Ini dia gambar ternakan utama BinDim Farm, ternakan yg pada mulanya kami anggap sebagai sampingan akhirnya dpt membiak dgn sangat cepat sehinggakan kami tak terkawal.
Secara amnya, BD Farm memelihara beberapa spesis ayam belanda iaitu Royal Palm, Narrangensett dan Bronze Sussex. Kami sedang cuba untuk membiakkan spesis baka Red Bourbon dan juga Spanish Black.
Pada mulanya hanya terdapat 8 ekor anak ayam belanda di BD Farm, kemudian kami tambah kepada 27 ekor. Lepas tu oleh kerana banyak dari anak2 ayam belanda tu adalah jantan kami sembelih dan kurangkan bilangan kepada 8 jantan dan 11 betina sahaja. Pada awal tahun 2009 ayam2 belanda kami mula bertelur dan membiakkan dgn banyaknya. Pada satu ketika reban kami sampai tak muat oleh kerana terlalu byk ayam belanda yg ada. Ayam belanda ini kami beri makan dedak gold coin 201c (sehingga umur 1bulan) dan seterusnya ada campuran jagung, dedak dan rumput israel/setan dan juga kadang napier yg kami kuti di tepi jalan. Pada ketika ini kami mempunyai lebih 250 ekor ayam belanda di BD Farm.
Reban yang anda lihat itu adalah reban induk dan reban pertama kami yg kami bina pada awal tahun 2009. Reban ini seluas 55 x 14 kaki. Kami bahagikan reban ini kepada 5 bahagian. Untuk pengetahuan semua reban ini sudah x dapat menampung lagi jumlah ternakan kami. Kami terpaksa membuat satu lagi reban seluas 40 x 13 kaki bagi menampung jumlah ayam yg semakin bertambah. Reban2 ini kami buat sendiri dgn pertolongan rakan2 kampung kami iaitu Pak Tam, Mat Beling dan Cik Alip. Terima Kasih semua sbb tanpa korang reban ni x siap w'pun kadang2 abang aku bengang jgk dgn tahap displin korang, hahaha...
Kebanyakan bahan2 reban ini adalah kami beli secara 2nd hand tapi ada juga yg kami beli brand new, secara total BD Farm telah mengeluarkan belanja lebih RM10k utk buat reban2 ini sahaja. Tapi kami berpuas hati dan berharap usaha kami selama ni berbaloi dan mendapat pulangan satu masa nanti.
Kepada sesiapa yg berminat nk mendapatkan anak turkey atau merasa daging turkey sila la telefon kami. Reban kami beralamat di No 61, Kg Parit Jelutong Darat, Ayer Baloi, Pontian, Johor.. Antara kawan2 yg pernah sampai di BD Farm ialah Pak Itam (Rahman) dari Kelang, Saudara Suhaimi (Juta Kasih), Saudara Zulhelmi (Seri Bumi Ternak), Razif dan Sharil dari Muar dan kawan2 berhampiran. Terima kasih kerana sudi datang.
Salam,
ReplyDeleteTahniah dr Razak Lia Sari..Semoga penternakan unggas & ikan blh mdtgkn hasil yg lumayan bt anda.Sekiranya kt bpeluang bekerjasama atau saling bantu membantu, silalah kol saya di talian 012 2269119 atau layari http://www.unggasliasari.com
Buat masa ini, kami membekalkan ank benih itik muscovy & khaki campbell ke seluruk semenanjung pd kdr RM3.75 seekor.