Salam semua..
Amacam puasa korang? Lebih baik dari tahun lepas ke? Terawih dh ponteng lum? Hehe… dalam sibuk mengerjakan ibadah di bulan puasa ni, kawan2 semua jgn la lupa tanggungjawab terhadap ternakan masing2, kerana menternak ni pun sebenarnya fardhu kifayah untuk kita umat islam, secara x langsung ianya juga merupakan ibadat untuk kita, aminnn.. insyaAllah…
Dlm kesibukan kami dgn ternakan, kami diberitahu oleh En Nizam dari vet johor yg rakan2 sekerja beliau (staf2 JPH nusajaya) berminat untuk menikmati daging turkeys untuk hari raya aidilfitri nnt.. wahhh.. dh mcm krismas org masak turkeys untuk perayaan, hehe.. kami pun offer la mereka harga yg ‘baik punye’.. x sangka jumlah order sehingga harini adalah 13 ekor n still counting!! Ni cuma order dari staf JPH, x masuk org awam yg lain.. wahhh, dh betul mcm krismas la raya tahun ni, hehehe..
Jika begini lah sambutan org msia terhadap turkeys mmg patut lebih ramai org kita bela turkeys. Cara bela pun x susah, mcm ayam kg jer, cuma ms die kecik tu yg agak kritikal. Ayam kg amik masa 5-6 bulan untuk mencapai berat 1.8-2.2kg, turkeys plak pada umur 5-6bln yg jantan sudah mencapai berat 6kg!! hehe.. menarikkan??
Anyway, semoga harapan datin pengarah (JPH Johor) untuk melihat orang ramai menerima turkeys sebagai makanan harian menjadi kenyataan dlm masa 2,3 tahun lagi, ianya amat bermakna bagi kami kerana staf2 jph sendiri dpt menikmati daging ini dan memberikan sokongan yg hebat kepada ternakan ini, terima kasih semua…
p/s: agaknya if kami buat beriyani gam turkeys ramai x yg ingin mencuba? Hehe..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment