow and develop dark muscle.
2. Give them chances to eat grass/herbs/green thing
3. Enough exercise like roaming in the field and etc.

Have u ever heard of a phrase, saying: You are what you eat….???? so, eat wisely my friends, choose wisely too.. you do not want to be a commercially produce chicken aren’t you? Caged, never seen sun light, under age chicken. No wonder many of us is so stress every single day and having regular migraine, huhuhu...

Sunday, February 28, 2010

Ikan Haruan dlm kanvas??!!



Salam semua... Selamat Maulidur Rasul (rsnye belum terlambat kot nk ucapkan.. huhu..)
walaupun nama company kami BinDim Farm, ada sikit2 mcm nama cina tp sebenarnya kami adalah dimiliki 100% bumiputera islam.. hehehe..
ok, pic kat atas tu adalah anak haruan yg kami beli pada tak silap julai / ogos 2009, ms ni anak haruan ni besarnya 3 inci.. cute2kan?? kami beli 2k ekor dan masukkan dlm 2 kolam kanvas (1k each kolam). Ini adalah projek percubaan 'tahap maut' sbb rasanya belum ada lagi dlm sejarah org bela haruan dlm kolam kanvas. Ms aku beli anak ikan ni pun supplier aku tanya, bela dlm kolam apa? aku kata kolam kanvas dan die tersenyum sinis jer... tp xpe, x cuba tak tau..
ms mula2 nk buat projek ni aku risau jugak sbb anak haruan bukannya murah, sekor aku beli harga 80sen, 2k ekor dh cecah RM1.6k, kos kolam lagi n etc.. dh tu biasanya org bela haruan bg makan makanan hidup, aku plak bg makan pellet. boleh ke? die nk makan ke? camne tumbesarannya? inilah persoalan yg timbul kat minda aku ms tu.. but, sumone got to do it, if not no one will knows. so kami amik inisiatif ni..
Julai 2009 kami mulakan dgn 2 kolam, ms bg mkn pellet tu mnpk ok jer, anak ikan ni telan je semua, alhamdullilah. selepas 2 bulan kami bela ikan pun mula membesar, ms ni saiz dieorg aku anggarkan dlm 5 inci (kepala sebesar ibu jari kaki), syukur alhamdullilah..
perkembangan terkini haruan ni agak memberangsangkan. pada mulanya kami mmg sudah agak ikan ni akan lmbt besar (if kolam tanah biasa amik ms 5-6bln utk capai 200-300gram) so sebab kolam kanvas kami jangkakan akan ambil ms maybe 8-10 bulan untuk capai saiz tu. Ms cuti CNY lepas kami cuba tangkap n saiz dieorg dh agak besar2 dan ada yg dh mencapai saiz matang iaitu 200-300gram sekor (saiz lengan budak umur 7,8 tahun). tp jumlah kematian juga amat besar, maybe sebab suhu air panas (suhu air dlm kolam kanvas agak hangat compare dgn kolam simen/tanah).
apa yg kami nk kongsikan ialah sebenarnya boleh bela dlm kolam kanvas ni cuma mmg akan mengambil masa yg lebih panjang utk ank ikan membesar. dr segi makanan pula selagi makanan itu mengandungi protein yg cukup, apa2 ikan je pasti akan membesar, aminnn...
Plan kami selepas ini ialah akan pilih ikan yg sudah besar dan jual, manakala selebihnya akan terus di pelihara hingga capai saiz yg dikehendaki. Pada pengambilan benih akan dtg pula, kami akan kurangkan jumlah ank ikan dlm sesuatu kolam, mungkin lepas ni cuma masuk 500 ekor anak instead of 1,000 ekor sebelum ini dlm sesebuah kolam. pada kami yg penting adalah jumlah yg "keluar" dari kolam, bukan jumlah yang "masuk". ini kerana, bila ikan dlm kolam sedikit, ia akan cepat besar dan jumlah kematian dpt dikurangkan, insyaAllah.. Ianya bukan sahaja mengenai penternakan haruan, malah ikan2 lain pun begitu juga samada puyu, keli, tilapia, sepat n lain2.

Wednesday, February 24, 2010

kenapa kolam kanvas?




salam semua...
seperti yg korang dh sedia maklum BD Farm ni bukan saja bela ayam (unggas) tp kiteorg jugak bela ikan air tawar dlm kanvas. Bila sebut kolam kanvas je ramai yg kurang yakin tp inilah yg kami buat sejak hampir setahun lalu. Kami pilih utk buat kolam kanvas instead of kolam simen, dan kolam tanah atas beberapa sebab. sebab paling utama ialah kerana kalau korang perasan tanah kami ialah tanah gambut. kalau buat kolam tanah mmg habis hilang la semua ikan2 kami sembunyi dlm tanah.. huhuhu.. kalau buat kolam simen plak kena tambak tanah merah then batu, pastu baru leh set up kolam, kos mmg berlipat ganda. so, ROI kalau buat kolam simen mmg sgt panjang n x berbaloi.. sebab itulah kami memilih utk buat kolam kanvas. lg satu kelebihan kolam kanvas ni ia boleh di alihkan jika keadaan memaksa, cuba korangkan mcm mana agaknya yg alihkan kolam simen, kasi pecahhh la...!! hehehe..
ok, berbalik dr gambar2 kat atas tu. gambar2 ni ada sequence kami buat kolam kanvas. Mula2 kawasan yg nk buat kolam tu dibersihkan dan cek kalau2 bawah tu ada kaca ke, tunggul yg tajam jer atau apa2 barang yg boleh membocorkan kanvas korang. pastu bila dh puas hati baru set up kan frame utk 'gantung' kanvas. frame ni kami buat dari kayu 1.5 inci x 1.5inci, batang buluh sebagai tiang. luas kolam ni ialah 7 x 16 kaki x 3 kaki tggi. bila dh siap frame br pasang kanvas dgn melilitkan tali kat keliling kolam kepada frame td. korang sama ada boleh pakukan tali ke frame ataupun ikatkan tali tu ke frame.. simple je kan.. kolam pertama ialah yg paling susah, tp bila dh tau 'cara' yg betul mmg senang jer... hehehe..
sekian, wslm...


Sunday, February 21, 2010

Coloured Guinea Fowl




ini die pics Guinea Fowl (GF) yg baru di beli dari kawan2 blogger. Yang atas sekali tu anak GF Royal purple yg kami beli dari Hachiroku, dan breed Lavender kami beli dari Cikgu Masiran.

Mula2 tu aku book 10 ekor anak RP ni kat Hachi tp sbb die pun sayang nk jual semua (breed ni susah nk dapat) so dapat je la 5 ekor. Yang Lavender plak aku beli dr cikgu masiran ms pi lawat reban die ms Nov lepas. Masa tu ada 4 ekor jer, 2 ekor dh sebulan, 2 ekor lg baru netas (doc).

gambar2 ni gambar lama dan menceritakan pembesaran dieorang la. skrg ni umur keets ni dh masuk 3 bulan++ dh, alhamdullilah semua hidup dan sihat. InsyaAllah bulan june or july ni akan matang la mereka sbg induk. Pics terbaru dieorg x sempat amik la plak ms aku blk kg CNY sbb sibuk sgt dgn aktiviti2 reban, huhu...

p/s: pic 1, ms RP ni usia 3 hari (aku bela dlm bilik aku, hehe..)
pic 2, umur dieorg 2mggu (RP), lavender 2 ekor dh 1 bulan++, lavender lg 2 ekor br seminggu)
pic 3, umur dieorg ms aku blk bulan jan lepas.. hehehe..

Tiada Lagi....

salam...

suspen je ekh tajuk kat atas tu, hehehe.. kalau sambung lagi leh nyanyi lagu amy search, hehehe..

sebenarnya kami di BD farm saje je nk bagi tau yang jualan utk induk ayam mutiara (betina/jantan) tiada lagi di sini. mintak maaf byk2 pada kawan2 blogger yg nk beli tu (lina JB , sharil Muar & Dairul, Gombak). FYI, induk ayam mutiara ni tinggal 20 ekor je kat BD Farm. yang matang plak dlm 11 ekor je (5 jantan, 6 betina) dan lg 9 ekor tu baru nak menginjak ke usia dewasa, huhuhu..

tapi kalau ada sesapa yg berminat nk beli ank GF ni (keets) mmg insyaAllah kami akan usahakan, cuma berikan kami sedikit masa.

Monday, February 8, 2010

Jualan Tahun Baru Cina... Gong Xi, Gong Xi!!!

Salam semua...

Pemberitahuan!!

Administrator BD Farm akan berjanji dan berusaha untuk sentiasa meng"update" blog ini sekurang2nya sekali setiap minggu.. Ini adalah janji kami supaya semua perkembangan BD Farm dapat dikongsi bersama, InsyaAllah..

okay, kita pergi semula dgn isi post sebenar mengenai tajuk di atas. Sempena CNY @ TBC ni BD Farm menawarkan ayam2 kampung kacuk pada harga istimewa (sila sms saya @ kadir utk tanye harga). Ayam2 kampung kacuk yg ada di reban kami akan berusia hampir 3 bulan dlm tempoh CNY nie. so, sapa cepat die dapat. Dlm stok kami ada 200 ekor jer. apalagi?? sms @ call la kami.

Selain itu juga kami juga menawarkan nenas josaphine sebagai antara jualan utama reban kami. Kami akan hantar terus kepada pemborong jika order yg anda minta adalah 4,000 biji ke atas, bg order yg kurang dari itu penghantaran masih boleh di buat atas persetujuan masing2. Harga yg kami tawarkan bagi nenas josaphine adalah:

1. Gred A (berat 1.4kg ke atas) = RM2.20* sebiji
2. Gred B (berat 1.1-1.39 kg) = RM2.00* sebiji
3. Gred C (berat 800g - 1.09kg) = RM1.80* sebiji
4. Gred D (berat >800g) = RM1.50* sebiji

Nenas Josaphine ni sebenarnye susah nk "tengok" beza if korang x biasa. Sbb dr mata kasar saiz gred A, B, dan C ni mcm sama jer, bila korang timbang baru nmpk beza. Yg A mmg berat sebab kandungan air lebih byk dan rs lebih manis dan lebih "Moisture", mmg sedap!! dan semua timbangan adalah dibuat ms kat ladang. so, jgn terperanjat bila gred A yg korang beli, bila timbang kat rumah berat jadi 1.3kg or kurang. Ini sebab bila smpi kat pengguna terakhir nenas sudah "sedikit kering" dan kurang moisture kerana ianya tak sesegar di ladang. Walau bagaimana pun kami boleh gerenti yg nenas2 ini isinya sgt lah manis umpama madu, hehehe..

Ada org ckp kat aku, apa pasal nenas yg BD Farm supply kecik sbb gred A cuma 1.4kg, saya beli kat sepang gred A mencecah 2.2kg? aku jawab: mmg la, greding ni mmg dh standard Lembaga Nenas Malaysia, jd semua yg berat 1.4kg keatas adalah gred A, tak kira la 1.4kg ke or 2.2kg, yg berat 3kg pun dikira Gred A, huhu.. so, kalau kebetulan ada yg besar (lebih 1.8kg) kami tetap akan jual kepada anda pada harga yg sama ;)

ok lah, jikalau ada yg berminat sila hubungi kami, anda pasti takkan menyesal, insyaAllah... Kami di BD Farm sentiasa mencari peluang baru dlm mengembangkan lagi perusahaan kami. Sekian Terima Kasih.

*harga masih boleh dirunding sekiranya anda mengambil dlm jumlah yg banyak.