salam semua...
lama bebenor aku tak update blog nie, sibuk kat kampung for the past 2 weeks. bukan apa, skrg ni dh masuk bulan sya'aban so tgh musim kenduri arwah/doa selamat kat kg aku. selalunya mmg setiap umah dlm kg tu akan buat kenduri samada lepas solat magrib atau lps isyak.. so selama hmpr 2 mggu kat kg mmg puas jgk la pegi kenduri n mkn free, hehe..
berbalik pada cerita BD Farm.. insyaAllah akhir minggu ni atau selewat-lewatnya akhir bulan ni kami akan menerima satu set inkubator auto dan hatcher sumbangan dari JPV Negeri Johor & Niche Marketing, terima kasih semua.. hehe.. kami juga akan menerima sebuah inkubator auto yg kami repair pada waktu yg sama. inkubator yg repair ni kami amik dari SeriBumi Ternak. so lps ni kami akan ada 3 inkubator auto (berkapasiti 315 bj setiap satu) dan sebuah hatcher berkapasiti 600 biji, insyaAllah..
setelah ada 3 biji inkubator ni kami akan mula fokus pada penternakan ayam kg kami, kami akan mula membeli/mencari supplier2 telur ayam kg utk ditetaskan sebanyak mungkin. kami akan khaskan 2bj inkubator tu utk ayam kampung dan 1 bj lg utk turkey dan ayam mutiara. harap2 makin byk la dieorg bertelur, aminn...
kami juga berharap akan menerima peruntukan/bantuan buat pagar & reban dari JPV tu sebelum bulan ramadhan, so that kami boleh mula buat tiang konkrit utk pagar. tiang tu berukuran 3x3inci dan 8 kaki tggi, kami akan buat 126 tiang pagar dan akan pagar kawasan kelapa sawit blkg reban yg berkeluasan dlm 300kaki x 160kaki, insyaAllah.. tiang pagar tu perlu di biarkan lama supaya konkrit betul2 keras, kerja buat pagar maybe start lepas raya. kami akan menggunakan pagar jaring ikan hijau tu sahaja sbb x cukup modal nk buat pagar pakai chain link, huhu...
kawasan berpagar seluas 48k sqf tu akan memuatkan reban kawanan ayam mutiara seluas 3000sqf, reban kawanan ayam belanda seluas 21k sqf, dan reban kawanan ayam kg seluas 12k sqf, baki kawasan lagi 12k sqf masih dlm perancangan kami.. (abg aku kadir belanda plan nk buat kaw reban merpati & punai, dan juga kawasan induk ayam kg tp kami pun x pasti lagi..)
kami target semua ni siap sebelum pertengahan october. kami target bulan november dh start fokus dgn ternakan ayam kg supaya CNY tahun depan dpt la kami bekalan ayam kg yg secukupnya, insyaAllah...
p/s: doakan la kejayaan kami ekh... huhu..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment