THE STORY BEGINS...

On 1st of May 2008, me and a friend (Omel) went to Port Dickson to ease our mind while fishing in Marina Lagoon. It was a splendid 3 days vacation cos we have a chance to talk about our career plan and our future, it was very relaxing eventhough thru out the vacation we only caught a fish, hehehe.. On our way back, we stopped by at Port Dickson Mini Zoo, me and Omel has been animals lover since we were kids. It was a very simple zoo runs by a family. What caught our attention was they have guinea fowls and quite other few game birds.

When we get back in KL, we start searching information of Guinea Fowl and how we can breed it so that everybody can "taste" this very exquisite taste of this special game bird. The search for this game birds is endless, and along the way we met new friends that share same compassions. On 11th June 2008, the 1st batch of guinea keets arrive in BinDim Farm (BD Farm) in Pontian, Johor together with 8 poultes. This is a pilot project and i dont even tell my mum about the arrival of these birds.. hehehe... btw BD farm is own by me and my brother (Abdul Kadir @ Kadir Belanda).

To date, BD Farm has more than 250 turkeys and arnd 50 guinea fowls, we also raised ayam kampung & Ayam Kabir, we are targeting of supplying at least 300 birds per month starting from June 2010. Other than poultry, we also have 4 ponds of catfish, 4 ponds of ikan puyu, and 2 ponds of ikan haruan in our humble BinDim Farm...

Wednesday, April 27, 2011

Telur ayam belanda diperlukan.

Salam semua..

Smlm kami di BD Farm dapat berita gembira, Tekun Nasional Cawangan Johor telah meluluskan 2 project PPRT ayam belanda. Spesifikasi projek sama mcm program PPRT JPV. Alhamdullillah... rezeki lagi.. tapi kalini projek ni dibahagi kepada 2 peserta sahaja. Nama peserta belum kami terima, namun confirmation mengenai projek dh diterima..

Masalah yg kami hadapi plak ialah kekurangan anak belanda, ye lah kebanyakan ank belanda yg ada sudah di agihkan utk 4 projek PPRT JPV yg lepas, total ank belanda yg diagihkan ialah 320 ekor. Next month plak nk cari lagi 160 ekor anak belanda... aduhai, mana nk cari ni? ank belanda yg ada di BD Farm sudah x cukup.. x sempat besar dh hbs diagihkan, huhuhu...

so, kami meminta jasa baik tuan2 yg mempunyai telur belanda untuk menghubungi kami. Kami nk beli telur belanda anda.. hubungi saya di talian 0176931695. lagi byk lg bagus.. :)

p/s: tgh tggu jawapan jabatan pertanian plak ni, kalau confirm gak, mmg lumayan la... aminnn.. doakan kami dpt ekh.. :)

Friday, April 22, 2011

Bantuan tu ada... kita yg kena sabar & usaha...

Salam semua...

hari minggu ni rasa mcm nk menulis la pulak.. kenapa? ntah la, maybe terpanggil oleh pertanyaan kawan2 yg pelik, n tertanya2 kenapa BD Farm dapat 'perhatian' dari Jab Perkhidmatan Veterinar (Vet) dan agensi lain.. mereka dtg n tolong kami.. alhamdullilah...

ok berbalik pada tajuk n pertanyaan kwn2 td. Mereka tanye kenapa? bape lama? mcm mana prosedur? kenal org dlm ke? n etc..

mcm ni la, kami cuba jawab satu2, dulu pun aku mcm kebanyakan penternak kecil jugak, dgr je psl vet, rs mcm nk gelak n duk kutuk2 dieorg, x tau apa2 la.. x buat keje la.. mkn gaji buta la.. n mcm2 lg la.. tp skrg aku dh berubah, aku pandang dari perspektif lain, sejak aku 'kenal' dieorg, aku cuba tgk masalah ni dr perspektif dieorg..

1. Bagaimana?

Setiap bantuan yang hendak dikeluarkan mmg byk prosedur yg kena ikut. Kalau kita hendak dieorg bersikap profesional, kita sbg penternak juga kenalah tunjuk kita professional. Jgn la kita dtg pej vet dgn pakaian x proper n minta bantuan. bukan mcm tu caranya, kita datang pakai smart2, tak pun telefon dulu tanya siapa harus kita berurusan berkenaan bantuan. dah dpt nama n jawatan, buat appoinment. lps tu jumpe mereka dan beritahu situasi reban kamu sekarang dan tanyekan sekali apakah bantuan yg available utk penternak seperti kamu. biasanya pegawai2 itu akan bertanyakan balik soalan2 ini:

- dah bape lama menternak?
- buat full time ke?
- apa perancangan kita masa depan?
- ternakan kita tu ada masa depan ke?
- cara kita menternak?
- makanan & ubat apa kita bagi?
- lokasi n etc..

so, datang tu mesti la dgn preparation, jgn dtg kat situ nnt kena soal n tak dpt jawab soalan2 tu, kita kena firm dgn jawapan kita dan pada masa yg sama terima teguran n pendapat pegawai tu. Skrg kita dtg sbb nk minta sesuatu, bknnya nk ajar pegawai tu (w'pun sometimes pegawai tu x bape tau masalah sbnr penternak spt kita). Be humble cos we want him/her to help us. Biasanya pertemuan kita diakhiri dgn pegawai tu suruh kita isi borang atau pun buat surat untuk memohon bantuan tersebut. Lps tu die berjanji nk dtg melawat reban jika ianya berpotensi untuk dimajukan.

2. Berapa lama?

yang ni agak subjektif. tapi mcm mana pun ianya msh bergantung kepada kita sbg penternak. Kita yg kena usaha lebih, bukan pegawai vet tu. kalau kita nk bantuan, kita la kena usaha. Mcm kes kami, 1st time kami pegi vet minta bantuan adalah akhir 2008, lps hantar borang dan surat dengan sokongan dr ketua kampung kami tunggu dan tunggu, tp xde apa2.. trs terang masa tu mmg aku dh maki2 n ckp pelbagai perkara x elok kat vet. Mana taknya, kami tggu lebih 1 tahun tp still xde apa2.. langsung xde apa2.. Bila aku pikir balik, salah kami juga... kami hantar surat, tp x buat follow up. so, aku nk nasihat korang semua, lps buat surat n isi borang buat follow up regularly... the key word here is regularly. korang kena ingat, bukan korang je minta bantuan, beratus2 maybe beribu2 borang mereka terima, mana la dieorg nk ingat.

aku cadangkan, korang dtg opis vet 1-2 bulan sekali untuk tanyakan status permohonan tu, tanye sampaikan mereka "terpaksa" bagi bantuan to shut your mouth, hehe..

aku byk jumpe penternak yg kata "ko ingat aku ni mintak sedekah ke? nk dtg pejabat ko n meminta2. nnt kalau aku dh berjaya, jgn harap ko nk dtg masa tu n kata ni projek ko." ni ayat biasa dieorg bila aku tanye: tak minta bantuan vet ke?

to be honest dgn korang, dulu pun aku cakap mcm ni jgk. tp korang kena ingat, mereka x boleh bagi bantuan kat semua org senang2 mcm tu jer.. mereka cuma akan beri kepada mereka yg benar2 berusaha utk mendapatkan bantuan tu. if they can see your effort to get the loan/grant, they will sure enough you can make it as commercial broiler/penternak komersial.

kebanyakkan penternak isi borang then berharap dpt bantuan, it is not that easy my friends.. they want to see your effort, if you really want it.. work for it!! kalau aku jd vet pun, aku cuma akan bagi kat penternak yg betul2 berusaha nk kan bantuan tu, bukan setakat isi borang jer..

Dalam kes kami, ianya mengambil masa 18 bulan utk bantuan pertama smpi dr mula2 isi borang dulu. kami hantar beberapa borang dan beberapa surat, dari surat yg mendapat sokongan ketua kampung sampai lah surat dgn sokongan ahli parlimen. that is the measures of our effort!!

3. Kenal orang dalam ke?

sangat bagus kalau anda kenal org dalam, ianya mempercepatkan proses bantuan tu diperolehi tapi tidak memastikan yg kamu akan gerenti dpt bantuan tu. Kalau xde org dalam pun you all sure boleh dpt bantuan, yg penting usaha u all dlm meyakinkan vet utk bantu kamu. Percayalah, ramai malahan sangat ramai pegawai2 vet, jab pertanian, tekun, mara, risda yang hendak tolong kita.. mmg tak dinafikan ada segelintir mereka yg bersikap dingin dan memandang rendah, tp lebih ramai lagi yg dengan ikhlas nk tolong penternak kecil seperti kita. yg penting, we must shows our effort, the rest its up to them dan bergantung kepada rezeki yg ALLAH nk bagi..

Bersangka baiklah kepada org lain, kerana apa yg kita ckpkan dari mulut kita adalah mencerminkan diri kita sendiri.. if kita sentiasa kutuk org n memburukkan mereka, so mcm mana org tu nk tolong kita...

p/s: kalau kita nakkan sesuatu, kita la kena usaha... its as simple as that!

Tuesday, April 12, 2011

Project PPRT Daerah Pontian

Salam semua..

Weekend lepas mmg merupakan hari yang busy dan memenatkan. Mana taknya kami menghantar anak2 turkey dan dedak ke peserta PPRT. Sepatutnya kami hantar ke 4 peserta sekaligus, tp disebabkan permasalahan yg tak diduga terpaksa hntr ke 2 peserta sahaja.

Ceritanya mcm ni, jumaat lepas aku amik ank ayam dari seorang sahabat dari utara tanah air, disebabkan salah bajet n ketentuanNya sahabat ni x deliver seperti yg dijanjikan. sepatutnya semua ank yg ditempah berumur 1-3mggu tp sbb stok terhad umur poults ni varies sgt from DOC-1bln plus. yg kurang 1 mggu rasanya 40% kot, huhu...

Jadi atas nasihat big boss (mak aku da...) kami hntr ke peserta poults yg besar2 je dulu umur 2mggu keatas. yg comei2 tu kami bela dulu... so, terpaksa tambah brooder sbb emergency, huhuhu.. xpe lah, sbb if 1st timer bela poults umur DOC sure byk fatality, yg dh expert pun kekadang x mampu pelihara dgn sempurna inikan pulak 1st timer.. poults ni mmg sensitif, org yg dh bela sure tau.. :)

masa penghantaran poults tu dari KL-Johor aku naik keta aku jer, bygkan bwk 300 ekor turkey naik keta, boleh pening kepala dgn bau n bunyi mereka. smpi2 johor dah pukul 3.30am, esok pagi at 8am dh pg hntr poults tu, kepala aku 'weng' je sbb x cukup tdo. xpe lah, bukan senang cari duit.. huhu..

p/s: project terbaru (on going project sejak 2 thn lepas) ialah buat dedak sendiri, insyaAllah x lama lagi nk hntr lab test, nk tgk kandungan nutritionnya..

Sunday, March 27, 2011

Mudah2han rezeki kami...

Salam semua..

Lama betul x update ni, naik malu nk menulis dh bila blog dh lama x update, huhu...

Update terbaru reban skrg (struktur) masih sama, cuma bilangan ternakan yang bertambah, alhamdullillah.. inkubator kami (setelah direpair) skrg dlm keadaan tip top, rate penetasan average 75% setiap batch, ada 1 masa mencecah 90%. Itupun kami x candling, kalau buat candling rasanya boleh mencecah 100%, aminn...

Projek PPRT dengan JPV hampir siap, cuma tggl tggu anak ayam untuk dihantar sahaja.. nnt bila dh siap sepenuhnya, kami akan upload pics untuk tatapan semua. InsyaAllah...

Hasil dari projek dgn JPV ni, kami dapat lg inquiry dari Jabatan Pertanian Daerah Pontian & Tekun Nasional Cawangan Johor untuk membuat projek yang hampir sama. Jab Pertanian nk buat projek PPRT utk 4 peserta (Ayam kampung asli) dan Tekun Nasional utk 2 peserta (Ayam Belanda). kalau proposal kami di luluskan, best la tahun ni, sebab kami melangkah setapak lagi, jadi kontraktor pulak, hehehe...

Yang paling best ialah pengiktirafan yang diberikan oleh jabatan-jabatan yg disebutkan tadi. tak terbayang dalam usia BD Farm yg baru mencecah 3 tahun (Jun ni cukup 3 tahun) kami mendapat kepercayaan dari Jab Haiwan, Jabatan Pertanian & Tekun Nasional. Harap ini merupakan 1 permulaan yang baik untuk BD Farm pada tahun 2011 ini, Aminnnn....

p/s: harap2 lulus la proposal tu semua, aminnn.... :)

Sunday, February 20, 2011

Anak Ayam Mutiara (Api2) for sale...

Salam semua..

post kalini ringkas jer..

kat reban kami ketika ini ada 32 anak ayam api2 (mutuara @ GF) untuk dijual, 10 ekor ada org dah tempah.. so tggl 22 je yg available, so sapa cepat die dapat.. nk ikutkan hati n senangkan kepala otak, kami nk je tolak kat kedai petshop di Pekan Nenas, tp kesian kat kengkawan yg nk beli, kat situ apek cina tu jual sekor rm35, kesian korang.. so beli dr kami lagi murah :)

mai cepat...

p/s: kalau nk dtg n beli call dulu, takut abg aku xde, takut jgk stok dh hbs, hehe..

Sunday, February 6, 2011

Program PPRT Daerah Pontian

Salam semua..

Walaupun dh terlambat kami tetap nk ucapkan CNY.. hehe.. cuti panjang, sama panjang dgn jammed kat hiway, masyaAllah... :(

Ada berita baru dan berita baik kat BD Farm, setelah bersusah payah selama lebih 2 thn utk memperkenalkan ayam belanda/ turkey di pasaran johor, akhirnya usaha kami sekali lagi di hargai oleh Jabatan Haiwan. JPV Daerah Pontian negeri johor dgn kerjasama Lembaga Nenas Malaysia pada tahun ini telah memperkenalkan Program PPRT Ternakan Ayam Belanda utk 4 org peserta yg bertuah dan terpilih..

Apa yg menjadi kebanggaan kami, BD Farm telah dilantik sbg penasihat projek & mentor utk 4 peserta ini. 4 peserta yg terpilih ialah:

1. En Zahid, Kg Melayu, Kukup, Pontian
2. Puan Jaimah, Kg Soh, Kukup, Pontian
3. En Ramli, Kg Sawah, Pekan Nenas, Pontian
4. Puan Rosmida, Parit Betak, Pontian

Peserta2 ini akan mendapat:

1. reban induk 16 x 10 kaki
2. kawasan berpagar 80 x 80 kaki
3. brooder
4. anak ayam belanda sebanyak 80 ekor (umur 3 mggu)
5. induk ayam belanda 8 ekor (2 jantan, 6 betina)
6. dedak ayam 20 beg.

Niat JPV pontian adalah untuk menjadikan pontian sebagai hub-ayam belanda negeri johor, alhamdullillah... kami berharap para peserta akan berusaha dan tidak mensia2kan bantuan yg diberi ini. kami percaya, jika kena caranya, penternakan ayam belanda mampu menjana ekonomi bagi peserta program PPRT ni, insyaAllah...

p/s: tahun depan buat PPRT ayam mutiara plak, hehe.. aminnn...

Monday, January 31, 2011

Musim hujan...

Salam semua...

Wahhh.. lama betul x ber-blog nie.. sedar2 je dh masuk bulan feb, byk lagi plan2 yg dirancang pada tahun lepas yg belum dilaksanakan.. mcm x cukup je 24 jam dlm sehari, huhu..

update terkini:

- ayam belanda & mutiara sudah mula bertelur semula, harap musim bertelur tahun ni byk yg menetas esp aku punya 'coloured GF', musim tahun lepas x menetas sebiji pun dari lebih 120 biji telur.. x tahu la sbb x berbenih atau defect dr inkubator, wallahualam..

- project pprt jabatan haiwan masih belum 'on' lagi, lama sungguh menunggu jawapan, jgn x jadi sudah, huhuhu..

- ikan haruan kena cilok, hampeh betul.. bangun pagi je sedar2 dh kering kolam n tinggal la dlm 20 ekor jer... estimate loss 1.5k ekor haruan, besar dlm 4-5 ekor sekilo.. RUGI BESAR beb, huhuhu..

sekarang ni musim hujan, jadi kwn2 kena extra rajin tgk ayam2 tu, bagi lah apa2 ubat/vaksin yg patut.. ubat merah jgn lupakan, bagi setiap 2 mggu, insyaAllah ayam tahan sejuk n berselera makan..

ok, lah next month saya tulis lagi, hahaha... tak lah, doakan kami rajin update supaya blog ni kembali berseri, hehehe...

p/s: happy CNY pada pembaca yg berbangsa cina, n selamat cuti panjang pada yg lain.. balik kg drive hati2.. ingatlah org yg tersayang.. ;)