Salam semua..
Kami di BinDim Farm berasa berbesar hati kerana telah dijemput oleh pihak Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Johor untuk bersama mempromosikan daging eksotik. Sebenarnya usaha murni ni telah dibincangkan pada mesyuarat antara penternak, JPV & Fama pada pertemuan seminggu sebelum Aidilfitri tempoh hari. Jadi setelah tarikh dan lokasi diputuskan (2 oct & Pasar Tani Larkin), barulah kami mengwar2kan berita ini kepada semua.
Promosi ini dijalankan dengan kerja sama FAMA negeri johor dan para perserta (kami) akan diberikan satu khemah dan akan menyediakan/menjual juadah (hidangan yg telah dimasak) drpd daging eksotik yg kami wakili dan juga jualan utk daging sejuk beku / mentah. Pada masa promosi itu nanti BinDim Farm akan mempromosikan daging ayam belanda dan ayam mutiara. Terdapat lagi 4 penternak lain yg akan mengambil bahagian dgn aneka daging eksotik antaranya ialah daging arnab, daging ostrich (burung unta), daging rusa dan puyuh. Para penternak ini adalah dari seluruh negeri johor, ada yang dari Muar, Kota Tinggi dan Batu Pahat.
Pada hari itu nnt BD Farm akan menyediakan Nasi Beriyani Istimewa Ayam Belanda selain menjual daging fresh, jadi sesiapa yg ingin menjamah hidangan ini sila ke khemah kami pada 2 okt nnt, kami menanti kedatangan anda, hehe...
Selain dari jualan daging, pihak penganjur juga akan menyediakan bangsal/khemah khas untuk para peserta mempamirkan ternakan mereka (live animal). Jadi, jika anda ke pasar tani nnt, boleh melawat khemah ini kerana binatang2 eksotik seperti rusa, ostrich, arnab, ayam belanda, ayam api2 hidup juga akan dipamirkan. Bagi anda yg berminat untuk memelihara binatang ini juga boleh berbuat demikian dgn mengambil order anak2 ternakan tersebut daripada pegawai yg akan ditugaskan.
Disepanjang promosi itu juga nanti, Chef Razak akan membuat demo memasak pelbagai jenis daging eksotik di tapak pasar tani itu nanti. Antara daging eksotik yang dimasak oleh chef razak ialah daging ayam belanda & ayam mutiara BinDim Farm. Kami juga difahamkan akan ada pertandingan memasak kepada sesiapa yg berminat dan pelbagai acara menarik yg telah disediakan oleh pihak JPV & Fama Negeri Johor. Jgn lepaskan peluang ini.
p/s: pasar tani larkin dibuka setiap sabtu 7am-1pm. Jadi, datang cepat & jgn terlambat!!!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment