THE STORY BEGINS...

On 1st of May 2008, me and a friend (Omel) went to Port Dickson to ease our mind while fishing in Marina Lagoon. It was a splendid 3 days vacation cos we have a chance to talk about our career plan and our future, it was very relaxing eventhough thru out the vacation we only caught a fish, hehehe.. On our way back, we stopped by at Port Dickson Mini Zoo, me and Omel has been animals lover since we were kids. It was a very simple zoo runs by a family. What caught our attention was they have guinea fowls and quite other few game birds.

When we get back in KL, we start searching information of Guinea Fowl and how we can breed it so that everybody can "taste" this very exquisite taste of this special game bird. The search for this game birds is endless, and along the way we met new friends that share same compassions. On 11th June 2008, the 1st batch of guinea keets arrive in BinDim Farm (BD Farm) in Pontian, Johor together with 8 poultes. This is a pilot project and i dont even tell my mum about the arrival of these birds.. hehehe... btw BD farm is own by me and my brother (Abdul Kadir @ Kadir Belanda).

To date, BD Farm has more than 250 turkeys and arnd 50 guinea fowls, we also raised ayam kampung & Ayam Kabir, we are targeting of supplying at least 300 birds per month starting from June 2010. Other than poultry, we also have 4 ponds of catfish, 4 ponds of ikan puyu, and 2 ponds of ikan haruan in our humble BinDim Farm...

Monday, December 28, 2009

Ayam Mutiara (Guinea Fowl)

Selain ayam belanda, BinDim Farm juga memelihara beberapa ekor ayam mutiara/api2. gambar kat sebelah ni diambil masa saudara Sharil dan partner datang ke BD Farm untuk membeli 10 ekor induk dewasa ayam mutiara utk ladang mereka. Jgn x tau, mereka ni tgh kumpul byk ayam mutiara maybe nk bukak ladang besar2an kot.

Ketika ini ayam mutiara ini kami bela bersama2 dgn ayam belanda dlm satu reban.InsyaAllah masuk tahun baru 2010 nanti reban utk ayam mutiara akan siap, so dapat la ayam ini membiak dgn aman tanpa perlu berebut tempat dgn ayam belanda.

Ayam mutiara ni ada byk spesis, spesis yg biasa org bela ialah Pearl Grey (kelabu). InsyaAllah pada 2010 ni BD Farm akan cuba mendapatkan beberapa spesis yg "rare" untuk ladang kami. Spesis yg dimaksudkan ialah Royal Purple, Lavender, Pied Pearl Grey, Pied Lavender dan White Guinea Fowl. Semoga spesis2 baru ini akan memeriahkan lagi suasana reban BD Farm, aminnn...

Sebenarnya, ayam mutiara ni Pengurus Operasi dan abang aku x berapa suke sbb dieorg kata asyik memekak jer x kira siang atau malam dan kurang bertelur, aku pulak suka warna dieorg dan rasa daging dieorg yg sangat sedap. Ramai yg bersetuju daging ayam mutiara ni lebih sedap drpd daging ayam kampung. Kalau nak rasa mari la dtg BD Farm : )

Ayam Belanda @ Turkey





Ini dia gambar ternakan utama BinDim Farm, ternakan yg pada mulanya kami anggap sebagai sampingan akhirnya dpt membiak dgn sangat cepat sehinggakan kami tak terkawal.
Secara amnya, BD Farm memelihara beberapa spesis ayam belanda iaitu Royal Palm, Narrangensett dan Bronze Sussex. Kami sedang cuba untuk membiakkan spesis baka Red Bourbon dan juga Spanish Black.
Pada mulanya hanya terdapat 8 ekor anak ayam belanda di BD Farm, kemudian kami tambah kepada 27 ekor. Lepas tu oleh kerana banyak dari anak2 ayam belanda tu adalah jantan kami sembelih dan kurangkan bilangan kepada 8 jantan dan 11 betina sahaja. Pada awal tahun 2009 ayam2 belanda kami mula bertelur dan membiakkan dgn banyaknya. Pada satu ketika reban kami sampai tak muat oleh kerana terlalu byk ayam belanda yg ada. Ayam belanda ini kami beri makan dedak gold coin 201c (sehingga umur 1bulan) dan seterusnya ada campuran jagung, dedak dan rumput israel/setan dan juga kadang napier yg kami kuti di tepi jalan. Pada ketika ini kami mempunyai lebih 250 ekor ayam belanda di BD Farm.
Reban yang anda lihat itu adalah reban induk dan reban pertama kami yg kami bina pada awal tahun 2009. Reban ini seluas 55 x 14 kaki. Kami bahagikan reban ini kepada 5 bahagian. Untuk pengetahuan semua reban ini sudah x dapat menampung lagi jumlah ternakan kami. Kami terpaksa membuat satu lagi reban seluas 40 x 13 kaki bagi menampung jumlah ayam yg semakin bertambah. Reban2 ini kami buat sendiri dgn pertolongan rakan2 kampung kami iaitu Pak Tam, Mat Beling dan Cik Alip. Terima Kasih semua sbb tanpa korang reban ni x siap w'pun kadang2 abang aku bengang jgk dgn tahap displin korang, hahaha...
Kebanyakan bahan2 reban ini adalah kami beli secara 2nd hand tapi ada juga yg kami beli brand new, secara total BD Farm telah mengeluarkan belanja lebih RM10k utk buat reban2 ini sahaja. Tapi kami berpuas hati dan berharap usaha kami selama ni berbaloi dan mendapat pulangan satu masa nanti.
Kepada sesiapa yg berminat nk mendapatkan anak turkey atau merasa daging turkey sila la telefon kami. Reban kami beralamat di No 61, Kg Parit Jelutong Darat, Ayer Baloi, Pontian, Johor.. Antara kawan2 yg pernah sampai di BD Farm ialah Pak Itam (Rahman) dari Kelang, Saudara Suhaimi (Juta Kasih), Saudara Zulhelmi (Seri Bumi Ternak), Razif dan Sharil dari Muar dan kawan2 berhampiran. Terima kasih kerana sudi datang.

Sunday, December 27, 2009

Cerita Pasal Benih Ikan

Assalam..

Kat gambar ni sebenarnya aku nk tunjuk anak ikan puyu yg baru masuk, kolam yg ni kami masukkan 3000 ank puyu, kecik sgt kot (1-1.5 inci) so tak nmpk oleh mata kasar korang, hehehe...

apa yg aku nk cerita ialah pengalaman kitaorg masa mula2 nk beli anak benih ni. Biasa la aku ni forumer tetap kat BJ, nama aku kat BJ ialah dnoul. So bila nk beli apa2 mengenai pertanian biasa mmg kami akan tanye forumer BJ. Nak di jadikan cerita berkenalan la dgn sorang forumer bernama Millionaire in the Future, dia ni mmg baik n mmg nak olong pengusaha baru la agaknya.. kami ni pulak lurus bendul dan ikut cakap dia. Mamat ni mmg dulu selalu lepak kat forum ikan, ayam belanda dan ayam kg, tp skrg seolah menyepi tanpa berita.

So kami pun berjumpa la di Gelang Patah dan order benih dari dia. Oleh kerana aku kurang rajin nk check dgn supplier lain kami pun trs je bayar duit dan tggu benih utk dihantar ke BinDim Farm. Nak tau dia charge bape? 17 sen utk benih keli (2.5 inci), 23 sen utk benih puyu (1-1.5 inci). Mahalkan??? tu lah pengajaran pertama yg kami dapat dlm mengusahakan penternakan ikan ni, huhuhu.. harga market benih ikan di johor actually utk benih keli ialah 10sen (3 inci) dan 15 sen benih puyu ukuran 1-1.5 inci...

Jadi, bagi pengusaha baru tolong check betul2 kalau nk beli benih ikan, ni kami baru story pasal harga, belum cerita pasal kualiti benih dan juga kadar kematian masa sampai ladang. If sapa2 nk beli benih puyu pun kami di BinDim Farm boleh supply. Call saja saya (0176931695) atau pun abg saya Kadir 0177050113. Untuk ank benih puyu harga cuma 13 sen sekor (1-1.5 inci) bg order 10k ekor ke bwh, dan 12 sen bagi order lebih 10k ekor. Kami akan hantar benih terus ke kolam anda.

Kolam Ikan


Ini dia sebahagian dari 10 kolam ikan yg ada di BinDim Farm. Buat masa ni kami sedang menternak ikan puyu 4 kolam, ikan keli 4 kolam dan ikan haruan 2 kolam. Ukuran bagi kolam ni adalah yg standard semua guna iaitu 7 x 16 x 3 kaki. Kalau korang perasan oleh kerana nk menjimatkan cost kami guna buluh yg matang utk menjadi tiang kolam ni, maklum la harga kayu sekarang mahal..
Kami mula buat projek ikan pada Mac 2009, 10 May 2009 baru start masuk benih pertama iaitu 4 ribu anak keli dan 6 ribu anak puyu. Lepas tu 15 jun kami masukkan lagi 10 ribu anak ikan keli, diikuti dgn 10 ribu anak puyu, dan yg terakhir kami masukkan 2 ribu anak haruan dlm 2 kolam terakhir. Projek ikan ni sebenarnya mmg dh lama kami nk buat tapi x berani, lepas melawat projek kenalan kami (saudara ijal) barulah kami berkeyakinan. Projek ini juga sebenarnya dgn usahasama oleh saudara Zuri Hakim (classmate aku ms kat mrsm). Terima kasih juga kepada Pak Tam yg menolong kami buat kolam ni dan juga Mat Beling kerana tolong kutip kaca2 yg mmg byk kat kawasan tapak kolam ini. hehehe...

Wednesday, December 16, 2009