Salam semua…
Sebenarnya sejak awal menternak ayat kat atas tu sentiasa bermain difikiran aku. Ayat tu merujuk kepada bilangan kematian anak ayam / ternakan yg kite pelihara. Kalau mereka ni mati di dalam jagaan kita, adakah kita mendapat dosa? Huhu… sepanjang aku mula memelihara mmg rasanya dh byk dh mati atas pelbagai sebab. Ada yang mati bergaduh, ada yang mati tersepit, mati kena makan ular, musang dan mungkin juga ada yg mati x cukup makan sebab berebut, huhu.. ni belum masuk mati sebab kena penyakit tertentu.
Seperti penternak lain aku rasa yg banyak mati ialah anak2 ayam, huhu.. lebih byk lagi yg x sempat menetas (mati dlm telur). Jadi persoalannya, adakah kita yg dipersalahkan atas sebab kematian ternakan ini?
Cuba anda renungkan punca kematian ini:
- kerana penyakit (mungkin sebab kita lambat @ ambil mudah nk bg vaksin)
- dimakan ular/musang (mungkin sebab reban kurang sempurna)
- mati tersepit (reban terlalu kecil @ suhu mentol tak cukup panas utk anak
ayam
- mati berebut makanan (makanan x cukup atau tmpt mkn x cukup)
- anak menetas x sempurna (kita kurang mahir guna incubator)
- anak menetas cacat (suhu, humidity incubator x sempurna)
kalau anda perhatikan setiap jenis kematian yg saya sebutkan mungkin berpunca dari kesilapan kita, so kita adalah mungkin sebab utama kematian ternakan itu. Ini menunjukkan kita kurang bertanggung jawab ke atas ternakan kita, so persoalannya ialah ‘adakah kita berdosa?’, huhuhu…
Tuesday, August 24, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment