Salam semua…
Tahun ni bilangan ayam kat Bin Dim Farm kian bertambah, alhamdullillah…. Ayam kampong, ayam belanda, ayam mutiara (guinea gowl), dan ayam serama semuanya kian membiak. Apabila makin byk tentunya ruang reban perlu ditambah. Betul tak? Untuk ayam kampong dan ayam serama xde masalah sebab kami mmg memelihara cara free range iaitu lepas bebas, tp untuk ayam belanda (induk) dan ayam muitara mmg kena buat reban baru. Tapi, sebelum reban baru dibuat yg paling penting ialah buat brooder baru, supaya anak ayam ni tak berhimpit2 dan dapat menikmati hidup dgn tenang dan nyaman.
Ok lah, pada w’end yg lalu kami telah membuat 2 brooder baru yg berukuran 3 x 6 kaki, dan 1 brooder berukuran 3 x 8 kaki. Rasanye buat ms ni tambahan 3 brooder baru ini dapat menampung anak ayam yg semakin “ramai”. Sebelum ni kami ada 2 brooder berukuran 3 x 4 kaki dibuat sendiri, selain beberapa sangkar arnab dan beberapa biji bakul sayur yg telah diubah suai menjadi brooder, hehehe.. FYI, untuk anak ayam yg baru menetas sehingga umur 2 mggu, kami masih menggunakan bakul sayur kerana ianya lebih sesuai. Selepas umur 2 minggu baru kami akan masukkan ke dalam brooder secondary (samada sangkar arnab, atau 5 brooder yg dibuat sendiri).
3 brooder baru kami ini, kami jangkakan mampu memuatkan sekurang2nya 150-200 ekor anak ayam sehinggalah umur mereka mencapai 5-8 minggu iaitu umur yg sesuai sebelum melepaskan mereka ke tanah. Anak ayam ni bila lama sgt dikurung, mereka akan jadi cannibal (makan kwn sendiri) dan masa tu peratus kematian akan meningkat. Tapi jika cepat sgt diturunkan ke tanah plak, mereka akan kalah berebut mknn dan sering dibuli oleh ayam dewasa dan akhirnya kurang mkn dan terbantut.
Untuk 3 brooder ni, kami tidak mengeluarkan apa2 modal kecuali rm3.60 untuk membeli 6 engsel pintu. Bahan lain ialah kayu 2x3 yg dh ntah bape hand dh, rsnye 4 or 5 hand kot. Asbestos 2nd hand dan mata punai yg telah lama kami beli tp tak pakai2.. kami ambil masa 2 hari (sabtu dan ahad) utk menyiapkannya.
Ni ada beberapa pics utk dikongsi bersama, enjoy….
p/s: cuba tgk kadir belanda potong kayu tu pakai apa? Pakai chainsaw 2.5 kaki, hahaha.. ni semua akibat gergaji kami tumpul so apalagi semua kayu kami potong guna chainsaw, muahahaha… Cepat dan Cekap!! Kekeke..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment