THE STORY BEGINS...

On 1st of May 2008, me and a friend (Omel) went to Port Dickson to ease our mind while fishing in Marina Lagoon. It was a splendid 3 days vacation cos we have a chance to talk about our career plan and our future, it was very relaxing eventhough thru out the vacation we only caught a fish, hehehe.. On our way back, we stopped by at Port Dickson Mini Zoo, me and Omel has been animals lover since we were kids. It was a very simple zoo runs by a family. What caught our attention was they have guinea fowls and quite other few game birds.

When we get back in KL, we start searching information of Guinea Fowl and how we can breed it so that everybody can "taste" this very exquisite taste of this special game bird. The search for this game birds is endless, and along the way we met new friends that share same compassions. On 11th June 2008, the 1st batch of guinea keets arrive in BinDim Farm (BD Farm) in Pontian, Johor together with 8 poultes. This is a pilot project and i dont even tell my mum about the arrival of these birds.. hehehe... btw BD farm is own by me and my brother (Abdul Kadir @ Kadir Belanda).

To date, BD Farm has more than 250 turkeys and arnd 50 guinea fowls, we also raised ayam kampung & Ayam Kabir, we are targeting of supplying at least 300 birds per month starting from June 2010. Other than poultry, we also have 4 ponds of catfish, 4 ponds of ikan puyu, and 2 ponds of ikan haruan in our humble BinDim Farm...

Monday, October 4, 2010

Update promo "Jom Rasa Daging Eksotik"

Salam semua...

Seperti yang telah diwar2kan, 2 oct lepas kami di BD Farm telah dijemput oleh pihak JPV & Fama Johor utk bersama memeriahkan dan mengambil bahagian dalam promosi "Jom Rasa Daging Eksotik" anjuran 2 Jabatan tersebut, jadi ni nk bagi update promosi itu.

Pada 1 Okt kami pun sibuk la dgn persiapan utk promosi itu. BD Farm sembelih 9 ekor ayam belanda (jantan) utk promosi itu. 3 ekor kami masak beriyani, 1 ekor kami beri pada Chef Razak (untuk demo masak) dan lg 5 ekor kami potong dan pack utk jual sbg daging ayam belanda segar. Ayam mutiara (gf) kami x buat jualan sbb skrg bukan musim dieorg bertelur dan yg ada sekarang semua adalah untuk dijadikan induk bg tahun hadapan. tp kami tetap memberikan sekor GF untuk Chef Razak buat demo masakan.

setelah semua persiapan dilakukan, so pada 2 okt tu kami pun pergi la ke tapak pasar tani di stadium larkin tu, JPV telah menyediakan setiap peserta 1 khemah dan meja, mmg cukup selesa sekali. kesemuanya ada 5 peserta. mereka terdiri dari pengusaha puyuh (lupa plak nama kakak tu, huhuhu), pengusaha arnab (en fuad), pengusaha burung unta (mr collin teh) pengusaha rusa (pun lupa nama brother tu, huhu..) dan kami BD Farm, semua pengusaha ini datang dr serata negeri johor. kami semua start berniaga seawal jam 7am dan dijangka hbs program pada pukul 1pm.

kami menjual daging belanda fresh, rm10 sekotak, dan beriyani ayam belanda yg dijual pada harga rm6 sebungkus, amat murah dan berpatutan!!! secara overall promo tu mmg sesuai diadakan tapi sbb hujan lebat pada 8.30-10am, menjadikan x ramai pengunjung yg dtg (padahal itulah time pasar tani punya rush hour) jd byk brg kami yg tidak hbs dijual. anyway, mmg ramai yg bertanye mengenai ayam belanda dan ayam mutiara dan jualan beriyani kami mmg laku dan dah nk hbs, jika tidak hujan, saya gerenti jualan untuk beriyani ayam belanda mmg SOLD OUT.

terima kasih pada JPV & Fama johor kerana memberi peluang kpd kami, program seperti mmg la sgt dialu2kan dan sgt meriah dgn pelbagai acara menarik yg telah penganjur rancangkan. ada pertandingan masakan, demo masakan, kuiz eksotik, pameran ternakan dan mcm2 lagi, mmg best & seronok.. kalau buat lagi, jgn lupa ajak kami sekali, hehehe..

Di akhir majlis, pihak Fama juga telah mempelawa kami di BD Farm utk berniaga secara tetap di Pasar Tani Larkin mulai minggu ini (9 Okt), dan insyaAllah kami akan terima pelawaan itu. Jadi pada sesiapa nk ingin merasa keenakkan daging ayam belanda dan membeli daging fresh, dan juga ayam kg ori jemput la datang ke khemah BD Farm setiap sabtu di Pasar Tani, Stadium Larkin, Johor Bharu. Jika yg berminat utk order anak (keets & poultes) pun boleh juga.

p/s: Tq byk2 kat wan cikot n bro yg dtg dari muar memberi sokongan, tq bro... pics utk program promosi ini akan menyusul, tggu....

Sunday, September 26, 2010

Promosi Makan Daging Eksotik di Pasar Tani Larkin, 2 Okt 2010

Salam semua..

Kami di BinDim Farm berasa berbesar hati kerana telah dijemput oleh pihak Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Johor untuk bersama mempromosikan daging eksotik. Sebenarnya usaha murni ni telah dibincangkan pada mesyuarat antara penternak, JPV & Fama pada pertemuan seminggu sebelum Aidilfitri tempoh hari. Jadi setelah tarikh dan lokasi diputuskan (2 oct & Pasar Tani Larkin), barulah kami mengwar2kan berita ini kepada semua.

Promosi ini dijalankan dengan kerja sama FAMA negeri johor dan para perserta (kami) akan diberikan satu khemah dan akan menyediakan/menjual juadah (hidangan yg telah dimasak) drpd daging eksotik yg kami wakili dan juga jualan utk daging sejuk beku / mentah. Pada masa promosi itu nanti BinDim Farm akan mempromosikan daging ayam belanda dan ayam mutiara. Terdapat lagi 4 penternak lain yg akan mengambil bahagian dgn aneka daging eksotik antaranya ialah daging arnab, daging ostrich (burung unta), daging rusa dan puyuh. Para penternak ini adalah dari seluruh negeri johor, ada yang dari Muar, Kota Tinggi dan Batu Pahat.

Pada hari itu nnt BD Farm akan menyediakan Nasi Beriyani Istimewa Ayam Belanda selain menjual daging fresh, jadi sesiapa yg ingin menjamah hidangan ini sila ke khemah kami pada 2 okt nnt, kami menanti kedatangan anda, hehe...

Selain dari jualan daging, pihak penganjur juga akan menyediakan bangsal/khemah khas untuk para peserta mempamirkan ternakan mereka (live animal). Jadi, jika anda ke pasar tani nnt, boleh melawat khemah ini kerana binatang2 eksotik seperti rusa, ostrich, arnab, ayam belanda, ayam api2 hidup juga akan dipamirkan. Bagi anda yg berminat untuk memelihara binatang ini juga boleh berbuat demikian dgn mengambil order anak2 ternakan tersebut daripada pegawai yg akan ditugaskan.

Disepanjang promosi itu juga nanti, Chef Razak akan membuat demo memasak pelbagai jenis daging eksotik di tapak pasar tani itu nanti. Antara daging eksotik yang dimasak oleh chef razak ialah daging ayam belanda & ayam mutiara BinDim Farm. Kami juga difahamkan akan ada pertandingan memasak kepada sesiapa yg berminat dan pelbagai acara menarik yg telah disediakan oleh pihak JPV & Fama Negeri Johor. Jgn lepaskan peluang ini.

p/s: pasar tani larkin dibuka setiap sabtu 7am-1pm. Jadi, datang cepat & jgn terlambat!!!

Monday, September 20, 2010

Salam Raya dan update reban..

Salam raya semua, maaf zahir pada kawan2 semua.. (rsnye dosa batin xde kot, hehe..)

Sempena raya yg lepas byk ternakan kami dibeli oleh pelanggan2 yg sedia ada.. ayam belanda jantan tggl kurang 20 ekor, yg lain semua sudah di 'let go' sempena raya, tak tau la dieorg nk masak apa, yg betina pun dh tggl untuk buat induk sahaja..

Ayam kampung plak sungguh laris sekali, hbs licin semua ayam2 dara & teruna di reban kami, skrg yg tinggal hanyalah ibu2 ayam, bapak ayam (2ekor) dan anak2 ayam sahaja.. alhamdullillah... Ayam kampung ni mmg dapat sambutan yg sgt bagus, kami terpaksa menghampakan ramai org sbb x cukup stok, rasanye next year kami kena tambah byk lagi ayam kampung utk memenuhi permintaan yg semakin bertambah.

So skrg, BD Farm sungguh agak sunyi kerana byk ternakan sudah dijual. Tapi yg lebih menyedihkan ialah sejurus selepas musim raya reban kami diserang oleh oleh Fowl Cholera, huhu.. Mula2 risau juga sbb ingatkan kena ND tp bila check kat JPV dan melihat symtomp2 ayam yg mati ternyata ianya cholera. Punca penyakit ini kami tak dpt pastikan tapi diberitahu oleh Vet maybe berpunca dari water source, makanan tercemar ataupun jangkitan dari luar. Bila dipikirkan semula mmg logic, hari raya lepas mmg kami bg makan ayam2 kami baki2 makanan raya (ketupat n lemang pun ada), tak cukup dgn itu ramai juga sedara mara & sahabat handai yg dtg umah dan melawat reban kami, so rasanya sedikit sebanyak ianya menyumbang pada merebaknya cholera itu.

Jumlah kematian ayam akibat cholera tu x banyak hanya 6 ekor turkey (4 jantan, 2 betina) dan 3 ekor anak ayam kampung (3bln). Tp yg sgt sedih dan kecewa, Turkey Penjantan baka Spanish Black (Pure) yg diambil dari Pak Itam (klang) adalah mangsa pertama cholera itu. Pejantan ni sgt besar dan jinak, beratnya semasa mati ialah 12kg. huhuhu... Pejantan ini la yg selalu menghiburkan kami sekeluarga, moga dia RIP 'disana', huhuhu..

Pada anda semua yg x tau gejala cholera ni, tanda2nya ialah ayam menjadi lemah dan tak larat berdiri, kaki menggeletar dan melepek jer (terbaring/meniarap).. kepala panas seolah2 tgh demam, badan ayam agak panas juga, dan kepak jatuh, kalau korang buka mulut ayam akan nmpk seoalah2 ada lendir seiras kahak. najis ayam cair dan berwarna jernih berserta putih kekuningan.

Cara mengubat penyakit ini ialah dapatkan ubat Ciproxin, cara rawatan ada dua, bg ayam yg dah nazak, sumbat 0.5ml ciproxin dlm mulut die, sekali sehari. bg yg baru ada simtom2 td bancuhkan 1ml ciproxin bg setiap liter air dan bg mereka minum 3-4 hari. Effect penyakit cholera pada ayam ni x secepat ND, ayam akan sakit then akan mengambil masa 2-3 hari baru mati, ia mengambil masa yg panjang utk membunuh haiwan ternakan. Ubat ciproxin tu anda boleh beli, atau pegi je ke Vet JPV daerah dan minta dr dieorg, biasanya ubat ini ada dlm stok dan mudah didapati. Yg penting asingkan semua ayam yg telah terjangkit dan rawat mereka mengikut keperluan.

Lepas penyakit ini hilang, sembur reban dan tanah anda dgn dis-infection atau kalau xde boleh sembur pakai dettol.

p/s: suasana raya yg bercampur baur, gembira & sedih... huhu..

Sunday, August 29, 2010

jgn salah sangka.. huhu..

Salam semua.. Skrg ni kita sudah berada di 10 mlm terakhir di bulan ramadhan, so gandakan la ibadah masing2 ye kawan2 semua, aminnn...

Kalini aku nk cerita perihal customer kami, seorg wanita dari Johor Jaya, JB. Pagi tadi kakak ni call abg aku (kadir belanda) kata nk dtg lawat reban kami, so kebetulan abg aku mmg ada kat pontian, so die pun kata ok je dan tunjukkan arah jalan dr exit highway sedenak.

Sesampai je ke reban kami x lama kemudian, akak ni seolah2 terkejut melihat reban kami, die kata "la.. ni ke projek ayam nye? tgk dlm blog nmpk mcm besar", hehehe.. abg aku senyum jer.. rupe2nye akak tu ingat kami buat projek ayam berskala mega, die dtg nk minta khidmat nasihat mengenai penternakkan ayam daging dan penetasan ayam daging. kesian akak tu, dtg dr jauh tp kecewa, huhu.. kami meminta maaf sekiranya gambar2 di blog kami membuatkan ramai tersalah anggap, huhu..

kat sini jgk, nak bagi tau semua (mcm ramai je follower blog ni, hehehe..) yg projek kami ni baru peringkat awal lagi, x besar mana pun.. just projek belakang umah.. kami skrg fokus kat ayam belanda or turkeys, disamping itu ada juga memelihara ayam kampung, ayam mutiara dan menternak ikan air tawar seperti keli, haruan & puyu dlm kolam kanvas..


p/s: kami penternak baru belajar. :)

Tuesday, August 24, 2010

Berdosakah kita?

Salam semua…

Sebenarnya sejak awal menternak ayat kat atas tu sentiasa bermain difikiran aku. Ayat tu merujuk kepada bilangan kematian anak ayam / ternakan yg kite pelihara. Kalau mereka ni mati di dalam jagaan kita, adakah kita mendapat dosa? Huhu… sepanjang aku mula memelihara mmg rasanya dh byk dh mati atas pelbagai sebab. Ada yang mati bergaduh, ada yang mati tersepit, mati kena makan ular, musang dan mungkin juga ada yg mati x cukup makan sebab berebut, huhu.. ni belum masuk mati sebab kena penyakit tertentu.

Seperti penternak lain aku rasa yg banyak mati ialah anak2 ayam, huhu.. lebih byk lagi yg x sempat menetas (mati dlm telur). Jadi persoalannya, adakah kita yg dipersalahkan atas sebab kematian ternakan ini?

Cuba anda renungkan punca kematian ini:

- kerana penyakit (mungkin sebab kita lambat @ ambil mudah nk bg vaksin)
- dimakan ular/musang (mungkin sebab reban kurang sempurna)
- mati tersepit (reban terlalu kecil @ suhu mentol tak cukup panas utk anak
ayam
- mati berebut makanan (makanan x cukup atau tmpt mkn x cukup)
- anak menetas x sempurna (kita kurang mahir guna incubator)
- anak menetas cacat (suhu, humidity incubator x sempurna)

kalau anda perhatikan setiap jenis kematian yg saya sebutkan mungkin berpunca dari kesilapan kita, so kita adalah mungkin sebab utama kematian ternakan itu. Ini menunjukkan kita kurang bertanggung jawab ke atas ternakan kita, so persoalannya ialah ‘adakah kita berdosa?’, huhuhu…

Saturday, August 21, 2010

Dah mcm krismas la pulak...

Salam semua..

Amacam puasa korang? Lebih baik dari tahun lepas ke? Terawih dh ponteng lum? Hehe… dalam sibuk mengerjakan ibadah di bulan puasa ni, kawan2 semua jgn la lupa tanggungjawab terhadap ternakan masing2, kerana menternak ni pun sebenarnya fardhu kifayah untuk kita umat islam, secara x langsung ianya juga merupakan ibadat untuk kita, aminnn.. insyaAllah…

Dlm kesibukan kami dgn ternakan, kami diberitahu oleh En Nizam dari vet johor yg rakan2 sekerja beliau (staf2 JPH nusajaya) berminat untuk menikmati daging turkeys untuk hari raya aidilfitri nnt.. wahhh.. dh mcm krismas org masak turkeys untuk perayaan, hehe.. kami pun offer la mereka harga yg ‘baik punye’.. x sangka jumlah order sehingga harini adalah 13 ekor n still counting!! Ni cuma order dari staf JPH, x masuk org awam yg lain.. wahhh, dh betul mcm krismas la raya tahun ni, hehehe..

Jika begini lah sambutan org msia terhadap turkeys mmg patut lebih ramai org kita bela turkeys. Cara bela pun x susah, mcm ayam kg jer, cuma ms die kecik tu yg agak kritikal. Ayam kg amik masa 5-6 bulan untuk mencapai berat 1.8-2.2kg, turkeys plak pada umur 5-6bln yg jantan sudah mencapai berat 6kg!! hehe.. menarikkan??

Anyway, semoga harapan datin pengarah (JPH Johor) untuk melihat orang ramai menerima turkeys sebagai makanan harian menjadi kenyataan dlm masa 2,3 tahun lagi, ianya amat bermakna bagi kami kerana staf2 jph sendiri dpt menikmati daging ini dan memberikan sokongan yg hebat kepada ternakan ini, terima kasih semua…

p/s: agaknya if kami buat beriyani gam turkeys ramai x yg ingin mencuba? Hehe..

Wednesday, August 18, 2010

Puasa di BD Farm..

Salam semua. Rasanye belum terlambat nk ucapkan selamat berpuasa kat semua, moga ramadhan tahun ni lebih bermakna kepada kita semua, aminn..

Dah agak lama jugak kami tak update blog ni, sebabnya skrg tgh agak sibuk menambah-baik struktur reban di BD farm. Seperti yg pernah aku cerita kat satu posting masa awal tahun lalu, tahun ni projek utama kami ialah utk menambah-baik reban yg ada supaya ternakan kami lebih selesa.

Dlm posting tu aku byk cerita mengenai nk tambah brooder, tambak tanah, reban baru, pagar, incubator baru, hatcher n etc.. tapi setelah dikira2 kami dpt adakan 60-70% je dari apa yang kami projected kan dulu, huhu.. jadi la..

Harapan kami lepas siap semua kerja2 ni turkeys dan ayam kampung yg kami bela akan lebih riang dan selesa dgn reban baru dan kawasan kawanan mereka yg lebih besar lagi, kaw ni redup sebab bawah pokok kelapa sawit. Supaya mereka boleh membiak dgn lebih byk lagi.

So, puasa tahun ni mmg memenatkan sbb byk keje nk dibuat, kami harap sblm oktober semuanya siap. Aminnn….

p/s: Skrg ni ayam di BD farm sudah kurang telurnya, maybe dh off season