Salam semua... Selamat Maulidur Rasul (rsnye belum terlambat kot nk ucapkan.. huhu..)
walaupun nama company kami BinDim Farm, ada sikit2 mcm nama cina tp sebenarnya kami adalah dimiliki 100% bumiputera islam.. hehehe..
ok, pic kat atas tu adalah anak haruan yg kami beli pada tak silap julai / ogos 2009, ms ni anak haruan ni besarnya 3 inci.. cute2kan?? kami beli 2k ekor dan masukkan dlm 2 kolam kanvas (1k each kolam). Ini adalah projek percubaan 'tahap maut' sbb rasanya belum ada lagi dlm sejarah org bela haruan dlm kolam kanvas. Ms aku beli anak ikan ni pun supplier aku tanya, bela dlm kolam apa? aku kata kolam kanvas dan die tersenyum sinis jer... tp xpe, x cuba tak tau..
ms mula2 nk buat projek ni aku risau jugak sbb anak haruan bukannya murah, sekor aku beli harga 80sen, 2k ekor dh cecah RM1.6k, kos kolam lagi n etc.. dh tu biasanya org bela haruan bg makan makanan hidup, aku plak bg makan pellet. boleh ke? die nk makan ke? camne tumbesarannya? inilah persoalan yg timbul kat minda aku ms tu.. but, sumone got to do it, if not no one will knows. so kami amik inisiatif ni..
Julai 2009 kami mulakan dgn 2 kolam, ms bg mkn pellet tu mnpk ok jer, anak ikan ni telan je semua, alhamdullilah. selepas 2 bulan kami bela ikan pun mula membesar, ms ni saiz dieorg aku anggarkan dlm 5 inci (kepala sebesar ibu jari kaki), syukur alhamdullilah..
perkembangan terkini haruan ni agak memberangsangkan. pada mulanya kami mmg sudah agak ikan ni akan lmbt besar (if kolam tanah biasa amik ms 5-6bln utk capai 200-300gram) so sebab kolam kanvas kami jangkakan akan ambil ms maybe 8-10 bulan untuk capai saiz tu. Ms cuti CNY lepas kami cuba tangkap n saiz dieorg dh agak besar2 dan ada yg dh mencapai saiz matang iaitu 200-300gram sekor (saiz lengan budak umur 7,8 tahun). tp jumlah kematian juga amat besar, maybe sebab suhu air panas (suhu air dlm kolam kanvas agak hangat compare dgn kolam simen/tanah).
apa yg kami nk kongsikan ialah sebenarnya boleh bela dlm kolam kanvas ni cuma mmg akan mengambil masa yg lebih panjang utk ank ikan membesar. dr segi makanan pula selagi makanan itu mengandungi protein yg cukup, apa2 ikan je pasti akan membesar, aminnn...
Plan kami selepas ini ialah akan pilih ikan yg sudah besar dan jual, manakala selebihnya akan terus di pelihara hingga capai saiz yg dikehendaki. Pada pengambilan benih akan dtg pula, kami akan kurangkan jumlah ank ikan dlm sesuatu kolam, mungkin lepas ni cuma masuk 500 ekor anak instead of 1,000 ekor sebelum ini dlm sesebuah kolam. pada kami yg penting adalah jumlah yg "keluar" dari kolam, bukan jumlah yang "masuk". ini kerana, bila ikan dlm kolam sedikit, ia akan cepat besar dan jumlah kematian dpt dikurangkan, insyaAllah.. Ianya bukan sahaja mengenai penternakan haruan, malah ikan2 lain pun begitu juga samada puyu, keli, tilapia, sepat n lain2.