THE STORY BEGINS...

On 1st of May 2008, me and a friend (Omel) went to Port Dickson to ease our mind while fishing in Marina Lagoon. It was a splendid 3 days vacation cos we have a chance to talk about our career plan and our future, it was very relaxing eventhough thru out the vacation we only caught a fish, hehehe.. On our way back, we stopped by at Port Dickson Mini Zoo, me and Omel has been animals lover since we were kids. It was a very simple zoo runs by a family. What caught our attention was they have guinea fowls and quite other few game birds.

When we get back in KL, we start searching information of Guinea Fowl and how we can breed it so that everybody can "taste" this very exquisite taste of this special game bird. The search for this game birds is endless, and along the way we met new friends that share same compassions. On 11th June 2008, the 1st batch of guinea keets arrive in BinDim Farm (BD Farm) in Pontian, Johor together with 8 poultes. This is a pilot project and i dont even tell my mum about the arrival of these birds.. hehehe... btw BD farm is own by me and my brother (Abdul Kadir @ Kadir Belanda).

To date, BD Farm has more than 250 turkeys and arnd 50 guinea fowls, we also raised ayam kampung & Ayam Kabir, we are targeting of supplying at least 300 birds per month starting from June 2010. Other than poultry, we also have 4 ponds of catfish, 4 ponds of ikan puyu, and 2 ponds of ikan haruan in our humble BinDim Farm...
Showing posts with label guinea fowl. Show all posts
Showing posts with label guinea fowl. Show all posts

Sunday, June 6, 2010

Ayam Kesayangan Pengurus Besar

Salam semua… post kalini aku nk cerita mengenai ayam kesayangan manager besar BD Farm (mak aku), hehe.. seperti yg korang mungkin dh tau dari post2 aku yg lepas, manager BD Farm sememangnya anti kepada guinea fowl (ayam mutiara /api2). Sbb die benci ada banyak, antaranya kerana sangat liar dan susah nk dijinakkan selain dari pitching suaranya yg mampu memeningkan kepala sesiapa saja..

So if ada yang dibenci, tentulah ada yg disayang, hehe.. Ayam yg paling beliau sayang ialah ayam serama jantan kami yg beliau beri nama Tek Ke Tek (pronounce as Tack Kay Tack). Ayam jantan ni berusia dekat 2 tahun dan merupakan alpha male serama kat reban kami. Tek ke tek ni mmg sgt jinak dan manja, tak byk bunyi Cuma berkokok pada waktu subuh betul2 kat depan pintu masuk utama rumah aku, hehe.. So walaupun kokokannya tak kuat mana (maklum la ayam serama) tp sentiasa didengar oleh isi rumah sbb betul2 kat tepi pintu umah..

Daripada sifat2 tek ke tek tu sendiri kita dpt bandingkan dgn guinea fowl / ayam mutiara. Tek ke tek mmg mempunyai sifat yg berbeza malahan bertentangan dgn guinea fowl / ayam mutiara kami, so tak hairan la kenapa dia menjadi ayam favorite Manager Besar kami, hehehe..

Dulu ayam serama cuma ada 3 ekor jer termasuk tek ke tek tp setelah lebih setahun mereka mula mengawan, skrg bilangan ayam serama adalah x kurang dari 25 ekor, semuanya bukan lah baka yg mahal2 tu, bukan show breed punye baka, tapi hanya baka yg biasa saja w’pun ramai jgk yg prnh dtg reban kami mengatakan yg baka ayam serama kami “boleh tahan”, hehehe..

Ok lah, kat bawah ni ada beberapa pics tek ke tek utk tatapan semua, enjoy…

p/s: w’pun kecik, tp tek ke tek ni garang, siapa kacau bini2 die tentu die belasah w’pun ayam tu 5-6 kali ganda besar dari die..




Monday, May 24, 2010

Brooder Baru...

Salam semua…

Tahun ni bilangan ayam kat Bin Dim Farm kian bertambah, alhamdullillah…. Ayam kampong, ayam belanda, ayam mutiara (guinea gowl), dan ayam serama semuanya kian membiak. Apabila makin byk tentunya ruang reban perlu ditambah. Betul tak? Untuk ayam kampong dan ayam serama xde masalah sebab kami mmg memelihara cara free range iaitu lepas bebas, tp untuk ayam belanda (induk) dan ayam muitara mmg kena buat reban baru. Tapi, sebelum reban baru dibuat yg paling penting ialah buat brooder baru, supaya anak ayam ni tak berhimpit2 dan dapat menikmati hidup dgn tenang dan nyaman. 

Ok lah, pada w’end yg lalu kami telah membuat 2 brooder baru yg berukuran 3 x 6 kaki, dan 1 brooder berukuran 3 x 8 kaki. Rasanye buat ms ni tambahan 3 brooder baru ini dapat menampung anak ayam yg semakin “ramai”. Sebelum ni kami ada 2 brooder berukuran 3 x 4 kaki dibuat sendiri, selain beberapa sangkar arnab dan beberapa biji bakul sayur yg telah diubah suai menjadi brooder, hehehe.. FYI, untuk anak ayam yg baru menetas sehingga umur 2 mggu, kami masih menggunakan bakul sayur kerana ianya lebih sesuai. Selepas umur 2 minggu baru kami akan masukkan ke dalam brooder secondary (samada sangkar arnab, atau 5 brooder yg dibuat sendiri).

3 brooder baru kami ini, kami jangkakan mampu memuatkan sekurang2nya 150-200 ekor anak ayam sehinggalah umur mereka mencapai 5-8 minggu iaitu umur yg sesuai sebelum melepaskan mereka ke tanah. Anak ayam ni bila lama sgt dikurung, mereka akan jadi cannibal (makan kwn sendiri) dan masa tu peratus kematian akan meningkat. Tapi jika cepat sgt diturunkan ke tanah plak, mereka akan kalah berebut mknn dan sering dibuli oleh ayam dewasa dan akhirnya kurang mkn dan terbantut.

Untuk 3 brooder ni, kami tidak mengeluarkan apa2 modal kecuali rm3.60 untuk membeli 6 engsel pintu. Bahan lain ialah kayu 2x3 yg dh ntah bape hand dh, rsnye 4 or 5 hand kot. Asbestos 2nd hand dan mata punai yg telah lama kami beli tp tak pakai2.. kami ambil masa 2 hari (sabtu dan ahad) utk menyiapkannya.

Ni ada beberapa pics utk dikongsi bersama, enjoy….

p/s: cuba tgk kadir belanda potong kayu tu pakai apa? Pakai chainsaw 2.5 kaki, hahaha.. ni semua akibat gergaji kami tumpul so apalagi semua kayu kami potong guna chainsaw, muahahaha… Cepat dan Cekap!! Kekeke..






Wednesday, May 19, 2010

Ayam dh pindah, tp mintak maaf byk2...

salam semua...

tajuk kat atas menggambarkan perasaan ku kepada anda semua, ku pohon 10 jari tgn dan 10 jari kaki mintak maaf sbb gagal menunaikan janji, huhuhu...

janji apa?? janji nk ambil gambar perpindahan ayam2 dari Seribumi Ternak ke BinDim Farm, huhuhu..

Bukan sengaja tapi x sempat sbb kepenatan n mengejar masa, huhu.. harap maaf ok.. anyway, ni report utk program perpindahan tersebut..

sehari sebelum hari pindah (selasa petang) aku n seorang kawan dh halau n kurung turkey2 ni supaya senang buat head count, aku kira ada 42 ekor. Guinea Fowl (GF) plak ada dlm 20 ekor, tp semua tdo atas pokok..

pagi tadi aku dtg lagi, lepak2 ngan kawan aku (pikir strategi la...) n makan2 semua. pukul 3pm baru sampai beranang, ms tu zulhelmi dh smpi dah.. kerek je die sound aku "wooii, apa la lmnt sampai, janji mcm ke%$#@!!" aku senyum je.. sbb aku tau die mmg mcm tu, die pun ckp serupa boss die, hahahaha (maaf, lawakni hanya zul n aku je yg faham..hehehe).

so,aku mulakan la sessi "berkejaran mesra" dgn GF ni.. setelah 1 jam mengejar secara mesra akhir dpt jugak kurungkan dlm reban dlm lebih kurang 20 ekor.. ada baka pied dlm 5,6 ekor, yg lain recessive jgk tp x nmpk sgt. so dlm pukul 5.30pm abg aku smpi dan kami berenam pun memulakan operasi tangkap menangkap turkey n guinea fowl nie.. geng enam jahanam ni adalah, aku, abg aku (kadir belanda), kawan aku saleh, mr alip doorr, abg halim (abg ipar zul) dan zul.. satu jam tangkap ayam, penat nk mampus.. akhirnye siap msk kan dlm van yg abg aku sewa, nasib baik muat w'pun ayam2 tu sure z selesa.. huhu.. xpe, 3-4jam jer ye ayam2.. :)

abg aku akan singgah di tangkak sebab ada 2 pembeli sedang menunggu, pembli tu ialah rakan ternak kami Wan Cikot n rakannya. Wan Cikot beli GF pied recessive 4 ekor, kawan die beli turkey sepasang. yg menariknya, wan cikot bg tau aku turkey tu akan digunakan sebagai hadiah bg kejohanan tarik tali, hehehe.. mcm2 dunia skrg ni, aku ok jer, tu promo tu bagi kami, hehehe...

so, itu lah operasi kami harini, perpindahan yg agak sukar tp berbaloi, slmt dtg diucapakn kepada 38 ekor turkey dan 13 ekor guinea fowl ke ladang kami di BD Farm, semoga korang happy dan membiak dgn jayanye..

p/s: jumlah ayam yg menurun itu kerana kami tgglkan 2 ekor jantan untuk zul semelih, then 2 ekor betina tgh mengeram, xpe la.. biar tggl baka kat beranang, hehe.. GF kurang plak sbb ada yg lepas ms proses menangkap, biasa la tu.. aktif sgt..

Monday, May 17, 2010

Nak pindah ayam...

salam semua..

Minggu ni pening kepala aku sbb pikir cara/jalan mcm mana nk pindahkan turkeys dan GF yg kat beranang (Seribumi Ternak) ke BD Farm. Rasanye ramai yg dh tau yg BD Farm ada sedikit share kat Seribumi Ternak, so bila Zulhelmi call kata yang die nk fokus sepenuhnya pada ayam kampung n serama, kami di BD Farm mmg akan dipertanggunggjawabkan ke atas semua turkeys n GF fowl..

Sabtu lepas semasa otw ke rembau untuk fishing, aku singgah ke beranang utk buat head count ke atas ayam2 tu. boleh tahan juga byknye. rasanya ada dlm 40 ekor turkeys. ms tu GF nmpk x byk, yg aku nmpk cuma sekawan GF (lebih kurang 15 ekor), menurut Zulhelmi ada lagi 3,4 kawan yg dh keluar "bersiar2" dan dah kurang "lekat" di reban, huhu.. so, if semua GF ni dpt ditangkap jumlahnya maybe dlm 40-50 ekor.

so, ptg esok aku akan berusaha menangkap n mengurung ayam2 ni b4 abg aku sampai dari johor utk mengambil ayam2 balik johor. Tapi nk pakai apa??? mula2 kami plan nk pakai van, tp masalahnya muat ke?? so skrg rsnye kami akan angkut naik lori.. lori apa?? hah, korang tggu je la nnt. Rabu ptg insyaAllah kami akan angkut ayam2 ni ke BD Farm di Pontian, Johor.. doakan kami supaya segala proses perpindahan berjalan lancar dan dipermudahkan, aminnnn..

p/s: nnt aku upload gambar2 proses perpindahan ayam2 ni di posting akan dtg..

Tuesday, May 4, 2010

Ayam mutiara mampu jana pendapatan kerana lebih khasiat, produktif





KITA mungkin biasa mendengar ayam kampung, serama dan ayam Belanda. Tetapi tidak ramai yang mengenali sejenis lagi ayam yang tidak kurang hebatnya iaitu ayam mutiara atau api-api.

Hebatnya ayam yang berasal dari benua Afrika ini bukan kerana bentuk fizikalnya - kelabu berbintik putih dan bertanduk kecil atau kerana kokokan yang nyaring hingga layak digelar ‘polis ladang’ termasuk menghalau ular, tetapi kerana nilai komersialnya yang tinggi berikutan dagingnya yang berkhasiat dan rendah kolesterol berbanding ayam daging.

Di negara Barat misalnya, juadah ayam mutiara yang beratnya boleh mencecah 1.6 kilogram ini, amat popular kerana baik untuk kesihatan, sekali gus menjadikan harganya tinggi. Tidak kurang dakwaan yang mengaitkan telurnya mampu meningkatkan hubungan kelamin.

Menyedari kehebatannya serta nilai komersialnya baik sebagai haiwan ternakan dan makanan yang mendapat permintaan restoran dan hotel, dua sahabat, Kapten (B) Kamarulzaman Bachik dan Mohammad Zulkiffly A Rahman, berganding tenaga mengusahakan ternakan ayam ini menerusi ladang milik bapa saudara Kamarulzaman yang mereka namakan Z & Z Llittlefarm di Kajang, Selangor.

“Semuanya bermula pada 2005 dan pada awalnya, kami memelihara dua ekor ayam yang cuma berperanan sebagai penjaga kebun. Ini disebabkan ayam mutiara ini sememangnya diketahui sebagai pengawal haiwan perosak secara semula jadi.
“Bagaimanapun, menyedari keunikan dan pasaran yang baik baginya, kami menternak lima ekor dan kini jumlahnya induknya mencecah 100 ekor, termasuk 10 jantan,” kata Kamarulzaman, anak kelahiran Melaka yang juga pemilik syarikat ESI Agrotech, ini.

Katanya, ayam mutiara ini juga mudah dijaga kerana kurang makan, cuma masalahnya, ia suka bertelur di tempat tersembunyi seperti di kawasan semak.

Zulkiffly pula berkata, harga induk ayam mutiara Z & Z Littlefarm ini dijual kira-kira RM80 seekor yang disifatkan lebih murah berbanding di kedai haiwan peliharaan yang menjual pada harga RM130 seekor.

Harganya itu jauh lebih tinggi berbanding ayam daging yang dijual kira-kira RM25 seekor, sekali gus menjadikan ayam mutiara ini layak dijadikan sumber pendapatan yang agak lumayan.
“Harganya subjektif bergantung kepada penawaran dan permintaan di pasaran. Dulu cuma RM35 seekor kerana tak banyak permintaan. Alhamdulillah, permintaan agak memberangsangkan kerana kami tidak putus-putus menerima permintaan. Malah, tidak menang tangan dibuatnya untuk memenuhi permintaan. Senarai menunggu pula mencecah kira-kira 30 ekor pada satu-satu masa,” kata Zulkiffly.

Permintaan tinggi itu menyebabkan dua sahabat ini turut memiliki kemudahan penetasan telur ayam mutiara ini. Seekor ayam mutiara betina mampu bertelur sehingga 30 biji pada satu-satu masa dan tempoh matangnya pula sembilan bulan ke atas atau satu hingga satu setengah tahun ke atas. Tempoh pengeraman menggunakan mesin inkubator khas, ini adalah 28 hari.

“Menariknya, kita tidak perlu tunggu lama untuk mendapat hasil kerana anak ayam berusia dua setengah bulan pun sudah boleh dijual,” kata Kamarulzaman.

Sementara itu, Pensyarah Jabatan Sains Haiwan Universiti Putra Malaysia (UPM) Prof Dr Zukifli Idrus, berkata ayam mutiara ini boleh disifatkan sebagai produktif serta tahan lasak berbanding ayam daging biasa.

“Ia mula bertelur selepas berusia setahun manakala ayam daging pula bertelur apabila ia mencecah usia 20 minggu. Tetapi ayam mutiara ini sebaliknya mampu bertelur sehingga tujuh tahun lamanya. Oleh itu kita boleh katakan antara keunikan ayam mutiara ini adalah tempoh kemampuannya bertelur,” katanya.

Keunikan lain ayam mutiara ini, kata Dr Zulkifli adalah ia lebih tahan lasak dalam keadaan cuaca panas.

“Ayam mutiara ini memang tahan lasak disebabkan asal usulnya dari Afrika Barat yang bercuaca panas. Ayam daging sebaliknya tidak tahan panas dan boleh mati.”

Ini katanya, berkait rapat dengan faktor genetik ayam daging yang sudah diubah suai berikutan kedudukannya sebagai ternakan komersial.

“Pengubahsuaian itu menjadikan ayam daging ‘lemah’ kerana keutamaannya ialah untuk memastikan pertumbuhan yang lebih cepat.”

Faktor itu juga kata Dr Zulkifli, turut menjadikan ayam daging lebih tinggi kolesterol kerana kandungan lemaknya yang banyak berbanding ayam mutiara.

“Daging ayam mutiara sebaliknya diketahui lebih sihat dan rendah kolesterol jika dibanding dengan ayam daging. Bagi setiap 100 gram misalnya, lemak dalam ayam mutiara cuma dua gram manakala ayam daging, enam gram. Ini menunjukkan kandungan lemak ayam daging itu adalah tiga kali ganda lebih tinggi daripada ayam mutiara," katanya.

p/s: artikel ni diambil dari blog adam agrofarm.

Tuesday, April 20, 2010

Coloured Guinea Fowl

Salam…

Ok, ni beberapa pics terbaru mengenai perkembangan terkini ayam mutiara/api2 (GF) kami. Target kami menjelang bulan puasa, kami dpt baka anak pertama coloured GF kami iaitu Royal Purple (warna dark purple) dan Lavender (biru muda berbintik) dan insyaAllah Coral Blue pun akan ada, aminnnn…

So, baru2 ni kami dah pindahkan GF kami tu (5 Royal Purple, 4 Lavender) kat dlm satu reban khas dan kami campurkan juga dgn 2 Pearl Grey dan 2 Pied Recessive Pearl Grey. Harap2 mereka boleh membiak sesame mereka dan telur2 mereka kelak akan berbenih, aminnnn…

Reban tu kecik jer dalam 11 x 17 kaki dan bertutup seluruhnya, kira nya ni mcm nk tiru experiment ‘selective breeding’ yang dilakukan oleh Capt Zaman & Bro Zul, hehe…

Untuk pengetahuan semua umur RP ni baru cecah 5 bulan dan Lavender 5-6 bulan. Pearl Pied (recessive pearl pied) tu plak dh lebih setahun. Setelah 3,4 hari dicampurkan nampaknya alpha male ialah sekor RP yg badannya mmg agak besar w’pun umur die muda.. harap2 dieorg mengawan la cepat2, aminnn…





Sunday, February 21, 2010

Coloured Guinea Fowl




ini die pics Guinea Fowl (GF) yg baru di beli dari kawan2 blogger. Yang atas sekali tu anak GF Royal purple yg kami beli dari Hachiroku, dan breed Lavender kami beli dari Cikgu Masiran.

Mula2 tu aku book 10 ekor anak RP ni kat Hachi tp sbb die pun sayang nk jual semua (breed ni susah nk dapat) so dapat je la 5 ekor. Yang Lavender plak aku beli dr cikgu masiran ms pi lawat reban die ms Nov lepas. Masa tu ada 4 ekor jer, 2 ekor dh sebulan, 2 ekor lg baru netas (doc).

gambar2 ni gambar lama dan menceritakan pembesaran dieorang la. skrg ni umur keets ni dh masuk 3 bulan++ dh, alhamdullilah semua hidup dan sihat. InsyaAllah bulan june or july ni akan matang la mereka sbg induk. Pics terbaru dieorg x sempat amik la plak ms aku blk kg CNY sbb sibuk sgt dgn aktiviti2 reban, huhu...

p/s: pic 1, ms RP ni usia 3 hari (aku bela dlm bilik aku, hehe..)
pic 2, umur dieorg 2mggu (RP), lavender 2 ekor dh 1 bulan++, lavender lg 2 ekor br seminggu)
pic 3, umur dieorg ms aku blk bulan jan lepas.. hehehe..

Tiada Lagi....

salam...

suspen je ekh tajuk kat atas tu, hehehe.. kalau sambung lagi leh nyanyi lagu amy search, hehehe..

sebenarnya kami di BD farm saje je nk bagi tau yang jualan utk induk ayam mutiara (betina/jantan) tiada lagi di sini. mintak maaf byk2 pada kawan2 blogger yg nk beli tu (lina JB , sharil Muar & Dairul, Gombak). FYI, induk ayam mutiara ni tinggal 20 ekor je kat BD Farm. yang matang plak dlm 11 ekor je (5 jantan, 6 betina) dan lg 9 ekor tu baru nak menginjak ke usia dewasa, huhuhu..

tapi kalau ada sesapa yg berminat nk beli ank GF ni (keets) mmg insyaAllah kami akan usahakan, cuma berikan kami sedikit masa.