THE STORY BEGINS...

On 1st of May 2008, me and a friend (Omel) went to Port Dickson to ease our mind while fishing in Marina Lagoon. It was a splendid 3 days vacation cos we have a chance to talk about our career plan and our future, it was very relaxing eventhough thru out the vacation we only caught a fish, hehehe.. On our way back, we stopped by at Port Dickson Mini Zoo, me and Omel has been animals lover since we were kids. It was a very simple zoo runs by a family. What caught our attention was they have guinea fowls and quite other few game birds.

When we get back in KL, we start searching information of Guinea Fowl and how we can breed it so that everybody can "taste" this very exquisite taste of this special game bird. The search for this game birds is endless, and along the way we met new friends that share same compassions. On 11th June 2008, the 1st batch of guinea keets arrive in BinDim Farm (BD Farm) in Pontian, Johor together with 8 poultes. This is a pilot project and i dont even tell my mum about the arrival of these birds.. hehehe... btw BD farm is own by me and my brother (Abdul Kadir @ Kadir Belanda).

To date, BD Farm has more than 250 turkeys and arnd 50 guinea fowls, we also raised ayam kampung & Ayam Kabir, we are targeting of supplying at least 300 birds per month starting from June 2010. Other than poultry, we also have 4 ponds of catfish, 4 ponds of ikan puyu, and 2 ponds of ikan haruan in our humble BinDim Farm...

Tuesday, October 25, 2011

Project Cemani

Salam semua..

la ni xde apa2 yg baru kat bindim farm, cuma skrg ni kami x cukup ayam belanda nk menampung demand pelanggan.. mmg pening kepala..

ank ayam nk supply kat projek TEKUN plak x cukup2.. huhu..

tp kalini kami xnk cerita abt that, nk cita psl Project Cemani kami yg kami mula laksanakan 2 thn lepas.. baka asal kami amik dr kawan kami, tapi baka tu x pure, x tulen.. maybe cuma 20% je cemaninya.. baka tu bulu balik kacuk silkie, warna bulu kelabu, warna balung merah, dan warna daging pun x pure hitam.. ada sekor je, jantan..

sekarang ni dh masuk keturunan F3, baka ketiga.. kami dh kawenkan dgn beberapa betina yg ada ciri2 cemani.. anak (f3) skrg yg paling besar dh berumur 3-4 bulan.. rasanya dah dapat 75-80% ketulenan cemani.. ank yg terbaru lagi sebiji mcm cemani, tp since kecik lagi (1-2mggu) so x berani nk kata apa2, sbb takut bila besar fizikal akan berubah..

ank yg berumur 3-4 bulan tu, semuanya hitam.. termasuk balung dan daging.. cuma yg masih x pure ialah bulunya.. walaupun bulunya semua hitam tp masih bulu balik, hehehe.. kawan aku, Waa ckp semakin buruk rupa ayam cemani, semakin mahal harganya.. so aku rasa if bulu dia bulu balik, lagilah hodoh ayam ni, so baka yg aku ada maybe lg mahal dr cemani yg kat indonesia tu, hahaha.. wallaulam.. :)

ok lah, kat bawah ni ada gambar2 dieorg.. so enjoy..





cemani + jambul, umur 1mggu.. (F3)


cemani + bulu balik, umur 3-4 bulan (F3)


more cemani F3.. ada yg bulu pure hitam, ada yg kelabu.. tp yg lelain semua hitam..


latest batch telur project cemani yg menetas, masih terlalu awal nk tgk ke"ori"annya.. tggu la lg 2bulan.. yg ni masih F3.. rasanya kena tggu F4 or F5 baru dpt cemani yg 100% ori.. so tggu je la kawan2.. :)

Monday, September 12, 2011

selamat hari raya..

Salam..

MasyaAllah.. lamanya aku x update.. sorry semua..

so far, BD Farm mcm dulu, tiada projek baru.. tgh handle projek JPV & Tekun mcm yg pernah kami update dulu.. skrg ni, reban projek tekun dh siap, tgh tggu nk hntr anak.. kami ada order anak dr penang tp belum dpt2 smpi skrg, huhu.. anak ayam kami sendiri msh x mencukupi nk tampung demand dari peminat2 ayam belanda..

hari raya lepas hbs licin ayam belanda kami, yg tggl cuma induk2 jer.. punyalah hbs smpi kami sendiri x masak ayam belanda for hari raya, huhu.. ramai sedara mara yg tanye, tp apa nk buat? dh mmg xde stok..

senario ni menunjukkan penerimaan masyarakat kita terhadap ayam belanda mmg sgt baik.. yg menarik VVIP dlm moa pun order ayam belanda dari kami, die nk 5 ekor tp yg kami boleh sediakan cuma 4 ekor jer.. dgr cite ayam belanda tu smpi ke perak ke rumah besan beliau.. mmg dasyat.. :)

p/s: if nk order ayam belanda kena info awal, stok for hari raya haji dijangka ada tp maybe x mencukupi, huhu...

Thursday, May 26, 2011

Mcm-mcm karenah manusia...

Salam semua..

Harini genap 1 bulan aku x update blog, hehehe... so sorry sbb mcm xde new news je dr kami...

Ok, balik kepada tajuk diatas. Sperti yg sedia maklum awal tahun haritu kami dpt projek PPRT Ayam Belanda dr JPV Pontian. Terdapat 4 org peserta, 2 lelaki dan 2 ibu tunggal. Projek ni kami start buat reban pada februari lepas dan bulan lepas siap sepenuhnya.. kami hantar anak belanda umur 3mggu (80 ekor) & induk (8 ekor) + dedak (20 beg). Kawasan reban kami pagar dengan jaring nylon berkeluasan 80x80 kaki persegi.. dedak tu kami akan bagi secara berperingkat, sbb jpv takut peserta jual dedak2 tu, hehe...

1 bulan berlalu, seperti yg kami duga tentulah byk masalah/karenah yg peserta ni hadapi, mereka tanye kami mcm2 soalan berkenaan ayam belanda ni dan alhamdullillah semua dpt dijawab & diselesaikan.. cuma kami sgt pelik ada seorang peserta ni yg langsung tak call/tanye kami. Semasa kami buat reban tu dia kata die bernah bela ayam belanda dan ayam die bila dewasa yg jantan akan mati. Selain itu reban yg kami bina adalah agak jauh dari kediaman beliau. kami cadangkan utk bina lebih kurang 50 meter dari umah beliau, tp beliau insist nk bina di seberang sungai di belakang umah beliau, lebih kurang 150 meter jarak dari lokasi yg kami cadangkan.

Nak dijadikan cerita, kawasan rumah peserta ni berpaya dan sebelah muara sungai. currently dia ada bela itik kaki campbell, dan kawasan yg dia suruh buat reban itu menurutnya air pasang boleh naik smpi paras lutut. mmg sesuai la kot utk bela itik. Bila dgr cerita die, abg aku mcm berkeras dan suggestkan beberapa kali utk bina reban ditempat yg kami cadangkan sebab takut bende elok x jadi. Tapi korang tau apa jawapan die? die jawab "kalau nk senang, buat je kat laman rumah aku tu..." sambil berlalu pergi... MasyaAllah... so kami decide, buat kat tempat yg die suruh buat, apa nk jadi, jadi lah... lantak ko lah labu.. :)

Masa kami hantar ank ayam pun ada cerita jgk, semua peserta sambut kami dgn excited dan tanye mcm2 soalan berkenaan penjagaannya, siap ada yg panggil ketua kampung utk sambut kami, mmg seronok la menjawab pertanyaan mereka ni, rasa mcm mahaguru pun ada, hehe... peserta yg tadi ni plak, buat dunno je, bila kami kata sebahagian ank ayam tu dtg dari penang, die jawab "buat apa nk amim jauh2?? kat sini kan byk... berlambak2.." dlm hati kami berdetik, bukan ke kami (BD Farm) adalah penternak terbesar di daerah ni, mcm mana plak kami leh tak tau, hehe.. xpe lah, memandangkan kami sudah memahami "perangai" beliau, kami diam kan saje.. hehe..

sebulan berlalu peserta lain semua takde masalah, tp peserta yang sorang ni mengadu pada JPV (en borhan), anak ayam die tinggal 20 ekor, hehehe... then en borhan call kami, abg aku pun cerita la keadaan reban dia dan ternakan die skrg.. en borhan kata mmg x sesuai kita bagi dia projek pprt sbb dia bela itik, itik n ayam cannot mix, lgpun kaw die tu berair... so, mmg x sesuai... byk lagi sebenarnya masalah peserta ni, kalau aku cita mmg ramai geleng kepala, tp xpe la, malas nk cita kat jpv takut terus ditarik balik, huhuhu...

pengajarannya, aku rasa kena beri projek kepada peserta yg betul2 berminat dan berkebolehan, tak semestinya sbb die layak (miskin) die boleh dpt, sbb if case mcm ni jadi bukan sahaja merugikan perseta tp juga merugikan sumber yg ada.. byk tu rm10k setiap perserta, huhu...

P/s: jpv ckp kat kami, "korang bg terus baki dedak tu kat peserta bermasalah tu, kita cuci tangan" hehehe...

Wednesday, April 27, 2011

Telur ayam belanda diperlukan.

Salam semua..

Smlm kami di BD Farm dapat berita gembira, Tekun Nasional Cawangan Johor telah meluluskan 2 project PPRT ayam belanda. Spesifikasi projek sama mcm program PPRT JPV. Alhamdullillah... rezeki lagi.. tapi kalini projek ni dibahagi kepada 2 peserta sahaja. Nama peserta belum kami terima, namun confirmation mengenai projek dh diterima..

Masalah yg kami hadapi plak ialah kekurangan anak belanda, ye lah kebanyakan ank belanda yg ada sudah di agihkan utk 4 projek PPRT JPV yg lepas, total ank belanda yg diagihkan ialah 320 ekor. Next month plak nk cari lagi 160 ekor anak belanda... aduhai, mana nk cari ni? ank belanda yg ada di BD Farm sudah x cukup.. x sempat besar dh hbs diagihkan, huhuhu...

so, kami meminta jasa baik tuan2 yg mempunyai telur belanda untuk menghubungi kami. Kami nk beli telur belanda anda.. hubungi saya di talian 0176931695. lagi byk lg bagus.. :)

p/s: tgh tggu jawapan jabatan pertanian plak ni, kalau confirm gak, mmg lumayan la... aminnn.. doakan kami dpt ekh.. :)

Friday, April 22, 2011

Bantuan tu ada... kita yg kena sabar & usaha...

Salam semua...

hari minggu ni rasa mcm nk menulis la pulak.. kenapa? ntah la, maybe terpanggil oleh pertanyaan kawan2 yg pelik, n tertanya2 kenapa BD Farm dapat 'perhatian' dari Jab Perkhidmatan Veterinar (Vet) dan agensi lain.. mereka dtg n tolong kami.. alhamdullilah...

ok berbalik pada tajuk n pertanyaan kwn2 td. Mereka tanye kenapa? bape lama? mcm mana prosedur? kenal org dlm ke? n etc..

mcm ni la, kami cuba jawab satu2, dulu pun aku mcm kebanyakan penternak kecil jugak, dgr je psl vet, rs mcm nk gelak n duk kutuk2 dieorg, x tau apa2 la.. x buat keje la.. mkn gaji buta la.. n mcm2 lg la.. tp skrg aku dh berubah, aku pandang dari perspektif lain, sejak aku 'kenal' dieorg, aku cuba tgk masalah ni dr perspektif dieorg..

1. Bagaimana?

Setiap bantuan yang hendak dikeluarkan mmg byk prosedur yg kena ikut. Kalau kita hendak dieorg bersikap profesional, kita sbg penternak juga kenalah tunjuk kita professional. Jgn la kita dtg pej vet dgn pakaian x proper n minta bantuan. bukan mcm tu caranya, kita datang pakai smart2, tak pun telefon dulu tanya siapa harus kita berurusan berkenaan bantuan. dah dpt nama n jawatan, buat appoinment. lps tu jumpe mereka dan beritahu situasi reban kamu sekarang dan tanyekan sekali apakah bantuan yg available utk penternak seperti kamu. biasanya pegawai2 itu akan bertanyakan balik soalan2 ini:

- dah bape lama menternak?
- buat full time ke?
- apa perancangan kita masa depan?
- ternakan kita tu ada masa depan ke?
- cara kita menternak?
- makanan & ubat apa kita bagi?
- lokasi n etc..

so, datang tu mesti la dgn preparation, jgn dtg kat situ nnt kena soal n tak dpt jawab soalan2 tu, kita kena firm dgn jawapan kita dan pada masa yg sama terima teguran n pendapat pegawai tu. Skrg kita dtg sbb nk minta sesuatu, bknnya nk ajar pegawai tu (w'pun sometimes pegawai tu x bape tau masalah sbnr penternak spt kita). Be humble cos we want him/her to help us. Biasanya pertemuan kita diakhiri dgn pegawai tu suruh kita isi borang atau pun buat surat untuk memohon bantuan tersebut. Lps tu die berjanji nk dtg melawat reban jika ianya berpotensi untuk dimajukan.

2. Berapa lama?

yang ni agak subjektif. tapi mcm mana pun ianya msh bergantung kepada kita sbg penternak. Kita yg kena usaha lebih, bukan pegawai vet tu. kalau kita nk bantuan, kita la kena usaha. Mcm kes kami, 1st time kami pegi vet minta bantuan adalah akhir 2008, lps hantar borang dan surat dengan sokongan dr ketua kampung kami tunggu dan tunggu, tp xde apa2.. trs terang masa tu mmg aku dh maki2 n ckp pelbagai perkara x elok kat vet. Mana taknya, kami tggu lebih 1 tahun tp still xde apa2.. langsung xde apa2.. Bila aku pikir balik, salah kami juga... kami hantar surat, tp x buat follow up. so, aku nk nasihat korang semua, lps buat surat n isi borang buat follow up regularly... the key word here is regularly. korang kena ingat, bukan korang je minta bantuan, beratus2 maybe beribu2 borang mereka terima, mana la dieorg nk ingat.

aku cadangkan, korang dtg opis vet 1-2 bulan sekali untuk tanyakan status permohonan tu, tanye sampaikan mereka "terpaksa" bagi bantuan to shut your mouth, hehe..

aku byk jumpe penternak yg kata "ko ingat aku ni mintak sedekah ke? nk dtg pejabat ko n meminta2. nnt kalau aku dh berjaya, jgn harap ko nk dtg masa tu n kata ni projek ko." ni ayat biasa dieorg bila aku tanye: tak minta bantuan vet ke?

to be honest dgn korang, dulu pun aku cakap mcm ni jgk. tp korang kena ingat, mereka x boleh bagi bantuan kat semua org senang2 mcm tu jer.. mereka cuma akan beri kepada mereka yg benar2 berusaha utk mendapatkan bantuan tu. if they can see your effort to get the loan/grant, they will sure enough you can make it as commercial broiler/penternak komersial.

kebanyakkan penternak isi borang then berharap dpt bantuan, it is not that easy my friends.. they want to see your effort, if you really want it.. work for it!! kalau aku jd vet pun, aku cuma akan bagi kat penternak yg betul2 berusaha nk kan bantuan tu, bukan setakat isi borang jer..

Dalam kes kami, ianya mengambil masa 18 bulan utk bantuan pertama smpi dr mula2 isi borang dulu. kami hantar beberapa borang dan beberapa surat, dari surat yg mendapat sokongan ketua kampung sampai lah surat dgn sokongan ahli parlimen. that is the measures of our effort!!

3. Kenal orang dalam ke?

sangat bagus kalau anda kenal org dalam, ianya mempercepatkan proses bantuan tu diperolehi tapi tidak memastikan yg kamu akan gerenti dpt bantuan tu. Kalau xde org dalam pun you all sure boleh dpt bantuan, yg penting usaha u all dlm meyakinkan vet utk bantu kamu. Percayalah, ramai malahan sangat ramai pegawai2 vet, jab pertanian, tekun, mara, risda yang hendak tolong kita.. mmg tak dinafikan ada segelintir mereka yg bersikap dingin dan memandang rendah, tp lebih ramai lagi yg dengan ikhlas nk tolong penternak kecil seperti kita. yg penting, we must shows our effort, the rest its up to them dan bergantung kepada rezeki yg ALLAH nk bagi..

Bersangka baiklah kepada org lain, kerana apa yg kita ckpkan dari mulut kita adalah mencerminkan diri kita sendiri.. if kita sentiasa kutuk org n memburukkan mereka, so mcm mana org tu nk tolong kita...

p/s: kalau kita nakkan sesuatu, kita la kena usaha... its as simple as that!

Tuesday, April 12, 2011

Project PPRT Daerah Pontian

Salam semua..

Weekend lepas mmg merupakan hari yang busy dan memenatkan. Mana taknya kami menghantar anak2 turkey dan dedak ke peserta PPRT. Sepatutnya kami hantar ke 4 peserta sekaligus, tp disebabkan permasalahan yg tak diduga terpaksa hntr ke 2 peserta sahaja.

Ceritanya mcm ni, jumaat lepas aku amik ank ayam dari seorang sahabat dari utara tanah air, disebabkan salah bajet n ketentuanNya sahabat ni x deliver seperti yg dijanjikan. sepatutnya semua ank yg ditempah berumur 1-3mggu tp sbb stok terhad umur poults ni varies sgt from DOC-1bln plus. yg kurang 1 mggu rasanya 40% kot, huhu...

Jadi atas nasihat big boss (mak aku da...) kami hntr ke peserta poults yg besar2 je dulu umur 2mggu keatas. yg comei2 tu kami bela dulu... so, terpaksa tambah brooder sbb emergency, huhuhu.. xpe lah, sbb if 1st timer bela poults umur DOC sure byk fatality, yg dh expert pun kekadang x mampu pelihara dgn sempurna inikan pulak 1st timer.. poults ni mmg sensitif, org yg dh bela sure tau.. :)

masa penghantaran poults tu dari KL-Johor aku naik keta aku jer, bygkan bwk 300 ekor turkey naik keta, boleh pening kepala dgn bau n bunyi mereka. smpi2 johor dah pukul 3.30am, esok pagi at 8am dh pg hntr poults tu, kepala aku 'weng' je sbb x cukup tdo. xpe lah, bukan senang cari duit.. huhu..

p/s: project terbaru (on going project sejak 2 thn lepas) ialah buat dedak sendiri, insyaAllah x lama lagi nk hntr lab test, nk tgk kandungan nutritionnya..

Sunday, March 27, 2011

Mudah2han rezeki kami...

Salam semua..

Lama betul x update ni, naik malu nk menulis dh bila blog dh lama x update, huhu...

Update terbaru reban skrg (struktur) masih sama, cuma bilangan ternakan yang bertambah, alhamdullillah.. inkubator kami (setelah direpair) skrg dlm keadaan tip top, rate penetasan average 75% setiap batch, ada 1 masa mencecah 90%. Itupun kami x candling, kalau buat candling rasanya boleh mencecah 100%, aminn...

Projek PPRT dengan JPV hampir siap, cuma tggl tggu anak ayam untuk dihantar sahaja.. nnt bila dh siap sepenuhnya, kami akan upload pics untuk tatapan semua. InsyaAllah...

Hasil dari projek dgn JPV ni, kami dapat lg inquiry dari Jabatan Pertanian Daerah Pontian & Tekun Nasional Cawangan Johor untuk membuat projek yang hampir sama. Jab Pertanian nk buat projek PPRT utk 4 peserta (Ayam kampung asli) dan Tekun Nasional utk 2 peserta (Ayam Belanda). kalau proposal kami di luluskan, best la tahun ni, sebab kami melangkah setapak lagi, jadi kontraktor pulak, hehehe...

Yang paling best ialah pengiktirafan yang diberikan oleh jabatan-jabatan yg disebutkan tadi. tak terbayang dalam usia BD Farm yg baru mencecah 3 tahun (Jun ni cukup 3 tahun) kami mendapat kepercayaan dari Jab Haiwan, Jabatan Pertanian & Tekun Nasional. Harap ini merupakan 1 permulaan yang baik untuk BD Farm pada tahun 2011 ini, Aminnnn....

p/s: harap2 lulus la proposal tu semua, aminnn.... :)

Sunday, February 20, 2011

Anak Ayam Mutiara (Api2) for sale...

Salam semua..

post kalini ringkas jer..

kat reban kami ketika ini ada 32 anak ayam api2 (mutuara @ GF) untuk dijual, 10 ekor ada org dah tempah.. so tggl 22 je yg available, so sapa cepat die dapat.. nk ikutkan hati n senangkan kepala otak, kami nk je tolak kat kedai petshop di Pekan Nenas, tp kesian kat kengkawan yg nk beli, kat situ apek cina tu jual sekor rm35, kesian korang.. so beli dr kami lagi murah :)

mai cepat...

p/s: kalau nk dtg n beli call dulu, takut abg aku xde, takut jgk stok dh hbs, hehe..

Sunday, February 6, 2011

Program PPRT Daerah Pontian

Salam semua..

Walaupun dh terlambat kami tetap nk ucapkan CNY.. hehe.. cuti panjang, sama panjang dgn jammed kat hiway, masyaAllah... :(

Ada berita baru dan berita baik kat BD Farm, setelah bersusah payah selama lebih 2 thn utk memperkenalkan ayam belanda/ turkey di pasaran johor, akhirnya usaha kami sekali lagi di hargai oleh Jabatan Haiwan. JPV Daerah Pontian negeri johor dgn kerjasama Lembaga Nenas Malaysia pada tahun ini telah memperkenalkan Program PPRT Ternakan Ayam Belanda utk 4 org peserta yg bertuah dan terpilih..

Apa yg menjadi kebanggaan kami, BD Farm telah dilantik sbg penasihat projek & mentor utk 4 peserta ini. 4 peserta yg terpilih ialah:

1. En Zahid, Kg Melayu, Kukup, Pontian
2. Puan Jaimah, Kg Soh, Kukup, Pontian
3. En Ramli, Kg Sawah, Pekan Nenas, Pontian
4. Puan Rosmida, Parit Betak, Pontian

Peserta2 ini akan mendapat:

1. reban induk 16 x 10 kaki
2. kawasan berpagar 80 x 80 kaki
3. brooder
4. anak ayam belanda sebanyak 80 ekor (umur 3 mggu)
5. induk ayam belanda 8 ekor (2 jantan, 6 betina)
6. dedak ayam 20 beg.

Niat JPV pontian adalah untuk menjadikan pontian sebagai hub-ayam belanda negeri johor, alhamdullillah... kami berharap para peserta akan berusaha dan tidak mensia2kan bantuan yg diberi ini. kami percaya, jika kena caranya, penternakan ayam belanda mampu menjana ekonomi bagi peserta program PPRT ni, insyaAllah...

p/s: tahun depan buat PPRT ayam mutiara plak, hehe.. aminnn...

Monday, January 31, 2011

Musim hujan...

Salam semua...

Wahhh.. lama betul x ber-blog nie.. sedar2 je dh masuk bulan feb, byk lagi plan2 yg dirancang pada tahun lepas yg belum dilaksanakan.. mcm x cukup je 24 jam dlm sehari, huhu..

update terkini:

- ayam belanda & mutiara sudah mula bertelur semula, harap musim bertelur tahun ni byk yg menetas esp aku punya 'coloured GF', musim tahun lepas x menetas sebiji pun dari lebih 120 biji telur.. x tahu la sbb x berbenih atau defect dr inkubator, wallahualam..

- project pprt jabatan haiwan masih belum 'on' lagi, lama sungguh menunggu jawapan, jgn x jadi sudah, huhuhu..

- ikan haruan kena cilok, hampeh betul.. bangun pagi je sedar2 dh kering kolam n tinggal la dlm 20 ekor jer... estimate loss 1.5k ekor haruan, besar dlm 4-5 ekor sekilo.. RUGI BESAR beb, huhuhu..

sekarang ni musim hujan, jadi kwn2 kena extra rajin tgk ayam2 tu, bagi lah apa2 ubat/vaksin yg patut.. ubat merah jgn lupakan, bagi setiap 2 mggu, insyaAllah ayam tahan sejuk n berselera makan..

ok, lah next month saya tulis lagi, hahaha... tak lah, doakan kami rajin update supaya blog ni kembali berseri, hehehe...

p/s: happy CNY pada pembaca yg berbangsa cina, n selamat cuti panjang pada yg lain.. balik kg drive hati2.. ingatlah org yg tersayang.. ;)

Thursday, November 25, 2010

MAHA dtg lagi...

Salam semua..

Rasanya dah lebih sebulan aku x update blog ni, huhu.. bknnya sibuk sgt pun tp sebab penyakit malas sudah melanda.. hehe..

Baru2 ni byk berita dari rakan ternakan yg 'hampir collapse' sebab reban terkena sampar, seram sejuk aku dibuatnya, huhu.. penyakit ni mmg igauan ngeri buat penternak kecil mcm kita semua. lebih2 lagi penternak 'ayam organik'. sbb kalau nk diikutkan, ayam organik kita xleh vaksin sesuka hati, nk vaksin pun kena pakai vaksin yg organik atau natural.. kalau bg vaksin biasa tu mmg boleh, tp ayam dh x boleh dilabel sbg organik, huhu..

ok lah, kita kembali ke tajuk asal.. MAHA tahun ni promo die kurang sensasi, nmpk mcm sayup2 je, agaknya bajet dh tipis kot. kesiannn...

Dulu BD Farm target nk 'joint' MAHA 2010 ni, tp hajat kami x kesampaian sbb kos mahal sgt.. booth indoor 10x10 kaki yg paling murah pun dh cecah RM3,900. mana la nk mampu, huhu.. tp xpe, next MAHA kami bertekad akan joint juga, ko tggu je la MAHA 2012, hehe...

Cerita psl MAHA ni, haritu kwn ternak aku Wan Cikot bg tau, JPV johor jemput die untuk lawatan ke MAHA 2010, kami di BD Farm pun dpt jemputan yg sama.. Alhamdullilah 'hubungan' kami dgn JPV johor semakin mantap.. Mmg bagus kalau kita mendaftar n berbaik dgn JPV negeri & daerah ni, mcm2 info yg dieorg akan bagi, khidmat nasihat mengenai penyakit ayam pun dieorg bagi, alhamdullillah...

Skrg kita cerita psl lawatan plak.. sbnrnya abg aku kadir belanda baru je sampai umah subuh td dr lawatan sambil belajar anjuran Unit Unggas, JPV negeri Johor. Lawatan ni disertai oleh 25 penternak sekitar johor dan 15 staff jabatan. Itenary dieorg ialah melawat sambil belajar, destinasi mereka ialah penternakan itik di Perak, Puyuh di Kedah dan Kerbau Susu di Langkawi.. dieorg gerak dari JPV kluang ahad (21hb) pagi n balik semula ke johor smlm.. wahh, puas jalan2 tu.. insyaAllah nnt kami akan upload gambar2 lawatan abg aku tu, tggu... :)

p/s: kami sedang berdiscuss dgn JPV daerah pontian ni utk program 'projek PPRT', nk tau apa? kena la tggu sbb belum 100% settle lagi, hehehe.. insyaAllah nnt kami update..

Monday, October 4, 2010

Update promo "Jom Rasa Daging Eksotik"

Salam semua...

Seperti yang telah diwar2kan, 2 oct lepas kami di BD Farm telah dijemput oleh pihak JPV & Fama Johor utk bersama memeriahkan dan mengambil bahagian dalam promosi "Jom Rasa Daging Eksotik" anjuran 2 Jabatan tersebut, jadi ni nk bagi update promosi itu.

Pada 1 Okt kami pun sibuk la dgn persiapan utk promosi itu. BD Farm sembelih 9 ekor ayam belanda (jantan) utk promosi itu. 3 ekor kami masak beriyani, 1 ekor kami beri pada Chef Razak (untuk demo masak) dan lg 5 ekor kami potong dan pack utk jual sbg daging ayam belanda segar. Ayam mutiara (gf) kami x buat jualan sbb skrg bukan musim dieorg bertelur dan yg ada sekarang semua adalah untuk dijadikan induk bg tahun hadapan. tp kami tetap memberikan sekor GF untuk Chef Razak buat demo masakan.

setelah semua persiapan dilakukan, so pada 2 okt tu kami pun pergi la ke tapak pasar tani di stadium larkin tu, JPV telah menyediakan setiap peserta 1 khemah dan meja, mmg cukup selesa sekali. kesemuanya ada 5 peserta. mereka terdiri dari pengusaha puyuh (lupa plak nama kakak tu, huhuhu), pengusaha arnab (en fuad), pengusaha burung unta (mr collin teh) pengusaha rusa (pun lupa nama brother tu, huhu..) dan kami BD Farm, semua pengusaha ini datang dr serata negeri johor. kami semua start berniaga seawal jam 7am dan dijangka hbs program pada pukul 1pm.

kami menjual daging belanda fresh, rm10 sekotak, dan beriyani ayam belanda yg dijual pada harga rm6 sebungkus, amat murah dan berpatutan!!! secara overall promo tu mmg sesuai diadakan tapi sbb hujan lebat pada 8.30-10am, menjadikan x ramai pengunjung yg dtg (padahal itulah time pasar tani punya rush hour) jd byk brg kami yg tidak hbs dijual. anyway, mmg ramai yg bertanye mengenai ayam belanda dan ayam mutiara dan jualan beriyani kami mmg laku dan dah nk hbs, jika tidak hujan, saya gerenti jualan untuk beriyani ayam belanda mmg SOLD OUT.

terima kasih pada JPV & Fama johor kerana memberi peluang kpd kami, program seperti mmg la sgt dialu2kan dan sgt meriah dgn pelbagai acara menarik yg telah penganjur rancangkan. ada pertandingan masakan, demo masakan, kuiz eksotik, pameran ternakan dan mcm2 lagi, mmg best & seronok.. kalau buat lagi, jgn lupa ajak kami sekali, hehehe..

Di akhir majlis, pihak Fama juga telah mempelawa kami di BD Farm utk berniaga secara tetap di Pasar Tani Larkin mulai minggu ini (9 Okt), dan insyaAllah kami akan terima pelawaan itu. Jadi pada sesiapa nk ingin merasa keenakkan daging ayam belanda dan membeli daging fresh, dan juga ayam kg ori jemput la datang ke khemah BD Farm setiap sabtu di Pasar Tani, Stadium Larkin, Johor Bharu. Jika yg berminat utk order anak (keets & poultes) pun boleh juga.

p/s: Tq byk2 kat wan cikot n bro yg dtg dari muar memberi sokongan, tq bro... pics utk program promosi ini akan menyusul, tggu....

Sunday, September 26, 2010

Promosi Makan Daging Eksotik di Pasar Tani Larkin, 2 Okt 2010

Salam semua..

Kami di BinDim Farm berasa berbesar hati kerana telah dijemput oleh pihak Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Johor untuk bersama mempromosikan daging eksotik. Sebenarnya usaha murni ni telah dibincangkan pada mesyuarat antara penternak, JPV & Fama pada pertemuan seminggu sebelum Aidilfitri tempoh hari. Jadi setelah tarikh dan lokasi diputuskan (2 oct & Pasar Tani Larkin), barulah kami mengwar2kan berita ini kepada semua.

Promosi ini dijalankan dengan kerja sama FAMA negeri johor dan para perserta (kami) akan diberikan satu khemah dan akan menyediakan/menjual juadah (hidangan yg telah dimasak) drpd daging eksotik yg kami wakili dan juga jualan utk daging sejuk beku / mentah. Pada masa promosi itu nanti BinDim Farm akan mempromosikan daging ayam belanda dan ayam mutiara. Terdapat lagi 4 penternak lain yg akan mengambil bahagian dgn aneka daging eksotik antaranya ialah daging arnab, daging ostrich (burung unta), daging rusa dan puyuh. Para penternak ini adalah dari seluruh negeri johor, ada yang dari Muar, Kota Tinggi dan Batu Pahat.

Pada hari itu nnt BD Farm akan menyediakan Nasi Beriyani Istimewa Ayam Belanda selain menjual daging fresh, jadi sesiapa yg ingin menjamah hidangan ini sila ke khemah kami pada 2 okt nnt, kami menanti kedatangan anda, hehe...

Selain dari jualan daging, pihak penganjur juga akan menyediakan bangsal/khemah khas untuk para peserta mempamirkan ternakan mereka (live animal). Jadi, jika anda ke pasar tani nnt, boleh melawat khemah ini kerana binatang2 eksotik seperti rusa, ostrich, arnab, ayam belanda, ayam api2 hidup juga akan dipamirkan. Bagi anda yg berminat untuk memelihara binatang ini juga boleh berbuat demikian dgn mengambil order anak2 ternakan tersebut daripada pegawai yg akan ditugaskan.

Disepanjang promosi itu juga nanti, Chef Razak akan membuat demo memasak pelbagai jenis daging eksotik di tapak pasar tani itu nanti. Antara daging eksotik yang dimasak oleh chef razak ialah daging ayam belanda & ayam mutiara BinDim Farm. Kami juga difahamkan akan ada pertandingan memasak kepada sesiapa yg berminat dan pelbagai acara menarik yg telah disediakan oleh pihak JPV & Fama Negeri Johor. Jgn lepaskan peluang ini.

p/s: pasar tani larkin dibuka setiap sabtu 7am-1pm. Jadi, datang cepat & jgn terlambat!!!

Monday, September 20, 2010

Salam Raya dan update reban..

Salam raya semua, maaf zahir pada kawan2 semua.. (rsnye dosa batin xde kot, hehe..)

Sempena raya yg lepas byk ternakan kami dibeli oleh pelanggan2 yg sedia ada.. ayam belanda jantan tggl kurang 20 ekor, yg lain semua sudah di 'let go' sempena raya, tak tau la dieorg nk masak apa, yg betina pun dh tggl untuk buat induk sahaja..

Ayam kampung plak sungguh laris sekali, hbs licin semua ayam2 dara & teruna di reban kami, skrg yg tinggal hanyalah ibu2 ayam, bapak ayam (2ekor) dan anak2 ayam sahaja.. alhamdullillah... Ayam kampung ni mmg dapat sambutan yg sgt bagus, kami terpaksa menghampakan ramai org sbb x cukup stok, rasanye next year kami kena tambah byk lagi ayam kampung utk memenuhi permintaan yg semakin bertambah.

So skrg, BD Farm sungguh agak sunyi kerana byk ternakan sudah dijual. Tapi yg lebih menyedihkan ialah sejurus selepas musim raya reban kami diserang oleh oleh Fowl Cholera, huhu.. Mula2 risau juga sbb ingatkan kena ND tp bila check kat JPV dan melihat symtomp2 ayam yg mati ternyata ianya cholera. Punca penyakit ini kami tak dpt pastikan tapi diberitahu oleh Vet maybe berpunca dari water source, makanan tercemar ataupun jangkitan dari luar. Bila dipikirkan semula mmg logic, hari raya lepas mmg kami bg makan ayam2 kami baki2 makanan raya (ketupat n lemang pun ada), tak cukup dgn itu ramai juga sedara mara & sahabat handai yg dtg umah dan melawat reban kami, so rasanya sedikit sebanyak ianya menyumbang pada merebaknya cholera itu.

Jumlah kematian ayam akibat cholera tu x banyak hanya 6 ekor turkey (4 jantan, 2 betina) dan 3 ekor anak ayam kampung (3bln). Tp yg sgt sedih dan kecewa, Turkey Penjantan baka Spanish Black (Pure) yg diambil dari Pak Itam (klang) adalah mangsa pertama cholera itu. Pejantan ni sgt besar dan jinak, beratnya semasa mati ialah 12kg. huhuhu... Pejantan ini la yg selalu menghiburkan kami sekeluarga, moga dia RIP 'disana', huhuhu..

Pada anda semua yg x tau gejala cholera ni, tanda2nya ialah ayam menjadi lemah dan tak larat berdiri, kaki menggeletar dan melepek jer (terbaring/meniarap).. kepala panas seolah2 tgh demam, badan ayam agak panas juga, dan kepak jatuh, kalau korang buka mulut ayam akan nmpk seoalah2 ada lendir seiras kahak. najis ayam cair dan berwarna jernih berserta putih kekuningan.

Cara mengubat penyakit ini ialah dapatkan ubat Ciproxin, cara rawatan ada dua, bg ayam yg dah nazak, sumbat 0.5ml ciproxin dlm mulut die, sekali sehari. bg yg baru ada simtom2 td bancuhkan 1ml ciproxin bg setiap liter air dan bg mereka minum 3-4 hari. Effect penyakit cholera pada ayam ni x secepat ND, ayam akan sakit then akan mengambil masa 2-3 hari baru mati, ia mengambil masa yg panjang utk membunuh haiwan ternakan. Ubat ciproxin tu anda boleh beli, atau pegi je ke Vet JPV daerah dan minta dr dieorg, biasanya ubat ini ada dlm stok dan mudah didapati. Yg penting asingkan semua ayam yg telah terjangkit dan rawat mereka mengikut keperluan.

Lepas penyakit ini hilang, sembur reban dan tanah anda dgn dis-infection atau kalau xde boleh sembur pakai dettol.

p/s: suasana raya yg bercampur baur, gembira & sedih... huhu..

Sunday, August 29, 2010

jgn salah sangka.. huhu..

Salam semua.. Skrg ni kita sudah berada di 10 mlm terakhir di bulan ramadhan, so gandakan la ibadah masing2 ye kawan2 semua, aminnn...

Kalini aku nk cerita perihal customer kami, seorg wanita dari Johor Jaya, JB. Pagi tadi kakak ni call abg aku (kadir belanda) kata nk dtg lawat reban kami, so kebetulan abg aku mmg ada kat pontian, so die pun kata ok je dan tunjukkan arah jalan dr exit highway sedenak.

Sesampai je ke reban kami x lama kemudian, akak ni seolah2 terkejut melihat reban kami, die kata "la.. ni ke projek ayam nye? tgk dlm blog nmpk mcm besar", hehehe.. abg aku senyum jer.. rupe2nye akak tu ingat kami buat projek ayam berskala mega, die dtg nk minta khidmat nasihat mengenai penternakkan ayam daging dan penetasan ayam daging. kesian akak tu, dtg dr jauh tp kecewa, huhu.. kami meminta maaf sekiranya gambar2 di blog kami membuatkan ramai tersalah anggap, huhu..

kat sini jgk, nak bagi tau semua (mcm ramai je follower blog ni, hehehe..) yg projek kami ni baru peringkat awal lagi, x besar mana pun.. just projek belakang umah.. kami skrg fokus kat ayam belanda or turkeys, disamping itu ada juga memelihara ayam kampung, ayam mutiara dan menternak ikan air tawar seperti keli, haruan & puyu dlm kolam kanvas..


p/s: kami penternak baru belajar. :)

Tuesday, August 24, 2010

Berdosakah kita?

Salam semua…

Sebenarnya sejak awal menternak ayat kat atas tu sentiasa bermain difikiran aku. Ayat tu merujuk kepada bilangan kematian anak ayam / ternakan yg kite pelihara. Kalau mereka ni mati di dalam jagaan kita, adakah kita mendapat dosa? Huhu… sepanjang aku mula memelihara mmg rasanya dh byk dh mati atas pelbagai sebab. Ada yang mati bergaduh, ada yang mati tersepit, mati kena makan ular, musang dan mungkin juga ada yg mati x cukup makan sebab berebut, huhu.. ni belum masuk mati sebab kena penyakit tertentu.

Seperti penternak lain aku rasa yg banyak mati ialah anak2 ayam, huhu.. lebih byk lagi yg x sempat menetas (mati dlm telur). Jadi persoalannya, adakah kita yg dipersalahkan atas sebab kematian ternakan ini?

Cuba anda renungkan punca kematian ini:

- kerana penyakit (mungkin sebab kita lambat @ ambil mudah nk bg vaksin)
- dimakan ular/musang (mungkin sebab reban kurang sempurna)
- mati tersepit (reban terlalu kecil @ suhu mentol tak cukup panas utk anak
ayam
- mati berebut makanan (makanan x cukup atau tmpt mkn x cukup)
- anak menetas x sempurna (kita kurang mahir guna incubator)
- anak menetas cacat (suhu, humidity incubator x sempurna)

kalau anda perhatikan setiap jenis kematian yg saya sebutkan mungkin berpunca dari kesilapan kita, so kita adalah mungkin sebab utama kematian ternakan itu. Ini menunjukkan kita kurang bertanggung jawab ke atas ternakan kita, so persoalannya ialah ‘adakah kita berdosa?’, huhuhu…

Saturday, August 21, 2010

Dah mcm krismas la pulak...

Salam semua..

Amacam puasa korang? Lebih baik dari tahun lepas ke? Terawih dh ponteng lum? Hehe… dalam sibuk mengerjakan ibadah di bulan puasa ni, kawan2 semua jgn la lupa tanggungjawab terhadap ternakan masing2, kerana menternak ni pun sebenarnya fardhu kifayah untuk kita umat islam, secara x langsung ianya juga merupakan ibadat untuk kita, aminnn.. insyaAllah…

Dlm kesibukan kami dgn ternakan, kami diberitahu oleh En Nizam dari vet johor yg rakan2 sekerja beliau (staf2 JPH nusajaya) berminat untuk menikmati daging turkeys untuk hari raya aidilfitri nnt.. wahhh.. dh mcm krismas org masak turkeys untuk perayaan, hehe.. kami pun offer la mereka harga yg ‘baik punye’.. x sangka jumlah order sehingga harini adalah 13 ekor n still counting!! Ni cuma order dari staf JPH, x masuk org awam yg lain.. wahhh, dh betul mcm krismas la raya tahun ni, hehehe..

Jika begini lah sambutan org msia terhadap turkeys mmg patut lebih ramai org kita bela turkeys. Cara bela pun x susah, mcm ayam kg jer, cuma ms die kecik tu yg agak kritikal. Ayam kg amik masa 5-6 bulan untuk mencapai berat 1.8-2.2kg, turkeys plak pada umur 5-6bln yg jantan sudah mencapai berat 6kg!! hehe.. menarikkan??

Anyway, semoga harapan datin pengarah (JPH Johor) untuk melihat orang ramai menerima turkeys sebagai makanan harian menjadi kenyataan dlm masa 2,3 tahun lagi, ianya amat bermakna bagi kami kerana staf2 jph sendiri dpt menikmati daging ini dan memberikan sokongan yg hebat kepada ternakan ini, terima kasih semua…

p/s: agaknya if kami buat beriyani gam turkeys ramai x yg ingin mencuba? Hehe..

Wednesday, August 18, 2010

Puasa di BD Farm..

Salam semua. Rasanye belum terlambat nk ucapkan selamat berpuasa kat semua, moga ramadhan tahun ni lebih bermakna kepada kita semua, aminn..

Dah agak lama jugak kami tak update blog ni, sebabnya skrg tgh agak sibuk menambah-baik struktur reban di BD farm. Seperti yg pernah aku cerita kat satu posting masa awal tahun lalu, tahun ni projek utama kami ialah utk menambah-baik reban yg ada supaya ternakan kami lebih selesa.

Dlm posting tu aku byk cerita mengenai nk tambah brooder, tambak tanah, reban baru, pagar, incubator baru, hatcher n etc.. tapi setelah dikira2 kami dpt adakan 60-70% je dari apa yang kami projected kan dulu, huhu.. jadi la..

Harapan kami lepas siap semua kerja2 ni turkeys dan ayam kampung yg kami bela akan lebih riang dan selesa dgn reban baru dan kawasan kawanan mereka yg lebih besar lagi, kaw ni redup sebab bawah pokok kelapa sawit. Supaya mereka boleh membiak dgn lebih byk lagi.

So, puasa tahun ni mmg memenatkan sbb byk keje nk dibuat, kami harap sblm oktober semuanya siap. Aminnn….

p/s: Skrg ni ayam di BD farm sudah kurang telurnya, maybe dh off season

Sunday, August 8, 2010

Go Free Range!!!

Salam semua..

Cerita kali ni x berlaku di BD Farm, tp berlaku di Pengkalan Chepa, Kelantan. Mak aii, jauhnye… cerita mengenai sekumpulan pelajar MRSM Pengkalan Chepa yg membuat kertas projek mereka dan memenangi tempat ke4 dr 30 penyertaan!! not bad, right?

Apa kena mengena dgn BD Farm?? Hehe.. mmg la xde kena mengena, bdk2 ni pun bukannya sedara kami, hehe.. tp kami adalah antara rujukan mereka semasa mereka membuat kertas projek ini. Kami juga bertindak sebagai salah seorang penasihat mereka..

Cerita ini bermula awal tahun lalu ketika sekumpulan pelajar ini berminat untuk membuat projek mengenai ayam free range atau organic. Mereka telah meminta bantuan kami utk memberi sedikit khidmat nasihat. Kami ni bukannya expert pun, so bagi la maklumat2 sekadar yg kami ketahui. Kami jugak suruh bdk2 ni rujuk blog yg ada seperti blog DQ Farm, Compassion Farming dan beberapa blog org putih. Aku kesian gak kat bdk2 ni sbb kat Malaysia mmg x byk rujukan yg bole mereka perolehi sbb dunia penternakan free range ni sgt baru di Malaysia, ianya adalah amalan menternak ayam yg telah lama kita lupakan.

Selepas berhempas pulas mencari dan mengkaji segala aspek penternakan & kesihatan selama berbulan2, pelajar2 ini dpt menyiapkan projek mereka yg bertajuk “FIGHT FOR CHICKEN FREEDOM & BETTER CHICKEN MEAT". Mmg tajuk die pun dh best, no wonder la dieorg menang, hehe..

Kat bawah ni pics pelajar2 tersebut bergambar dgn poster projek n hadiah dieorg, layannnn…..









p/s: ini adalah satu permulaan baik utk ayam free range, mereka adalah generasi akan dtg yg akan memberi kesedaran kpd khalayak umum betapa pentingnya kite mengubah cara penternakan ayam kita.. aku mmg respek la sbb budak2 ni mmg berani buat tajuk ni.. bukannya senang nk bagi org kita faham, huhu..

Friday, August 6, 2010

Pengumuman...

salam semua..

post kalini ialah yg paling ringkas dan pendek dr yg sebelumnye.

just nk ckp yang kami di BD Farm skrg tidak lagi menjadi wakil jualan / distributor bagi inkubator keluaran Niche Marketing. Terima Kasih...

p/s: ringkaskan?? hehe..