Salam semua..
Kami di BinDim Farm berasa berbesar hati kerana telah dijemput oleh pihak Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Johor untuk bersama mempromosikan daging eksotik. Sebenarnya usaha murni ni telah dibincangkan pada mesyuarat antara penternak, JPV & Fama pada pertemuan seminggu sebelum Aidilfitri tempoh hari. Jadi setelah tarikh dan lokasi diputuskan (2 oct & Pasar Tani Larkin), barulah kami mengwar2kan berita ini kepada semua.
Promosi ini dijalankan dengan kerja sama FAMA negeri johor dan para perserta (kami) akan diberikan satu khemah dan akan menyediakan/menjual juadah (hidangan yg telah dimasak) drpd daging eksotik yg kami wakili dan juga jualan utk daging sejuk beku / mentah. Pada masa promosi itu nanti BinDim Farm akan mempromosikan daging ayam belanda dan ayam mutiara. Terdapat lagi 4 penternak lain yg akan mengambil bahagian dgn aneka daging eksotik antaranya ialah daging arnab, daging ostrich (burung unta), daging rusa dan puyuh. Para penternak ini adalah dari seluruh negeri johor, ada yang dari Muar, Kota Tinggi dan Batu Pahat.
Pada hari itu nnt BD Farm akan menyediakan Nasi Beriyani Istimewa Ayam Belanda selain menjual daging fresh, jadi sesiapa yg ingin menjamah hidangan ini sila ke khemah kami pada 2 okt nnt, kami menanti kedatangan anda, hehe...
Selain dari jualan daging, pihak penganjur juga akan menyediakan bangsal/khemah khas untuk para peserta mempamirkan ternakan mereka (live animal). Jadi, jika anda ke pasar tani nnt, boleh melawat khemah ini kerana binatang2 eksotik seperti rusa, ostrich, arnab, ayam belanda, ayam api2 hidup juga akan dipamirkan. Bagi anda yg berminat untuk memelihara binatang ini juga boleh berbuat demikian dgn mengambil order anak2 ternakan tersebut daripada pegawai yg akan ditugaskan.
Disepanjang promosi itu juga nanti, Chef Razak akan membuat demo memasak pelbagai jenis daging eksotik di tapak pasar tani itu nanti. Antara daging eksotik yang dimasak oleh chef razak ialah daging ayam belanda & ayam mutiara BinDim Farm. Kami juga difahamkan akan ada pertandingan memasak kepada sesiapa yg berminat dan pelbagai acara menarik yg telah disediakan oleh pihak JPV & Fama Negeri Johor. Jgn lepaskan peluang ini.
p/s: pasar tani larkin dibuka setiap sabtu 7am-1pm. Jadi, datang cepat & jgn terlambat!!!
Sunday, September 26, 2010
Monday, September 20, 2010
Salam Raya dan update reban..
Salam raya semua, maaf zahir pada kawan2 semua.. (rsnye dosa batin xde kot, hehe..)
Sempena raya yg lepas byk ternakan kami dibeli oleh pelanggan2 yg sedia ada.. ayam belanda jantan tggl kurang 20 ekor, yg lain semua sudah di 'let go' sempena raya, tak tau la dieorg nk masak apa, yg betina pun dh tggl untuk buat induk sahaja..
Ayam kampung plak sungguh laris sekali, hbs licin semua ayam2 dara & teruna di reban kami, skrg yg tinggal hanyalah ibu2 ayam, bapak ayam (2ekor) dan anak2 ayam sahaja.. alhamdullillah... Ayam kampung ni mmg dapat sambutan yg sgt bagus, kami terpaksa menghampakan ramai org sbb x cukup stok, rasanye next year kami kena tambah byk lagi ayam kampung utk memenuhi permintaan yg semakin bertambah.
So skrg, BD Farm sungguh agak sunyi kerana byk ternakan sudah dijual. Tapi yg lebih menyedihkan ialah sejurus selepas musim raya reban kami diserang oleh oleh Fowl Cholera, huhu.. Mula2 risau juga sbb ingatkan kena ND tp bila check kat JPV dan melihat symtomp2 ayam yg mati ternyata ianya cholera. Punca penyakit ini kami tak dpt pastikan tapi diberitahu oleh Vet maybe berpunca dari water source, makanan tercemar ataupun jangkitan dari luar. Bila dipikirkan semula mmg logic, hari raya lepas mmg kami bg makan ayam2 kami baki2 makanan raya (ketupat n lemang pun ada), tak cukup dgn itu ramai juga sedara mara & sahabat handai yg dtg umah dan melawat reban kami, so rasanya sedikit sebanyak ianya menyumbang pada merebaknya cholera itu.
Jumlah kematian ayam akibat cholera tu x banyak hanya 6 ekor turkey (4 jantan, 2 betina) dan 3 ekor anak ayam kampung (3bln). Tp yg sgt sedih dan kecewa, Turkey Penjantan baka Spanish Black (Pure) yg diambil dari Pak Itam (klang) adalah mangsa pertama cholera itu. Pejantan ni sgt besar dan jinak, beratnya semasa mati ialah 12kg. huhuhu... Pejantan ini la yg selalu menghiburkan kami sekeluarga, moga dia RIP 'disana', huhuhu..
Pada anda semua yg x tau gejala cholera ni, tanda2nya ialah ayam menjadi lemah dan tak larat berdiri, kaki menggeletar dan melepek jer (terbaring/meniarap).. kepala panas seolah2 tgh demam, badan ayam agak panas juga, dan kepak jatuh, kalau korang buka mulut ayam akan nmpk seoalah2 ada lendir seiras kahak. najis ayam cair dan berwarna jernih berserta putih kekuningan.
Cara mengubat penyakit ini ialah dapatkan ubat Ciproxin, cara rawatan ada dua, bg ayam yg dah nazak, sumbat 0.5ml ciproxin dlm mulut die, sekali sehari. bg yg baru ada simtom2 td bancuhkan 1ml ciproxin bg setiap liter air dan bg mereka minum 3-4 hari. Effect penyakit cholera pada ayam ni x secepat ND, ayam akan sakit then akan mengambil masa 2-3 hari baru mati, ia mengambil masa yg panjang utk membunuh haiwan ternakan. Ubat ciproxin tu anda boleh beli, atau pegi je ke Vet JPV daerah dan minta dr dieorg, biasanya ubat ini ada dlm stok dan mudah didapati. Yg penting asingkan semua ayam yg telah terjangkit dan rawat mereka mengikut keperluan.
Lepas penyakit ini hilang, sembur reban dan tanah anda dgn dis-infection atau kalau xde boleh sembur pakai dettol.
p/s: suasana raya yg bercampur baur, gembira & sedih... huhu..

Subscribe to:
Posts (Atom)